Selasa, 7 Mei 2019

XIAOMI ROBOROCK : MAINTAINANCE

Assalamualaikum

Benda beli mahal, so lebih baik jaga betul-betul. Kali ni aku kongsikan cara penyelenggaraan Roborock ni. Bagi yang masih bercita-cita nak beli, tentu korang  perlukan maklumat yang lebih, sebab sebelum aku beli, aku cuba google perkara-perkara macamni, tapi sayangnya TAK ADA. Hanya ada video youtube mat saleh membebel..bosan.

Harapnya perkongsian ini dapat membakar semangat korang untuk memiliki robot ini. Ok berbalik kepada penyelenggaraan Roborock. Info penyelenggaraan ini hanya didapati pada Apps Mi Home sahaja. Lecehnya, selagi belum ada device (tak kisahlah Roborock atau apa sahaja produk dari Xiaomi), apps Mi Home tak boleh di akses untuk perkara berkaitan barangan yang kita nak tengok.



1. Di paparan Setting, tap : User manual & customer service

2. Tap : Maintainance

Di sini, pengguna boleh baca dan lihat gambar cara-cara untuk selenggara Roborock. Jadi aku kongsikan disini bagi korang yang belum memiliki Roborock. 

Cara penyelenggaraan Roborock adalah seperti berikut
Komponen Roborock di bahagian luar yang perlu diselenggara.

Main Brush
**cuci setiap minggu**
1.Terbalikkan vacum dan danggalkan penutup berus (Main Brush Cover)
2. Tanggalkan berus dan bersihkan bearing 
3.Bersihkan bulu berus menggunakan berus khas (Cleaning tool) yang disediakan (berus ini diletakkan bersebelahan kotak habuk di bahagian atas vacum)
4. Pasangkan semula berus dan penutup setelah selesai.
**Berus perlu diganti setiap 6-12 bulan


Side Brush
**cuci setiap bulan**
1. Gunakan pemutar skrew untuk menanggalkan berus tepi
2. Bersihkan berus
3.Pasang semula setelah selesai
**Ganti berus setiap 3-6 bulan


Mop
**cuci setiap kali selepas digunakan**
1. Tanggalkan kain mop dari pelekat pada modul mop dan tarik kebawah
2. Cuci seperti biasa dengan sabun dan keringkan
**Ganti kain mop setiap 6-12 bulan
**Tanggalkan modul mop dari vacum jika tidak menggunakannya


Roda
**cuci  setiap bulan**
1. Tanggalkan roda dari caster roda
1.Bersihkan habuk,rambut dan sebarang sisa yang lekat pada bahagian roda dan gandar(axle)

Sensor
**cuci setiap bulan**
1. Dengan menggunakan kain kering yang bersih atau cukup sekadar tisu,lapkan permukaan sensor disebelah kanan vacum dan 4 sensor di bahagian bawah(hadapan) vacum.

Bateri
Roborock menggunakan high-performance lithium battery. Bagi memanjangkan hayat bateri, pastikan vacum sentiasa berada pada dock. Jika tidak menggunakan vacum dalam jangkamasa yang lama, matikan punca kuasa elektrik. Caj bateri sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan bagi mengelakkan bateri rosak.

Dock
**cuci setiap bulan**
Cuci dock dengan menggunakan kain yang lembut dan dan kering.

Penjagaan yang baik akan dapat mengelakkan vacum daripada cepat rosak dan memanjangkan hayat bateri.

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...