Tajuk aku memang aku guna english.. sebab dalam carian google bila aku taip dalam BM, susah sangat nak jumpa. Asyik mat saleh je mengenakan aku.. buka-buka isi entri semua BI. Jenuh aku nak faham. Kali ni bagi dia pulak terkena.. tajuk BI..entri BM..hahah..padan muka dia.
Ok berbalik kepada cara nak menggunakan Roborock. Selepas selesai semua step darilah sambungan Roborock kepada router wifi, kemudian sambungan handphone kepada Roborock melalui Apps Mi Home, kemudian setting asas di pemuka Apps Mi Home,harini kita ke tajuk cara dan menu bagi menggunakan Apps Mi Home untuk Roborock.
Di peringkat ni, kalau tak ada wifi, tak tau Apps Mi Home, dan tak reti nak kisah-kisah hal yang mcam ni, Roborock boleh aje terus guna dengan menekan button Start pada Roborock. Kelebihan menggunakan Apps adalah bila , kita ditempat kerja atau dimana-mana pun, dan Roborock berada pada dock charger yang suisnya di on kan, beserta wifi yang berfungsi, maka kita boleh mengarahkan Roborock bekerja. Sangat sesuai untuk wanita yang berkerja.
Ini step untuk kali pertama menggunakan Roborock.
Ini step untuk kali pertama menggunakan Roborock.
1. Di Apps Mi Home ,tap : Roborock
2. Di paparan ini,tap 3 dot penjuru kanan atas (Setting)
3. Di paparan Setting , tap : Cleanup mode
4. Tap mana-mana mode yang diingin. Untuk mop sahaja, tap Mop sehingga tulisan bertukar warna.
Pilihan vacum dibawahnya adalah mengikut kekuatan daya sedutan vacum. harus diketahui, semakin kuat daya sedutan, bunyinya juga makin kuat.
Selesai pilihan mode, back semula ke paparan Setting dan ke paparan map
5. Pada paparan map, boleh terus tap Clean, TETAPI, lebih baik set dahulu kawasan dan jumlah kekerapan vacum atau mop. Untuk itu tap : Zoned cleanup
6. Kita boleh pilih kawasan mana yang hendak divacum/mop dengan tap pada petak segiempat (bertanda bulat merah). Kalau tak nak tetapkan kawasan, boleh tetapkan berapa kali vacum/mop dengan tap bulatan "1x times" (bertanda bulat kuning). Jika tidak, vacum/mop hanya kan dilakukan sekali sahaja.
Kemudian tap : Cleanup
7. Paparan akan kembali seperti di atas dan tap : Clean
Selesai.
Maka, sibibik Roborock aku ni pun, memulakan tugas dengan sangat baik..baik betul dia, tak cakap banyak pun..melainkan masa nak mula kerja dia cakap "Start Cleaning".. lepas tu bila dah selesai, dia bagitau " Back to the dock".. itu je. Pada aku, Roborock ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Aku kat ofis, balik aje, lantai dah siap bersapu dan mop sekali..heheh..
Esok aku akan bagi info sikit mengenai cara penyelenggaraan Roborock ni.
Adeusss!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!