Jumaat, 31 Mei 2019

DAGING MASAK MERAH ASAL BOLEH

Assalamualaikum

Teringin nak makan Daging Masak Merah macam yang dijual direstoren makanan Thai? Tapi malas macam aku? Haa..kalau macamtu bolehla ikut resepi aku ni..asal boleh je..

Bahan-bahan;
300g daging (potong nipis dan perap dengan pes sirap ros yang pekat tu.. sorry la aku malas nak rebus daging,lambat sangat)
3 ulas bawang putih (ketuk)
2 ulas bawang merah (mayang)
2-3 sudu cili kering kisar
Sos Mabin Thai
4-5 biji cili padi
2-3 helai daun limau purut
1 labu bawang holland/besar (potong wedges)

Cara-cara;
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah sampai naik bau. Masukkan daging, dan kacau hingga kering air. Masukkan cili kering yang dah dikisar, sos Mabin dan sedikit air. Perasakan gula garam dan sebelum matikan api, masukkan daun limau purut,cili padi dan bawang holland. 

Lagi best kalau daging tu direbus dengan pes sirap ros.Tapi aku nak cepat..hentam sajalah

Inilah sos Mabin tu..aku tak tau apa nama betul dia..tapi kat Thai sos ni warna merah pelbagai jenama.

Khamis, 30 Mei 2019

PERIA GORENG KUNYIT BERJINTAN

Assalamualaikum.

Kebanyakkan orang tak sukakan peria sebab pahit.Sama juga macam aku. Tapi suami aku hantu peria. Bayangkanlah..peria katak yang sepahit-pahit alam tu dia boleh blender buat jus.. erkkkk.

Pelbagai petua orang bagi untuk hilangkan pahit peria. Rendam air garam la..perap tepunglah..macam-macam. Boleh je ikut yang mana-mana pun. Tapi kali ni aku nak sharekan resepi peria yang sangat sedap..sampai pahit peria yang ada pun tak terasa pahitnya.

Bahan-bahan;
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
**tumbuk kasar

2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
**dimayang

1 batang terung(perap garam setengah jam dan bilas)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji telur ayam
Sedikit udang/isi udang(optional)
4 biji cili padi(mayang)
1 biji bawang besar(mayang kasar)

Cara-cara;
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan merah kemudian masukkan jintan manis dan jibtan putih. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan peria dan sedikit air. Biar peria agak lembut dan masukkan udang(jika ada..kalau tak ada..ok je) serbuk kunyit,garam dan sedikit gula. Kacau rata.
3. Masukkan telur,cili padi dan bawang besar.Kacau rata dan siap!

Bau jintan ditumis sangat menggiurkan..so..korang boleh cubalah sendiri.


Rabu, 29 Mei 2019

MEE GORENG TONGGEK

Assalamualaikum

Tengok tajuk..biar betul..yelah..memang betul. Panggilan mee tonggek ni khas untuk mee atau bihun atau kueteow yang dijual di pasar malam. Aku pun tak pasti kenapa dipanggil "tonggek". Ada yang kata sebab nak beli..kena tunggu (tonggek dalam bahasa pasar orang Kedah). Ada yang kata sebab tukang masaknya tertonggek-tonggek menggoreng. Haha..ntahla.

Mee tonggek ni,resepinya simple sangat. So aku sharekan kat sini.

Bahan-bahan;

3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 genggam cili kering
***kisar sekali

1 ketul ayam(potong nipis)
1 bungkus mee kuning
Kicap 
Sos tiram
Sos cili
Sawi dan taugeh

Cara-cara;
Panaskan minyak dan goreng ayam dan kemudian angkat. Baki minyak tumis bahan kisar smpai pecah minyak, masukkan kicap,sos tiram dan sos cili (agak-agak lah..aku tak sukat pun..) kemudian masukkan mee,kacau rata,masukkan ayam.Sebelum matikan api,masukkan sawi dan taugeh. Siap. Aku tak letak garam sebab kicap dan sos tiram pun dah ada perasa.

Siap dah mee tonggek aku. Tomato tu. . Tomato sesat aku jumpa dalam peti ais..belasah ajelah.. 

