Isnin, 11 Februari 2019

TIPS MASAKAN : HALBA CAMPUR

Assalamualaikum

Entri yang lepas aku ada sebut pasal tips masak kari AKA gulai bagi orang utara. Aku membesar dengan kari melayu. Seingat aku masa kecil tahun 80an, mak aku buat rempah sendiri..menggiling dengan batu giling. Punyalah susah nak makan kari pun.

Sekarang semuanya dah senang..ada je dalam peket. Nak makan rempah giling pun mudah ..ada dah jual yang siap berpeket.

Sehebat mana pun jenama rempah tu, tapi tak betul cara ..tetap tak sedap. Untuk masak kari ikan, wajib ada Halba Campur. Jangan tak tahu, ada juga orang kita yang tak tahu apa itu halba campur.. nak beli kat kedai pun tak tahu.

Halba campur ni adalah ramuan rempah halba,biji sawi, jintan manis dan jintan putih.

Inilah bahan-bahan didapur aku.

Ada halba campur yang siap dipek dan dijual di pasaraya tu. Tapi aku tak berapa gemar sebab ada kalanya dah berbau. Mungkin salah 1 bahan dah lama. Jadi, aku buat sendiri. Nak masak kari baru aku buat..campur je 4 bahan ni serba sedikit.

Tanpa halba campur, kari kurang kick.. ditambah lagi daun kari..maka barulah cukup syarat kari anda. Kalau kat rumah tak ada halba campur yang dah siap tu, tapi ada 4 bahan seperti yang aku tunjukkan digambar..maka itulah halba campur korang. Campur je semua..nama pun halba campur kan?? 

Apapun, jangan tersilap, halba campur hanya sesuai untuk aroma masakan kari ikan sahaja. Untuk kari ayam dan daging, halba campur tidak diperlukan. Hanya perlukan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Itulah bezanya kari ikan dan kari ayam.

Itu aje untuk harini. Ada masa lagi nanti aku kongsikan tips untuk masakan utara.

Adeuss!!!

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...