Khamis, 16 Mei 2019

TAIWAN - PART 7 - BEITOU

DAY 4 - 24 MAC 2019
Beitou - Yehliu Geopark - Tamsui


Assalamualaikum

Hari Ke-4 di bumi Taiwan. Ok, ini kisah hotel. Tak sangka lah pulak Hotel King Plaza ni jauhnya Ya Robbi dari MRT Station. Nak ke TMS atau ke Zhongshan Station sama jauh je..dalam 650m.Silap akulah..tak tengok google map sebelum booking. Baca review hotel pun tak semuanya betul. 




Pagi ni aku nak ke Beitou Hot Spring. Cuaca agak mendung. Menapak dari hotel ke Zhongshan Station . Untuk ke Beitou Hot Spring, naik MRT ( Red Line-Tamsui) turun di Xinbeitou Station dan tukar ke line (Pink Line)Beitou Station. Sampai di Beitou Station, deco nya menyajikan binaan empat mandian hotspring. Untuk ke Beitou Hot Spring,mudah aje. Sampai di Beitou Station, keluar dari station, lintas jalan, ambik simpang hala ke kanan dan jalan terus aje.






Dari jauh dah boleh nampak Beitou Park.


Beituo Park


Waktu ni langit dah mulai mendung..angin makin kuat dan sejuk. 

Kiri-Katagalan Culture Center .. jalan terus lagi kedepan

Sebelah kanan, turun ikut lorong kayu, nampak anak sungai..hujan mula turun..nak kata lebat tu tidak..tapi kalau jalan jugak memang basah. Sejuk jangan cakaplah. Aku pun lepak kejab kat wakaf atas titi disitu.




Hujung kanan ada denai kayu..aku turun ikut situ sebab hujan mula turun 




Bila dah macam reda sikit, aku teruskan berjalan ke Beitou Termal Valley. Disebabkan awal lagi, baru pukul 8.45pagi, kami tunggu kat luar .Termal Valley buka pukul 9pagi. Tapi pukul 8.50pagi pintu pagar dah buka..apa lagi..terkam masuk la.Orang pun tak ada lagi. Masuk free aje. Kami jalan sampai ke hujung.








Ok..kat sini aku nak bagitahu ye.. Taiwan ni, tempat-tempat menarik dia banyak, tapi susah nak jumpa kedai atau orang jual souvenir.  Kat Termal Valley ni ada, tapi tak banyak pilihan..harga pun boleh tahan.

Longkang?? Longkang ni berasap weii..air panas.pasal tu aku snap gambar dia.. ingat suka-suka ambik gambar longkang?

Dalam setengah jam, kami pun keluar. Hujan dah reda. Arah balik kami singgah HotSpring Museum yang baru buka. Lecehnya kat muzium ni, nak masuk kena buka kasut. Staf kat situ tolong tunggu loker kasut. Dia tengok kaki kita pun dia dah tahu saiz apa. Tukar pakai selipar khas dan kami jalan kejab dalam muzium ni. Tak delah menarik pun..tapi benda free, masuk ajelah. Jam dah pukul 10..masih awal. Kalau ikut itenari , pukul 11 baru nak gerak..tapi disebabkan pukul 6petang pun dah gelap gelita..aku percepatkan perjalanan.

Hotspring Museum..waktu ni tak buka lagi..pukul 9 baru buka

Rak kasut 


tukar selipar


Salah 1 tempat untuk mandi dan berendam.. Millenium Hot Spring


Lepas tu kami keluar dan menuju ke Beitou Station. Dari situ ke Xinbeitou Station, menuju ke Tamsui (Red Line- Tamsui) . Station Tamsui adalah station terakhir untuk MRT Red Line. Kami nak ke Yehliu Geopark pulak.

Ok..bersambung

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...