Selasa, 28 Mei 2019

MASAK LEMAK CILI PADI KULIT LEMBU

Assalamualaikum.

Selera jawa suami ku cuba aku penuhi. Salah satunya adalah kulit lembu. Tak kisahlah masak apa pun  tapi kulit lembu sangat sukar diperolehi terutama di negeri yang masyarakat jawanya adalah minoriti.

Mujurlah kakak ipar aku dan suaminya mengusahakan kulit lembu ready to cook ni.. apa lagi memboronglah aku beli untuk dimasak.

Nak masak sambal tahun,belum lagi aku sempat. Sibuk betul bulan puasa ni. So aku buat masak lemak cili padi aje. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan ;
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan cili padi
Kunyit hidup besar ibu jari
*** blend semua bahan ni.

1mangkuk kulit lembu (siap rebus)
2 cawan santan
2 keping asam keping/gelugur
3 helai daun kunyut- mayang nipis
2 batang serai diketuk
Garam, gula perasa sesedap selera

Cara-cara ;

1. Rebuskan kulit lembu sampai betul-betul kembang dengan serai.
2. Bila kulit lembu dah masukkan asam keping dan bahan blend. Renihkan sebentar
3. Masukkan santan, daun kunyit dan perasakan ikut selera. Siap! Kalau ada petai, boleh je nak masuk sekali.

Ini yang aku letak petai

Ini yang takde petai.. 

Ok..itu aje..resepi pertama aku share dibulan puasa yang tinggal berapa hari lagi nak berakhir..

Isnin, 27 Mei 2019

PENIPU SEWA LORI

Assalamualaikum

Aku nak kongsikan 1 kisah dari seorang hamba Allah yang teraniaya dibulan puasa. Jadikan pengajaran dan berhati-hati kalau nak sewa lori. Kejadian berlaku di Ampang, Selagor. 

*****
GUA KENA GAME!!!!

Peringatan buat diri sendiri dan rakan2 di luar sana.......

Hari ni aku pindah rumah.
Perancangan awal aku nak sewa lori 1 tan je...dah deal pun dgn owner lori harga rm 150.
Perbualan aku dgn owner lori 2 3 kali aku call nak confirm kan betul ke harga rm150 je siap 2 org pekerja angkat barang..dan jarak dr rumah lama ke rumah nk pindah tak sampai 20 minit pun...owner lori confirm cakap harga mmg rm150...
So aku confirm larh ambil lori 1 tan dgn harga 150..
Sekali bila lori sampai aku tgk lori nya 5tan dah barang2 aku tak penuh pun dlm lori 5 tan tu...
So pekerja dia sampai2 terus angkat barang...bila dah siap angkat barang semua aku tgk diorg susun seolah2 nk bg penuh kan satu lori tu...padahal brg2 besar cuma peti sejuk, mesin basuh, meja makan 4 kerusi, dgn 2 almari kecik dan 1 meja tv...yg lain semua beg2 je...




