Rabu, 1 Mei 2019

XIAOMI ROBOROCK

Assalamualaikum

Selamat Hari Pekerja.

Disebabkan hari ni hari pekerja, aku nak kongsikan dengan korang mengenai 1 bibik yang aku gajikan untuk bekerja dengan aku.

Dah lama aku survey, sana sini, bandingkan harga dan fungsi, tengok youtube cara nak guna dan macam-macam lagi. Kata orang, alah membeli menang memakai.

Aku beli XIAOMI ROBOROCK S52. Sebenarnya Roborock ni adalah generasi ke2 vacum keluaran Xiaomi. Generasi pertama hanya boleh vacum sahaja, tapi generasi ke2 ni boleh vacum dan mop. Perbezaan harga agak ketara. Tapi pada aku sangat berbaloi. Aku cuba google search info Roborock ni tapi tak banyak review mengenainya dalam bahasa melayu.

Dalam keluarga Roborock ada perbezaan model iaitu S50(putih), S51(rose gold) S52(biru) dan S55(hitam penuh). Kelakarnya, hanya dek kerana perbezaan warna(itupun pada line keliling vacum) harga juga  jauh berbeza. 

Seller bukan main lagi naikkan harga sesuka hati. Geram pun ada. Yang mahal S50,S51 dqn S55. Ntah apalah penting sangat warna samapi seller main harga. Nak tak nak, aku ambik S52 yang berwarna biru. Apa nak kisah..fungsi sama juga, warna tak jejas apa-apa. Beza harga menjangkau RM50 dan keatas.

Setelah lebih seminggu aku survey harga, antara Shopee dan Lazada, aku memilih untuk membeli di Lazada memandangkan seller shopee agak perangai yahudi..kalau nak harga murah, shipping ambik masa 21 hingga 30 hari. Kalau yang ready stock..yaa..harga yahudi.

Dalam box ada:
1 set vacum(termasuk berus,filter dan mop)
1 unit dock charger
1 filter (gantian)
1 mop (gantian)
Kabel
Manual Pengguna
+ plug (gift dari seller)

Xiaomi Roborock S52

Dengan Lazada, aku jumpa 1 seller yang menjanjikan shipping dalam masa 7 hari dengan harga paling murah antara semua seller. RM1,395 termasuk postage. Ngam-ngam 7hari, NinjaVan hantar. 

Maaf aku tak dapat berikan detail seller sebab seller tak ada share pun dengan aku untuk aku promote barang dari kedai dia. 

Bukanlah aku kedekut..tapi law nya macam tulah kan..takkan aku nak promote free aje kat dia. Korang boleh survey sendiri dan kalau jumpa harga bawah dari RM1,395 termasuk postage dan tempoh shipping bawah dari 7 hari, bolehlah beli. Itu dah kira murah lah tu.. aku beli yang ini sebab aku tak jumpa dah yang lebih murah dari ni.

Ada yang kata ..ehhh mahalnya.. hello..handphone untuk kau melawa bergaya harga 2k lebih boleh kau beli..inikan benda yang nak tolong kau buat kerja rumah..itu pun kau nak berkira..kalau dah rasa mahal..kau sapu moplah sendiri..ok..

Review cara nak guna aku akan update kemudia di entri akan datang.

Adeuss!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...