Ahad, 30 Jun 2019

SCAMMER : AGEN ZAYYANI EMPIRE

Assalamualaikum

Hari ni aku nak up pasal scammer jual baju raya secara online di FB dengan menggunakan nama  ZAYYANI EMPIRE. Ramai mangsa yang dah terkena dan ada yang dah buat laporan polis. FB scammer ni pun dah tak ada lagi. 




Detail Scammer: 
FB : ZAYYANI EMPIRE
No.Hp : 013-6408652, 014-6788370, 017-3564378
No.Akaun : 56226354134 MAYBANK
8009856125 CIMB
1010541100002647 BSN (Nor Azizah Mazlan)


Antara laporan polis yang telah dibuat.

Berikut adalah mangsa-mangsa scammer celaka ni.










Ramai rupanya yang terkena. Mangsa ni semua terkena pada bulan puasa yang lepas. Nasihat aku..seboleh-bolehnya elakkan membeli secara online. Kalau nak beli juga, tengok betul-betul akaun fb tu, google search nama atau nombor telefon seller. Sekiranya ada seller tu scammer, insya Allah,detailnya korang akan jumpa.

Kepada Zayyani Empire, jika kamu dipihak yang betul,sila selesaikan segala hutang-hutang kamu dengan pelanggan kamu. Sekali lagi diulang SELESAIKAN SEMUA HUTANG-HUTANG KAMU. Entri ini bukan nak menjatuhkan perniagaan kamu,tapi nak membantu orang yang tak bersalah dari terus menjadi mangsa. Berniagalah betul-betul. Jangan menipu dan jangan bagi harapan palsu. Tiap perbuatan kita didunia ni kelak akan diperhitungkan di akhirat. 

Kepada mangsa yang terkena, barang tak diterima, barang diterima tapi tak seperti yang diiklankan, mesej tak dijawab, refund tak diberi dan sebagainya, kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Moga Allah bagi hukuman yang setimpal.

*****
*Penafian: penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah masalah penipuan ni selesai.

Sabtu, 29 Jun 2019

SCAMMER TUDUNG BAWAL DIAMOND

Assalamualaikum

Kali ni aku kongsikan. Scammer terang-terang punya. Buat fb page. Jual tudung bawal diamond kononnya. Ramai pulak yang terkena. Scammer menggunakan nombor telefon yang pelbagai. Banyak betul nombor dia. Dan nombor akaun yang berbeza.

Aku agak, nombor akaun ni mungkin nombor akaun seller lain yang scammer ni nak membeli apa-apa, so dia gunakan cara,mangsa "tolong" bayar bagi pihak dia. Apapun aku kongsikan jugalah untuk maklumkan semua.

Berikut adalah screenshot mangsa scammer tudung diamond ni.
Link asal
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=107093397264286&id=100038908786537







Antara mangsa lain...



Link asal 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=815890155264284&id=100005299201970

Mangsa di atas ni dah buat report polis, dan dikhabarkan scammer tu dah refund..apapun aku tetap akan up disini sebagai peringatan kepada orang lain.


Link asal https://m.facebook.com/groups/603473406431889?view=permalink&id=2267535456692334


Link asal
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1749330211784425&id=100001223880041

Link asal
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1871579042905617&id=100001606192139





Scammer ni jugak pernah ugut mangsa-mangsa,kononnya dia nak buat report polis yang kononnya mangsa-mangsa ni fitnah dia.. paling kelakar,dia siap hantar gambar pintu balai,bukti dia pergi report..kelakar gile..



Detail Scammer:
FB : Bawal Diamond Collections
No.Hp : 017-9026968 , 011-2510 2207 , 011-5665 9497, 013-308 5869
No.Akaun: 153131096744 Maybank atas nama AMIERA SYAHERA 
156057601042 Maybank atas nama ANIS ZULAIKHA
7612774078 CIMB atas nama  TENGKU MOHD AFENDI

No.acc 156057601042 sudah ada dalam data report PDRM. 










Link asal page penyangak ni..
https://www.facebook.com/197848917420222/posts/206333283238452/

Nama page sentiasa bertukar-tukar. 

Update 12.11.2019: admin sudah menghubungi beberapa orang mangsa. Ada yang sudah terima refund dan ada yang belum malah diblock dari whatsapp dan page. 