Bila dah selesai angkat barang semua baru pekerja dia ckp dgn aku yg lori ni 5 tan dan penuh barang aku...dia minta aku call bos dia utk deal harga...
Aku dah rasa lain macam dkat situ...so alu call terus bos dia...dia kata kenapa aku mintak lori 5 tan...
Aikkk...pdhal awal2 aku deal aku mintak 1 tan jer...3 kali aku confirm kan 1 tan lori aku minta...
Then dia terus bg harga lori sahaja rm850 dan upah pekerja dia smpai 4 org rm750...
Terkedu bai aku...lori dah jalan ni...aku atas motor duk call bos dia...
Aku ckp lar hrtu deal harga lain lori lain...ini sampai lori lain harga lain...dia salah kan aku sebab aku yg minta lori 5 tan...kepala bana dia!!!!
So aku decide nk bg bayar rm500 jer..aku tak kan bayar rm1600...barang2 aku suruh letak dekat lobby apartment je tak perlu bwk naik atas...bos dia call aku lagi ckp suruh aku bayar rm1500 dia kurang kan 100...aku ckp aku takkan bayar...mengarut!!!!
Last2 aku deal punya deal aku ckp aku bayar rm800... dia setuju...
Settle angkat barang semua aku bayar rm600 jer...diorg mula tak puas hati...aku ckp kalau you punya bos boleh game saya mcm niy...saya pun boleh game diorg mcm tu jugak...
Bulan puasa kot nk aniaya aku...nk raya dah ap kepala hotak dia aku nk bayar buta2 rm800 perjalanan tak smpai 20 minit...
Abang aku pindah dari muar ke ampang pun lori lebih 5tan tak smpai pun rm600...
Then aku mintak tolong member aku turun 3 org...sbb aku takut bnde tak elok berlaku sbb waktu tu cuma ada aku sorg...bini aku dgn mak ayah aku tak nak libat kan...
Bile member aku turun duk ckp2 baru pekerja dia ambik rm600...so settle larh...
Duit siap kira depan aku mmg cukup rm600...tuptup dkat 1 jam dia call aku semula ckp aku bg tak cukup 100...hanjing dia...
Kat sini aku tak risau kan diri aku...tapi aku risau kan bini aku tgh sarat mengandung...nk menangis dah dia td...
Aku takut apa2 berlaku sbb rumah aku dia tahu ap semua tu sebab aku minta tolong member aku turun..
Dan untuk pengetahuan korang bos lori dan pekerja berbangsa india...mmg dia spin aku habis2... 
*aku tak racist bro cuma aku salah kan individu yg terlibat.

Aku dapat no lori sewa ni drpd iklan2 yg tampal dkat lift dinding2 apartment yg aku jaga...
Mmg silap aku jugak lar tuh sebab mudah sgt terpedaya... dan aku harap lepas niy tak adalah mangsa2 lain yg kena mcm yg aku kena niy...barang dah ada dlm lori dah separuh jalan baru dia bgtahu harga...
Mati akal aku dibuat nye...

So nasihat aku pada semua jgn lar percaya pd iklan2 lori sewa yg tampal2 dkat dinding lift ke bagai...
Minta semua doakan agar aku sekeluarga selamat dlm semua nya...

Salam ramadhan semua...
Aku tak minta utk diviral kan tapi aku minta semua berhati2

*****
Dari komen yang aku baca, simangsa telah pun buat laporan polis untuk keselamatan diri dan keluarga beliau. 

Apapun..berwaspadalah. Sebab tu aku lebih suka deal guna mesej atau wssp ..itulah bukti kukuh dan sangat laku di dalam mahkamah.


*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Ahad, 26 Mei 2019

SELOKA SUAMIKU

Assalamualaikum.

Aku nak tanya..suami korang macam mana? Suka berdiam? Susah bercakap? Suka menyakat?  atau..suka marah-marah?

Dalam hidup kita berumahtangga pasti ada pasang surutnya. Ada hari kita happy..ada hari kita sedih.. ada waktunya kita rasa sakit hati dan kadang-kadang rasa bersyukur dengan pasangan yang Allah pinjamkan kepada kita.

Suami aku..
Dia jarang bercakap dalam kata lain pendiam. Tapi sesekali ayat yang keluar dari mulutnya ada sense of humor.. yang kadang-kadang buat aku tergelak dan kadang-kadang aku malas nak gelak sebab macam loyar buruk pun ada.

Apapun aku sayang suami aku. Hari ini aku akan kongsikan gurauan suami aku yang pernah aku kongsikan di Fb. Rakan-rakan Fb banyak yang terhibur dengan jenaka suami aku ni..tapi entahla..korang rasa macam mana.. 


Sabtu, 25 Mei 2019

CARA UBAH PASSWORD MODEM WIFI TP-LINK

Assalamualaikum.

Harini aku nak kongsikan, cara-cara nak tukar password wifi jenis TP-Link. Kisahnya ..internet dirumah ni macam slow gila. Aku agak..sebab password asal orang mudah sangat nak agak..password tu pun,kedai jual modem yang tolong setting lepas modem TM asal meletup dek guruh berdentum. Password pulak yang seller tadi set boleh buat pencuri wifi tergelak kuat.. password kiraan 1 sampai 8..kau rasa??

Godek punya godek..akhirnya aku berjaya tukar password kepada yang lebih sukar..sampai aku sendiri kadang-kadang lupa.Ok..ikut step ni.

