Pengisian dan perkongsian kepada semua agar tidak terkena atau tertipu dengan peniaga yang hanya nakkan duit kita sahaja.
Bacalah kisah ini dan ambil ikhtibar.
*****
Bobby Chin Aircond, Sg. Chua, Kajang.
Alkisah aircond aku makin tak sejuk.. Tanyalah orang.. Dapat satu bengkel ni. Tapi sebab penuh kete kat bengkel tu aku jalan la lagi..
Maka sampai la aku ke kedai tak senonoh ni ha..Bobby Chin Aircond, Sg. Chua, Kajang. First sekali dia kata aircond tak standard, dia potong habis sume. Memang aku bior je lah. Sebab memang kete ni beli seken dan aku tau owner lama pasang dua kondenser. So aku bior je dia standard kan balik. Lepas settle sume kerja standardkan balik aircond, dia topup la sikit gas dengan minyak kat kompressor. Aku perati je.
Lepas bukak sume dashboard cuci bagai.. Jumpa lah. Kata nya cooling coil dah barai. Tapi tak cakap lak tukor block valve tu sekali.
Time ni je dah kena 880 hengget. π
Ingat settle la dah. Mintak kurang tak bagi. Bayor je la...
Tak sampai 5 minit rasa makin roasted plak dalam kete. Dah la jammed. Time ni tak keluar pon bandar kajang lagi. Tak tahan kepanasan... Aku patah la balik ke kedai. Aku cakap la kat bobby ni haa... Apesal makin worse air cond kete aku ni..
Start sini la dia start berdrama. Hilang g makan lah... Lama tunggu. Dah la panas. Sian orang rumah aku. Dia kata engine problem la... Panas sangat kat bahagian bay engine penyebab aircond takleh sejuk. Dia biorkan nya enjin kete aku tu idle lama².. Pastu boleh plak buh air paip campur sabun sikit kat radiator aku. Nak bagi sejuk engine katanya. Pastu dia suruhnya aku tukar fan lagi besor. Katanya ni fan dia mod sendiri dari japan.
Time ni dah rasa dah. Tat tol. Tp sebab aku laki bini pon dah layu..nak settle je.. Malas dah.. Bini pon kata on je lah.. Aku pon on je lah. Memang salah sendiri la time ni. Dia mintak nye 380...mintak kurang dia macam nak gaduh dia buat. Sabor je la.. Ikut hati terbaring dah orang tua ni.. πππ
Tapi akal aku waras lagi. Last2 deal je la ko hambek la kipas lama aku tu ganti kipas kau. Kena lg 200. So grand total kena la 1080 Ringgit Malaysia. Bahenol gak angkanya..
Sampai ke harini malam pon air cond kete bini aku mcm hawau. Ending nye aku turutkan la jugak ke bengkel yang first aku g dulu tu. Kena lagi 290 hengget. Punca nya pomen kedai ni cakap bocor sikit je aritu... Ni dah bocor lagi banyak. Lagi teruk.
So saja la share, dah terkena nak buat mcmne yea tak? Just toksah la dah anto kat bengkel bobby chin ex-army sibuk nyanyi lagu lama ni. Acah sangat. Tak reti buat keje. Aku highly recommend toksah la g. Jahanam woi. πππ
Kalau aku boleh carut dah berbakul dah. Sabor je la. Gambo resit dia nanti aku upload. Ni keje. Selamat pakcik kayo. Ingat bengkel kat sg chua kajang ni... Bobby Chin. Aku tak dapat paid review condemn dia ni. Aku orang terpelajar. Tak cari makan hidup condemn orang ni. Tapi aku taknak la korang lak terkena. Sila la share.
*****
Jadilah pengguna bijak. Ambil pengajaran dari pengalaman orang lain. BOIKOT kedai penipu. Semoga kita semua dijauhkan dari penyangak sebegini.
saya cadangkan buat saja lapuran ke kodnkk dan ppim jangan bagi peluang kita di aniaya padtikan resut ada
BalasPadam