Sabtu, 2 Mac 2019

TIPS KESELAMATAN DI LAPANGAN TERBANG

Assalamualaikum

Berkongsi info yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia. Mengenai keselamatan di lapangan terbang.


1. JANGAN TINGGALKAN BAGASI TANPA PENGAWASAN
Bawa bersama walaupun hanya ingin ke tandas. Risiko bagasi diselit objek terlarang boleh berlaku jika dibiarkan tanpa pengawasan.

2. JANGAN TERIMA KIRIMAN INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI
Tolak permintaan dengan baik dan segera beredar walaupun anda dipujuk untuk membawa kirima itu dengan tawaran upah yag lumayan.

3. PASTIKAN BAGASI DIKUNCI DAN DIBALUT
Supaya ia tidak mudah dibuka oleh orang lain dan sebaiknya  dibalut dengan pembalut plastik yang disediakan di lapangan terbang.

4. JANGAN TAWAR RUANG BAGASI KEPADA PENUMPANG LAIN
Jangan tawar ruang bagasi anda yang masih kosong kepada penumpang tidak dikenali. Buruk padahnya jika bagasinya  memiliki dadah atau barang terlarang.

5. ABAI PERMINTAAN BANTU JAGA BAGASI ORANG LAIN
Sila abaikan jika anda didatangi individu meminta untuk menjaga bagasi miliknya walaupun sebentar, maklumkan untuk diletakkan diloker atau kaunter informasi.

*****
Sedikit tambahan dari aku, 
*JANGAN TERLALU BAIK HATI
*JANGAN TERLALU HUSNUZON, 
*JANGAN TERLALU KESIAN DENGAN SESIAPAPUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...