Isnin, 11 Mac 2019

ISU PPR : RUMAH BUKAN UNTUK DISEWA

Assalamualaikum

Panas sungguh isu ni,tambah-tambah lagi ada yang menjadi anjinomoto penambah sedap cerita. Isu PPR ni bukan sahaja di P.Pinang, ia turut berlaku di seluruh negara terutama bandar-bandar besar. Di Kuala Lumpur sendiri..ada yang mengambik kesempatan dengan menyewakan kepada orang lain. Untung atas angin!

Campurtangan politik menjadikan isu ini semakin panas,walaupun dizaman pemerintah terdahulu, isu pengusiran pernah juga berlaku tapi pembangkang tidak mencampuri urusan ini kerana mereka faham undang-undang dan syarat pemberian tersebut.




Ini contoh rumah PPR yang diambil kembali dizaman pemerintah terdahulu..tiada isu yang diperbesarkan..tapi hari ni, di zaman Malaysia Baru..mereka bertindak sebagai virus yang meracuni rakyat seolah-olah isu rampasan ini tidak berlaku di zaman mereka.


Tapi, kini isunya dibesar-besarkan hanya kerana masing-masing kemaruk kuasa dan suka mengkucar-kacirkan keadaan.

Ini contoh yang aku katakan..mereka membayar sewa yang murah kepada Kerajaan Negeri tapi mengaut untung berkali ganda..



Persoalannya..adilkah untuk semua??

Pendapat aku, adalah lebih baik, pihak berkuasa melakukan penyamaran dengan menghubungi "tuan-tuan" rumah PPR yang nak disewakan ni. Setelah berjaya dapatkan "sewaan"..rumah tersebut bolehlah disenaraikan untuk diberi sewa kepada yang sudah lama memohon dan si "tuan" rumah tadi terpaksa berputih mata bila sudah kena checkmate dengan pihak berkuasa..dan kemudian menunggu giliran untuk didakwa kerana telah melanggar syarat sewaan PPR dengan kerajaan negeri. Hanya itu cara terbaik untuk padankan muka pengkhianat macam mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...