Siapa yang follow aku 3-4hari lepas,mesti akan terbaca entri aku pasal insurans percutian Etiqa Tripcare 360 Takaful.
Aku ada tulis entri pasal jenis polisi, cara membeli dan cara membuat tuntutan. Kebetulan, masa balik dari Taiwan haritu, flight aku delay 3jam. Alhamdulillah.. semalam..Sabtu 6 April, aku dapat sms ni..
Hanya tuntutan melalui wssp sahaja.. dalam tempoh 1 minggu, bayaran balik dah clear. Aku beli polisi ni dengan harga RM61.. tapi dapat claim balik RM100.. untung tak?? Yang bestnya..sebagai penjawat awam, aku layak claim RM46 untuk bayaran balik beli insuran ni.
Perkiraan mudah RM61-RM46.. kiranya modal aku untuk beli insuran ni hanya RM15.. tiba-tiba flight delay, dapat pulak aku claim RM100..untung bersih aku dapat RM85 macam tu aje.
Bayaran yang dah credit masuk ke akaun bank aku.
Tujuan beli insurans ni bukan nak untung apa-apa..asalkan tak rugi cukuplah. Perlindungan terhadap keselamatam dan kesihatan ..itu yang utama. Ada kes pemegang polisi, jatuh diluar negara..patah kaki terpaksa admit hospital, operation.. kita sedia maklumlah..hospital luar negara bukan macam kat Malaysia. Bayar RM1 pun bising. Kalau demam saja pun ratus-ratus punya caj..inikan pulak operation. Bila ada insurans macamni..inilah yang akan membantu kita.
Kita tak minta sakit..tak minta kemalangan..tak minta flight delay atau barang hilang..tapi benda yang tak minta tu lah selalunya yang akan terjadi.
Bersedia itu lebih baik. Aku bukan jual insuran..aku cuma percaya pada insuran..
Adeus!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!