Sabtu, 11 Mei 2019

TAIWAN - PART 2 - KL TO TAIWAN

Assalamualaikum

Dengan lafaz Bismillahhirohmanirrahim... inilah catatan kembara aku


DAY 1 - 21 MAC 2019
Alor Setar - Kuala Lumpur - Taiwan

Bergerak dari rumah ke Airport Kepala Batas pukul 7pagi..perjalanan hanya 10minit sahaja sebab rumah aku dekat dengan airport.  Boarding departure . Penerbangan pertama pukul 8.20pagi dan tiba di KLIA pukul 9.25pagi.  Disebabkan penerbangan ke Taiwan petang, maka aku dan Iera berlegar-legar membuang masa di KLIA

Breakfast dan lunch terus di Texas Chicken.. 100x baik dari KFC atau McD sebab air boleh topup ..sesuailah kalau nak duduk lepak lama-lama


Seminggu sebelum fly ni aku cuba check-in di website AA, tapi hampeh. 2-3kali cuba ..tetap tak boleh. So aku terus ke kaunter untuk check-in.


Untuk kali ini, seperti biasa, aku tak bawak beg yang besar, hanya backpack saiz sederhana dan beg sling untuk isi wallet dan dokumen. Total berat ke2-2 beg 6.89kg sahaja. Betul-betul aku jaga bab berat beg..Alhamdulillah..masa lalu depan staff AA kat pintu masuk pun, dia tak suruh timbang pun sebab dia tengok beg kecik..so selamat dah aku dengan Iera jalan dengan penuh bangga. Dalam flight hanya aku dan Iera je melayu..sabar jelah. Dalam flight akan diberi Arrival Card oleh stewarders. 

Kad ni kalau tak dapat dalam flight..jangan risau, bila kau turun flight sebelum ke kaunter imigresen sebelah kanan ada meja khas yang ada kad ni siap dengan spek untuk korang yang rabun tapi tak bawak spek. Tak sempat aku nak ambik gambar nak cepat konon nak ligan train yang last..

Flight ke Taiwan pukul 5.45ptg. Tiba di Airport Taoyuan , Terminal 1 lebih kurang pukul 10.30malam.. keluar je dari flight, dah dihulur pulak 1 kad yang tersenarai barang-barang larangan untuk dibaca..mana nak jalan..nak baca lagi.. aku tengok sekali lalu je, sampai la nak beratur kat kaunter imigresen, kad tu dia mintak balik..buat penat je..Untuk imigresen dalam setengah jam..ditanya jugak aku nak dok kat sama berapa lama, aku cakaplah 1 minggu. Kastam lepas je sebab tak payah scan beg pun. Bukannya aku bawak apa-apa..makanan pun aku bawak Kembara Meal 2 pek.

Perkara pertama aku buat, sampai di Arrival hall..belok kanan, turun eskelator ke tingkat bawah, masuk 7e, beli Easycard harga NTD10 dan topup siap-siap NTD1500. Aku ingat kalau sampai awal dan selesai clear imigresen cepat, bolehlah naik train. Train terakhir pukul 11.36malam, tapi disebabkan jam dah dekat pukul 12, aku ambik keputusan naik bas aje. Platform bas hanya sebelah luar  dari 7e.

Aku naik bas no.1819(Kuo Kuang Transportation) di Platform 5 , tambang NTD140 swipe easycard aje. Bas beroperasi 24jam, 20minit sekali. Selain bas  1819, ada 1 lagi bas yang korang boleh naik, bas No.1961(City Bus). Lebih kurang 1 jam, sampai di Taipei Main Station. Menapaklah aku dengan Iera nak cari hotel yang aku booking di Agoda. Nama hotel tu Just Inn Taipei. Mujur tak sesat sebab dah gelap, pukul 1.30pagi baru check-in hotel.


Bas sampai.. elok nak ambik gambar..nyonya ni blocking pulak.

Seperti biasa, tiap kali travel aku tak pernah beli simkad atau wifi..sama jugak kali ni. Harapkan wifi hotel, bas dan train aje. Boleh pun aku hidup takde internet ..selamat balik jugak. Letih punya pasal..terus tidur.Jam dekat pukul 2 dah.Ok..sambung!







1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...