1. Sambungkan pc dengan modem wifi yang nak diubah password.

2. Tengok nombor IP modem yang ada di bawah modem. Biasanya untuk kebanyakan TP-Link yang digunakan di Malaysia mempunyai nombor  192.168.1.1 atau 192.168.0.1 
Di bawah IP ada Username dan password (biasanya hanya perkataan admin sahaja)

3. Taip nombor IP  pada google browser dan akan terpapar skrin di bawah..
Masukkan Username : admin
Password : admin
dan klik LOGIN


4. Klik Interface Setup

 5. Di kolum WPS Setting -> SSID masukkan nama wifi korang yang baru. Kalau tak nak tukar, boleh skip je step ni

6. Di kolum WPA2-PSK ->Pre-Shared Key masukkan password korang yang baru
kemudian klik SAVE dan restart balik modem korang..
SIAP!

Itu je..mudahkan?Apalagi..cubalah!

Jumaat, 24 Mei 2019

TRAVELOKA UNTUK PEMBURU TIKET

Assalamualaikum.

Berderet-deret entri aku pasal backpakers aku ke Taiwan. Puas hati rasanya bila dapat travel tanpa gangguan sesiapa. Tapi gatal kaki nak berjalan-jalan ni tak hilang jugak. Nak jalan-jalan lagi selagi terdaya.

Kebanyakkan tempat yang aku dah jejak kaki adalah negara Asia dan lebih kepada Oriental Country lah.. Mana taknya..Lepas Beijing China aku ke Vietnam. Kemudian ke Korea..lepas tu ke Hong Kong, tetiba boleh pulak sampai Taiwan. 

Kenapa ya..yaaaa sebabnya ..salah satu sebab adalah disebabkan tambang yang murah dan mampu bayar.  Bagi kaki backpakers macam aku, memburu tiket yang murah dan berbaloi,selain tak ketepikan keselesaan,adalah perkara biasa. Dah jadi macam addict pulak bila dengar promo dari syarikat penerbangan..menggigil tangan nak booking. 

Ikut hati.. teringin jugak nak ke negara lain. Tapi fulus tak berapa nak ado. Biasanya aku booking tiket flight direct di website flight apa aku  nak naik. Tapi, terasa hati nak cuba kaedah lain..manalah tau kot-kot ada yang kena dengan harga yang mampu aku bayar.. Apalagi, aku pun cubalah singgah kat website Traveloka.

Traveloka ni, fungsinya ialah untuk bantu kita dapatkan harga tiket yang paling murah, sesuai dengan bajet dengan sekali carian,semua detail terpampang depan mata. Hasil carian tersenarai semua sekali. Lepas tu,ikut koranglah nak pilih yang mana. Mudah kan? Tak payahla kau nak klik 1-1 website syarikat flight yang ada dalam dunia ni. Website Traveloka pun mudah untuk dilayari..dalam bahasa IT nya.. user friendly. Yang paling best..boleh bayar secara ansuran bulanan guna Maybank.. huhuhu. Mana nak cari tempat boleh bayar ansuran macamni. Ruginya aku baru tahu. 

Saja je nak cari kelainan..asyik travel negara sejuk-sejuk je, teringin pulak nak ke tempat yang ada pantai, laut..best jugak tu..sesekali bersantai di tepi pantai..berjemur-jemur macam mat salleh..huhu.. so pikir punya pikir, nak try ushar  harga tiket pergi Krabi..apa lagi aku pun cubalah nak books flight to Krabi online di wabsite Traveloka. 

Kan... tengok ni..dari semurah RM348..murah gile tu. Guna Traveloka, settle problem! Tak payah tunggu promo, semua dia tunjuk kat situ. Tak payah jugak korang buka website syarikat perbangan satu per satu. Buang masa aje. Di Traveloka semuanya ada. 