Ada mangsa yang terima ugutan,dihantarnya gambar pintu balai konon laporan polis telah dibuat ke atas mangsa dengan dakwaan mangsa cuba menutup periuk nasi nya. 

Ada mangsa yang menerima kembali refund dan telah memadam posting di fb masing-masing. Maka, mangsa-mangsa baru tidak mendapat info yang sepatutnya.

Ada juga mangsa yang tak terima refund dan kena block sebab mangsa bertegas untuk tidak delete post di fb pasal penipuan ni. 

Admin sendiri ada menerima komen berbaur ugutan yang laporan polis telah dibuat. Admin tahu seller aka scammer ni tercari-cari siapa disebalik blog ini. Admin hanya akan publishkan perkara yang betul,sahih dan ada bukti. Itu etika seorang blogger. Jika tak mahu diviral, jangan menipu. Berniagalah dengan jujur. 


Kepada mangsa-mangsa,mana yang rasa tertipu, mohon buat repot polis. Setakat viral di FB rasanya takkan kemana-mana. Dan jika anda adalah mangsa dan ingin berkongsi pengalaman, sila ceritakan pengalaman anda di ruangan komen(nyatakan  tarikh pembayaran, jumlah  kerugian dan lain-lain maklumat).

Kepada semua,mohon hati-hati. Ya, zaman sekarang zaman beli online.. Tapi biarlah yang betul-betul wujud,berdaftar SSM, nombor akaun atas nama syarikat dan sebaiknya yang ada kedai.  Itu lebih selamat. Jangan tak tahu, Page yang ada follower puluhan ribu di FB tu boleh dibeli.  Apapun berhati-hati. 

*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ini selesai.

Jumaat, 28 Jun 2019

PENCURI AYAM

Assalamualaikum

Pertama kali aku tengok kejadian macamni. Curi ayam lepas tu jual murah-murah.. astaghfirullahalazim... urut dada aku tengok. Operasi pencuri ni di kawasan kampung aku juga. Tengok video dibawah..


Cerita ini dikongsikan di fb penduduk kampung.









Langsung tak ada rasa bersalah..curi dan jual. Untung..bagi anak bini makan. Perbuatan yang hanya boleh dibalas dengan penjara aje. Bukti dah ada.. selamat beraya haji dalam penjara lah ye.

Khamis, 27 Jun 2019

CIKGU DAN ROTAN

Assalamualaikum

Tengah panas isu cikgu melayu rotan budak cina. Rata-rata semua dah tahu isu ni. Tapi apa yang aku nak ulas disini, bila berlaku kes ini, isu rasis diketepikan kerana kebanyakan ibubapa berbangsa cina juga marah dengan perbuatan biadap kerana dengan tak semena-mena dipanggilnya cikgu sebagai pondan.



Apa salah cikgu tu pun tahu tiba-tiba digelar begitu. Dari komen yang aku baca, 100% bekas anak murid cikgu tu bercerita tentang sikap cikgu tu yang sangat baik dengan anak murid.

Sesiapa saja boleh hilang sabar. Cumanya silap cikgu tu adalah dia bertindak merotan sedangkan perkara itu adalah dilarang terutama antara cikgu lelaki dan pelajar perempuan. Marah yang tak dapat dikawal. Aku sangat bersimpati dengan cikgu tu.






Tindakan ibu pelajar tu juga mendapat kecaman netizen termasuklah dari masyarakat cina sendiri memandangkan bangsa cina adalah 1 bangsa yang diajar menghormati cikgu lebih dari ibu bapa. Kita boleh lihat melalui filem dan drama cina,bagaimana cara mereka menghormati guru.

Benda dah berlaku dan jadikan pengajaran. Jahat macam mana pun pelajar tu,dia tetap anak orang. Kalau orang pukul anak kita..tak banyak,sikit pun mesti kita marah. Dan sebagai pelajar,tak perlu tunjuk biadap dengan guru yang juga merupakan ibubapa orang lain..kalau cikgu tu ibubapa kita,dan orang hina ibubapa kita,takkan lah kita sebagai anak takn rasa marah.

Apapun, salah tetap salah..masing-masing silap. Sebagai netizen jangan kita menambah minyak pada api yang sedang marak.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...