Ahad, 12 Mei 2019

TAIWAN - PART 3 - TAIPEI CITY TOUR

DAY 2 - 22 MAC 2019
Taipei City Tour - Xincheng

Assalamualaikum.

Letih tidur tak cukup. Pukul 7.30 kami mula gerak. Check-out terus Mujur hotel yang aku duduk tu sebelah je dengan 7e, Masuk ke 7e beli mineral dan print tiket train untuk ke Xincheng. Tiket train aku beli website ni
http://twtraffic.tra.gov.tw/twrail/EN_QuickSearch.aspx .

Ok nak beli tiket ni, korang  kena tengok betul-betul stesen mana nak naik dan turun. Pilih tarikh, jam dan jenis train yang korang nak naik. Aku pun puas juga study menatang ni. Tak ada sorang pun blogger Malaysia yang sudi ajar cara nak booked tiket ni online.

Doakan aku ada kelapangan, aku akan buat entri khas untuk ajar korang cara nak booking. Oleh kerana tak berapa faham cara booking,kesannya aku silap pilih jam terawal. Mujur boleh cancel di web,tapi untuk clearkan cancel tu kena hadap kaunter di TMS (Taipei Main Station) juga. Bayaran hanya guna kad kredit aje. Mula tu aku plan  nak naik di stesen Nangang, tapi tiket habis, terpaksa ambil di TMS juga. Dari review yang aku baca TMS ni sangatlah besar, so aku nak elakkan sesak..tapi tak upayalah..kena hadap jugak. Maka itenari yang aku kongsikan sebelum ni pun  berubah lah jawabnya.

Ok..balik ke kisah nak print tiket sebenar di 7e. Korang bagi je slip booking yang korang print kat staf 7e tu dan dia tolong buatkan...bukan tolong free tau..berbayar. Kena bayar NTD8 untuk 1 tiket. So bagi tiket return, dia kira 2 tiketlah. Kena bayar NTD16.


Dapat aje tiket, kami pun mulalah menapak ikut itenari. Pada itenari lalu yang aku kongsikan di blog ni, ada beberapa tempat aku skip sebab rasa tak menarik. Station MRT yang terdekat dengan hotel adalah TMS. Besar gedabak stesen ni. Tapi aku ok je..jalan slow-slow. Dari TMS (Red Line-Xiangshan) ke Chang Kai-Shek Memorial. Swipe easycard NTD16. Turun Exit 1.


Dari Hotel ke TMS

Bangunan Shin Kong Mitsukoshi disebelah kanan

Taipei Main Station (TMS)


Taipei South Gate (LiZheng Gate)

Dari situ kami terus ke National Chiang Kai-Shek Memorial Hall Complex (CKS Hall), jarak 300m dari LiZheng Gate. Dalam kawasan CKS Hall ni ada Liberty Square Arch, National Concert Hall, CKS Memorial Hall Post Office








Menarik perhatian aku..mesin vending makanan ikan

Kami sekadar ambil gambar aje. Tak pulak menapak nak masuk 1-1 bangunan tu..macam tu gaya sebulan pun tak cukup nak cover. Kami berjalan keluar ikut Dazhong Gate iaitu gate sebelah kiri kompleks tu.(lalu ikut taman /kolam ikan) Menuju pulak kami ke Dongmen Market.

Dazhong Gate


Dongmen Market

Pagi masih awal..kami lalu aje depan market tu..tak masuk pun. Memandangkan kami kejar masa dan banyak tempat nak cover, nampak tak menarik je..kami skip. Perjalanan dari CKS Hall ke Dongmen Market lebih kurang 500m. 


Dari situ kami masuk melalui Exit 2 turun ke Dongmen Station menuju Daan Park Station (Red Line-Xiangshan). Tambang NTD16. Kalau korang larat jalan dipersilakan jalan sebab jarak dalam 500m jugak. Untuk jimat tenaga kami naik MRT je.

Tiba di Daan Park Station, Exit 2. 



Daan Park












Dari Daan Park kami berjalan ke Grand Mosque.. tak jauh pun 800m jugaklah ..huhuhu.. Sampai disini, kami masuk kawasan masjid dan ditegur jemaah yang ada..kami berdoa agar restoren halal dekat masjid tu buka.

Taipei Grand Mosque..seberang jalan (kiri Daan Park)

Taipei Grand Mosque


Block kedai sebelah kiri masjid


Hampa..restoren tu buka pukul 2petang. Tapi...Alhamdulillah, kedai runcit sebelah restoren tu pun ada sediakan makanan. Pekerja dia budak Indon, student kat sana. 





Alhamdulillah  ...Lega dapat makan.

Keluar dari kedai tu, tiba-tiba boleh pulak muncul pak arab cina ni jual kebab.. tadi tak de. 


Aku dan Iera pun belilah sorang sebiji..dan balik semula ke Daan Park, menuju ke Daan Park Station untuk destinasi seterusnya.


Bersambung...



























1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...