Dalam pada aku dok ushar tiket kat Traveloka ni..tiba-tiba ternampak pasal Qatar Airways promotion Setahu aku, Qatar Airways, kapal terbang untuk orang kaya ..bila aku klik dan tengok sendiri..eh..eh.jangkaan aku meleset jauh ke lautan pasifik...seriusla..jika nak dibandingkan tiket syarikat penerbangan murah, lebih berbaloi dengan Qatar Airways. Untuk baggage aje dia bagi 32kg, meal pun ada. Kalau untuk long distance memang berbaloi sangat dengan apa yang ditawarkan... seat pun selesa duduk..takdelah siku kau asyik menyiku orang sebelah. Dah tu tak payah pikir nak beli meal and baggage..  Harga tiket tu dah all-in. Berbaloi tak? Confirm lah berbaloi.

Dia punya route 1 dunia lebih dari 160 destinasi. Qatar Airways pun harga untuk student tau..kira bagus sangat lah ni. Ada juga keistimewaan lain untuk student. 

Emmm,bila tengok website Traveloka ni..jadi rambang mata pulak dengan promo yang ada dan tiba-tiba rasa gatal pulak kaki aku nak melangkah ke sampai ke negara Middle East..tak pernah sampai..hanya tengok gambar-gambar di internet aje. Inikan lagi naik Qatar Airways pulak tu...nak buat macamna ni, baru balik Taiwan kot.. kejablah..nak gosok-gosok mylaling en.suami ..mana tau dia kesian kat aku ..boleh payung tiket pi Turki pulak kannnn??? Lepasni aku nak download apps Traveloka sebab nanti Traveloka akan update dan bagi notification kalau ada apa-apa promosi. Kiranya,aku tak terlepaslah peluang nak beli tiket murah.

Ini cerita aku yang memang kaki travel, pantang tengok tempat menarik,kena pulak harga tiket yang mampu bayar,termimpi-mimpi nak pergi..korang apalagi..nak cari tiket murah tak susah..taip aje Traveloka..selesai masalah..ok.. pada pebdapat aku Traveloka sangat berguna kepada pemburu-pemburu tiket untuk mencari harga tiket yang terbaik dan mudah. Rugi tak guna kemudahan yang macamni..itu aje untuk harini. 

Jumpa lagi di entri akan datang!

Khamis, 23 Mei 2019

TAIWAN - PART 14 - BEIMEN STATION TO AIRPORT

Assalamualaikum.

Bersambung sikit lagi dari dari entri semalam.

Dari Yangming Park naik bas ke Jiantan Station, kemudian ambik MRT (Red Line-Xiangshan) turun di Zhongshan Station dan tukar ke Green Line -Xindian dan turun di Beimen Station.



Tiba disini, aku menghala ke Main Station (bawah tanah) untuk ke trail Comuter/Express Train ke Airport. Di sinilah tempatnya.. bukan sahaja ratusan kedai menjual souvenir, kedai makan halal Indon pun ada. Ramai orang Indon kat sini. Dan di sini jugaklah baru aku memborong FM dan beli beberapa helai t-shirt untuk anak-anak.. untuk aku sendiri pulak aku tak beli apa-apa. 





Biasanya kalau aku keluar negara aku akan ke Hard Rock untuk beli t-shirt. Tapi di Taiwan tak ada Hard Rock.. sedih sungguh. Aku meluangkan masa lebih 2 jam disini untuk makan dan shopping.

Selesai semua, dengan menggunakan easycard, aku dan Iera kembali ke Taouyuan Aiport dan tiba di sana dalam pukul 5petang.



Cuaca hari ni sangat terang benderang..sedih betul bila mengenangkan sepanjang aku berada di Taiwan asyik hujan. Kenangan berbackpackers kali ini luar biasa..dan mungkin ini adalah trip percutian terakhir aku dan bff aku Iera. Mungkin selepas ni aku akan bergerak solo. Dan aku sedaya upaya memujuk suami aku ..ikut aku sekali untuk travel..suami aku tak suka naik flight lama-lama..itulah masalahnya.

Pengalaman travel di bumi Taiwan belum berakhir.. sepatutnya flight kami ke KL pukul 11.35malam.. tapi AirAsia..biasalah kan.. delay sampai 2.30pagi.. 2kali tukar boarding gate sampai ada penumpang yang bergaduh dengan staf AirAsia. Naik flight pulak, kami ambik meal pun..dah tak lalu makan. Aku makan sambil pejam mata. Aku dah kata kat Iera, sampai KLIA nanti kompom jadi zombi..berjalan bagai diawang-awangan sebab mengantuk.



