DAY 5 - 25 MAC 2019
National Palace Museum - Taipei Zoo
Assalamualaikum
Kalau ikutkan itenari aku atur dah cantik dah. Patut selepas ke National Palace terus ke Yangmingshan Park sebab dah tak jauh. Apakan daya..hujan. Mujurlah aku dah cekap pasal station MRT. Tukar plan, lepas melawat National Palace Museum, naik MRT terus ke Taipei Zoo sebab jarak jauh . Harapnya bila jarak jauh, kawasan zoo tak hujanlah.
Ok..semalam aku ada sebut pasal hotel. Apa yang aku marah sangat dengan hotel ni..??? Aku dengan Iera kena gigit pijat wehhh.. habis berbintat tangan dan jari. Aku lah yang paling teruk. Gatal jangan cakaplah. Sampai ke harini..masa dok tengah menaip ni..parut dan gatal tak hilang lagi. Ok.sila BANNED hotel yang bernama KING PLAZA HOTEL.
Jauhi hotel yang tersenarai ni..dah lah jauh gile dari MRT stesen.. bilik yang aku duduk pulak ada pijat
Hari ini masa aku tengah tulis entri 9 mei..parut dan gatal masih tak hilang.. gambar di atas, selepas 2 hari sampai di Malaysia
Berbalik kepada cerita jalan-jalan harini. Dari Zhongshan Station ke Shilin Station (Red Line-Tamsui). Tambang NTD16. Macam mana nak ke muzium ni? Ok baca betul-betul aku nak cerita.
Sampai di Shilin Station, keluar ikut Exit 1..jalan terus sampai hujung.. korang tengok sebelah kanan nampak Watson, dari jauh dah nampak. Lintas sikit kedepan Watson dan belok kanan sikit aje. Kat situ lah tempat tunggu bas. Ada signboard bas kat situ. Takkan sesat punyalah.
Untuk ke National Palace Museum, boleh ambil mana-mana bas yang bernombor 304,255,815 atau shuttle bus 18 dan 19. Tambang NTD15. Jangan risau dalam bas mesin tolong bagitau nama bus-stop. Aku keluar dari hotel pukul 7.30pagi. Dari Shilin Station ke muzium tu dalam 20minit juga.
Waktu kami sampai hujan mula turun dengan lebat. Aku dan Iera berlari ke 7e seberang jalan muzium.. shopping payung pagi-pagi..
Kawasan muzium ni besar. Kalau tak hujan memang aku nak pergi semua bangunan yang cantik tu nak tangkap gambar. Bila dah jadi macamni, kami tunggu je pintu muzium buka. Beratur dan beli tiket masuk NTD350.
Untuk makluman..aku tak galakkan korang masuk. Rasa macam membazir gile masuk muzium ni. Sangat membosankan dan tak ada apa yang menarik. Nak jalan pun asyik bertembung dengan pelancong China dan Jepun. Kalau korang yang jenis minat muzium..masuklah.. tapi serius aku cakap..haram tak best. Lebih baik korang jalan kat luar tangkap gambar dan blah.
Disebabkan aku dah masuk..jalan kejab dalam setengah jam..kami blah. Tengah-tengah hujan renyai kami ambil gambar dan turun ke tepi jalan untuk tunggu bas. Jangan risau..bas banyak je untuk balik ke Shilin.
Patah balik ke Shilin Station, ambik MRT (Red Line- Xiangshan) turun di Zhongshan Station untuk tukar train line hijau. Naik MRT (Green Line -Songshan) turun di Nanjiang Fuxing Station. Sampai situ, turun dan tukar train line coklat arah Taipei Zoo. Tambang NTD32. Kat sini puas jugak menapak untuk cari train ke Zoo tapi jangan risau, ikut je signboard dalam station tu.
Zoo dia oklah. Kalau ikutkan, zoo ni ada dalam itenari untuk hari terakhir sebelum balik ke Airport. Tapi disebabkan aku taknak buang masa merenung nasib dibasahi hujan, aku pergi jugaklah.Tiket masuk tersangatlah murah NTD60 aje..boleh tengok kakmah.. eh..panda huhuh
Waktu kami masuk, orang tak ramai lagi..hujan jugak weh..tapi gerimis aje. Aku dan Iera lepak kat Mc D sebelah kiri dan buka Kembara Meal. Iera pergi beli air untuk minum. Selesai makan kami pun jalan-jalan ..hujan mula lebat dan sempatlah kami masuk ke tempat panda.
Tak boleh lama...dah kena halau..jibbon betul. Kat sini ada gift shop. Apalagi, aku pun menyopping la apa yang patut untuk dibawak balik. Jam baru pukul 12..apa nak buat..awal lagi..nak ke Yangmingshan...kompom lah hujan..so tukar lagi itenari..nak cari FM dan makan mee halal..
Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!