Ikutkan aku booking seat masa balik untuk duduk 2 orang ditempat 2 seat. Tapi disebabkan masalah delay kami dapat duduk 2 orang di row 3 seat.. bahagianya.. 

Sampai di KLIA hampir pukul 7pagi. Mujur juga kau beringat dari awal untuk ambil flight balik ke Alor Setar dengan flight ke2 jam 10.30pagi. Kalau aku ambil flight pertama ..pukul 7 pagi..mampus la..terlepas flight.

Apapun.. aku bersyukur.. dapat menjelajah Taiwan dengan sahabat baik susah senang aku..walaupun ini adalah trip kami bersama yang terakhir.. Iera terpaksa menarik diri dari meneruskan misi backpackers dengan aku..atas sebab peribadi.. dan aku juga bersyukur, aku yang terus pulang ke kampung sebaik sampai di airport Kepala Batas, dan aku sempat meluangkan masa bersama abah aku..dan esok subuhnya..abah telah dijemput Ilahi..

Percaturan Allah itu sangat indah. Terima Kasih Allah.

Rabu, 22 Mei 2019

TAIWAN - PART 13 - QINGTIANGANG, YANGMINGSHAN PARK

Assalamualaikum.

Panjangkan entri pasal Taiwan ni? Aku tak reti nak pendekkan sebab banyak tips dan petua yang aku nak kongsikan kepada korang. Rakyat Malaysia terutama melayu ni, jarang nak ke Taiwan. Info mengenainya agak terhad. Sebab itulah aku nak berkongsi dengan semua apa yang aku tahu.

Dari volcano di Xiaoyoukeng, naik bas 108 ke Qingtiangang. Kat sini ada sorang minah filipin travel solo. Saja je aku kesian tengok dia sorang diri, ajak lah jalan sama. Dia pun ikut je mana aku dan Iera pergi.



Di Qingtianggang ada Visitor Center. Masuklah kejab nak tinjau apa yang ada dalam tu..bolehla cari tempat panas sikit sebab kat luar sejuk sangat dan berangin. Qingtiangang ni tempat wajib datang kalau korang ke Yangmingshan. Padang rumput yang luas dan sangat cantik. Tapi disebabkan kabus.. ini sajalah yang dapat aku capap dengan Oppo aku.. (balik Malaysia, habih punah setengah gambar..Sd card curropt sebab Oppo ni cap ayam tak boleh support 125gb punya kad..kat info hp katanya support.. jibon betul..tetiba keluar cerita pasal Oppo kat sini..Hati masih sakit gambar banyak yang lingkup)






Selesai di Qingtiangang.. meneruskan perjalanan ke Yangming Park sebelum balik ke airport.

Sempat melawat pohon sakura yang masih bersisa berhampiran Yangmingshan Station..tak sangka dibawah ni cuaca cerah benderang..




Untuk jimatkan masa dari menunggu bas, aku deal dengan budak filipin  tu..naik cab aje. tempat menunggu bas di sini adak berselerak. Tak tahu mana bas berhenti dan mula ambik penumpang untuk ke destinasi lain dalam kawasan Yangmingshan. So aku cadangkan, kalau korang sampai Yangmingshan, pergilah  Yangming Park dulu..kemudian barulah ke tempat lain. 

Yangming Park tak jauh mana pun dari Yangmingshan Station, dalam 10minit..naik cab. Kalau kau larat menapak..20minit..tapi menapak mendaki wei..terkengkang sementara nak sampai.




Cuaca cerah benderang kat sini.. adeh..sakit pulak hati..awan tebal semua dah hilang. Rasa macam nak balik ke Qingtiangang sekali lagi untuk ambik gambar.

Jam sudah pukul 1..kami bergerak balik ke Jiantan Station dari Yangming Park dengan naik bas S8.

Sambung..

Selasa, 21 Mei 2019

TAIWAN - PART 12 - YANGMINGSHAN PARK

DAY 6 - 26 MAC 2019
Yangmingshan - Beimen Station - Touyuan Airport

Hari terakhir di bumi Taiwan. Cuaca agak cantik pagi ni. Apapun..tetap agak murung dihati. Kami check-out terus dari hotel pukul 7.30pagi berjalan ke Zhongshan Station. Ambik MRT (Red Line -Tamsui) menuju ke Jiantan Station.


Sampai di Jiantan Station, keluar Exit 1 (Shilin Night Market). Bus Stop untuk ke Yangmingshan adalah disebelah bangunan stesen sahaja. (Tak perlu lintas jalan..alu dah lintas baru perasan..terpaksa lintas balik) Korang akan nampak banyak orang beratur kat situ di koridor stesen sahaja. Jangan risau ada aje petugas yang menunggu disitu dan bila diorang nampak pelancong, diorang memang tahu yang kita nak ke Yangmingshan.

Ada banyak bas ke Yangmingshan. Mana-mana pun boleh. Nombor bas R5, S8, S15. S17 semua ini akan berhenti di Yangmingshan Station. Jarak dari Jiantan Station  hampir 50minit . Tambang  NTD15.

Yangmingshan Station

Sampai di Yangmingshan, cuaca cerah. Cari tempat menunggu bas untuk jelajah kawasan Yangmingshan.


Tempatnya disebelah kanan bangunan stesen tertulis 108 iaitu nombor bas.
Laluan dan nombor bas.

Untuk Yangmingshan, aku hanya pilih 3 buah tempat sahaja untuk melawat. Kalau nak pergi kesemua tempat, kena spend masa 1 hari baru cukup.

Tempat pertama aku nak pergi adalah Xiaoyoukeng iaitu tempat gunung berapi. Dengan menaiki bas 108, kami tiba disana..malangnya kabus tebal gila. Aku pun jalan sajalah sebab dah sampai. Nak ambik gambar pun tak nampak apa sangat cuma bau busuk sulfur dan bunyi macam benda mendidih aje.




Frust gila..kabus tebal sangat memang tak nampak apa-apa





Selesai pusing-pusing, dalam kesejukan menggila dan berkabus sebab malam tadi hujan, kami tunggu bas untuk ke tempat seterusnya.. iaitu Qintiangnang.

Oklah..sambung esok. 

Isnin, 20 Mei 2019

TAIWAN - PART 11 - JALAN-JALAN CARI MAKAN

Assalamualaikum.

Segalanya berubah. itenary yang tersusun cantik tak dapat diikut . Selesai jalan-jalan di Zoo, aku ambik keputusan nak kembali ke Ximending untuk cari ole-ole. Ambik MRT dari Zoo terus ke Ximen Station.





Sini pun masih hujan rintik-rintik. Serius, aku tak tau nak beli apa sebab macam tak best nak pulak. 

Puas kat sini, aku ajak Iera cari restoran halal diseberang jalan menghala ke Main  Station. Dalam perjalanan ke restoren tu, sempat aku mencapap gambar Zhongshan Hall.






Kami ke Ai-Jia Muslim Halal Beef Noodle. Cara mudah nak ke sini, kalau korang dari Ximen Station, cari jalan hala ke Main Station, lorong blok bangunan belakang dari jalan besar. Restoren ni sebelah kanan. Ada 2 buah restoren muslim sebelah menyebelah aje. 



Pada aku..mee kat sini tak adalah sedap mana pun. Selera orang Taiwan agaknya sebab masa aku ke Hong Kong, makan di Ma's Restaurant..sampai hari ni aku teringat-ingat dimsum dia yang sedap gila.



Selesai makan kami menapak berjalan kaki, lintas jalan besar untuk balik ke hotel. Malam terakhir untuk kemas beg sebelum bertolak balik esok.





Disebabkan malamnya rasa boring, aku keluar sekali lagi ronda-ronda cari kedai jual souvenir. Hampa..mujur..mulut yang ramah ni menegur 2 orang warga Indo yang berkerja sebagai bibik di sana masa aku bertembung kali ke2. Aku tanya kat mana tempat jual souvenir..katanya dalam Beimen Station.

Oklah, esok aku cuba cari sebelum gerak balik ke airport.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...