Rabu, 31 Julai 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #1

Assalamualaikum

Moga Allah permudahkan urusan aku untuk hari ini dan hari-hari mendatang. Amin ya robal a'lamin..

Sebenarnya dah lama terlintas difikiran nak cuba turunkan berat badan dengan pembedahan. Tapi, tak ada modal sebab kosnya sangat tinggi. Aku cuba google, FB search malah hingga ke IG pun aku mencari maklumat yang boleh aku gunakan untuk teruskan niat ini. 

Dan aku dapati sangat sukar untuk jumpa info berkaitan prosedur,pengalaman dan yang sewaktu dengannya bagi kes bariatric di Malaysia. Balik-balik keluar muka artis yang dah buat bariatric di hospital private. Boring betul..diorang tak apalah..income tebal-tebal belaka. Gajah pun boleh terbang.

Aku sangka pembedahan bariatric ni hanya dilakukan di hospital swasta yang rata-rata menelan kos antara 20-37ribu.. RIBU..ok.. RIBU.. tersentap sebentar.

Rupa-rupanya boleh juga dibuat di beberapa hospital kerajaan terpilih. Antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh dan  juga di beberapa pusat perubatan Universiti,iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Aku dah cuba survey harga dan kos. HUKM memerlukan kos sehingga 19-24k dan kalau hospital kerajaan lebih kurang 8k.

Untungnya aku penjawat awam.Boleh guna GL dan kos untuk peralatan yang kena dahulukan duit sendiri atau tunggu kelulusan JPA adalah sekitar 6-7k. 

Langkah pertama (dengan bantuan nasihat dari seorang pesakit yang sudi berkongsi maklumat) adalah mendapatkan surat rujukan dari klinik/hospital kerajaan,dan barulah boleh ke langkah seterusnya iaitu berjumpa pakar di hospital yang ada Klinik Bariatric.

Aku juga dah jumpa FB Page untuk rawatan ni. Untuk info lanjut,korang boleh tengok page ini MyBariatrix . Aku cuba pm admin untuk info lanjut. Alhamdulillah,pertanyaan dijawab dan aku tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Untuk maklumat, page ini memperkenalkan aku kepada seorang pakar di HKL iaitu Dato Dr.Tikfu Gee. Kalau yang ada duit,boleh juga guna khidmat beliau di private iaitu di Sunway dan Prince Court. 

Dan harini..aku ada appoinment dengan doktor gynea di Hospital Sultanah Bahiyah,dan aku minta surat rujukan dari beliau.

Agak susah nak dapat surat ni,sebab diorang kalau boleh nak aku jumpa doktor di HSB dulu..check dulu.. itu ini.. aku tau dah,ini semua wajib ambik masa berbulan-bulan sebelum nak sahkan aku kena buat bariatric.. bila nak sudah? Umur makin bertambah. Aku berkeras juga nak ke HKL. Aku nak jumpa pakar disana dengan harapan tahun ini juga dapat buat operation. Aku tak nak buang masa lagi. Masa aku dah suntuk sangat.

Dan mulai harini ini..bermulalah langkah aku untuk mencari kehidupan baru. Akan aku kongsikan setiap detik yang aku lalui dalam perjalanan bariatric aku ini..doakan aku istikhomah dalam mengubah nasib diri.

Hingga berjumpa lagi dicatatan perjalanan bariatric aku yang seterusnya..

Adeusss!!!

NOTA : Sudah 1 tahun lebih usia entri perjalanan bariatrik aku ni.Aku ada menerima banyak persoalan, ada yang tinggalkan nombor telefon untuk diwhatsapp dan macam-macam lagi. Bagi yang terbaca entri ini dan nak tahu lebih lanjut, cerita seterusnya, boleh klik link ini : 
➡️MY BARIATRIC JOURNEY - untuk cerita pengalaman sebelum pembedahan
➡️BARIATRIC INFO - untuk info berkaitan bariatrik
➡️MY BARIATRIC LIFE - untuk cerita pengalaman selepas pembedahan.

Harap link yang aku berikan dapat membantu korang semua. Bagi yang tak biasa dengan bacaan blog, korang scroll hingga kebawah pemuka blog, dan klik Catatan Lama.. sehingga ke entri yang bertarikh lebih lama. Baca dari mula..barulah korang boleh faham dengan mudah. Aku juga dah letakkan #nombor bagi memudahkan pembaca mengenalpasti tajuk entri mengikut turutan.




Terlalu ramai yang meninggalkan komen minta aku whataspp untuk bertanyakan mengenai cara menjalani pembedahan di hospital kerajaan dan 90% adalah penjawat awam.. maaf aku tak menang nak whatsapp semua orang. So, oleh kerana membaca amalan mulia, aku catatkan link blog di sini bagi menjawab pertanyaan dan persoalan korang semua sebab kalau aku whatsapp pun, aku akan bagi link-link ini juga untuk korang baca dan fahamkan. Kalau aku nak cerita pun..benda yang sama juga. Ikutkan aku dah letak tab bar di sebelah kanan blog untuk korang klik dan baca.. tapi itulah kan.. mmmm... 

SYARAT  ATAU KRITERIA UNTUK PEMBEDAHAN BARIATRIK: http://www.penbiru.com/2019/08/my-bariatric-journey-bariatric-surgery.html

CARA-CARA DAPATKAN RAWATAN/PEMBEDAHAN DI HOSPITAL KERAJAAN:  http://www.penbiru.com/2020/11/bariatric-info-step-by-step.html

KOS PEMBEDAHAN DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA: http://www.penbiru.com/2020/12/bariatric-info-kos-pembedahan-bariatrik.html

CARA URUSKAN PEMBELIAN STAPLER (PEMBEDAHAN) BAGI PENJAWAT AWAM: http://www.penbiru.com/2020/06/my-bariatric-journey-23-quotation.html

PERMOHONAN KEMUDAHAN PERBELANJAAN PERUBATAN PENJAWAT AWAM:  http://www.penbiru.com/2020/09/my-bariatric-journey-24-permohonan.html


Aku mohon sangat..korang bacalah dulu ya... please ye..baca dulu link kat atas ni. Bahasa yang aku gunakan untuk semua entri di blog ni, semuanya bahasa yang mudah nak faham,  bukan bahasa buku, tapi lebih kepada story teller kaedahnya. Moga dapat membantu korang semua.



Ok..selamat membaca! 
: kemaskini pada 30.01.2021

Selasa, 30 Julai 2019

SCAMMER PINJAMAN WANG BERLESEN

Assalamualaikum

Rasanya ini info yang amat berguna bagi yang tengah terdesak sekarang dan sedang berkira-kira nak buat pinjaman dengan "along". 

Sila baca sebelum buat apa-apa tindakan.



INI SEMUA SCAMMER!!!!

Saya nak komen lebih lanjut berkaitan Iklan Pinjaman Wang Berlesen atau apa nama agency kewangan yang iklan di FB ni. Saya harap orang ramai jangan lagi mudah tertipu dan jadi mangsa Ah Long Modern ni. tipu duit orang ramai.

Senang cerita,  sesiapa yang apply loan walaupun dokumen lengkap ataupun tidak, loan anda tetap diluluskan. Episod bermula selepas loan diluluskan di mana anda kena buat bayaran macam2 sebelum loan masuk akaun bank kita. Di sini saya senaraikan jenis-jenis bayaran yang dikenakan:

1. Agreement Fee.
2. Test Payment.
3. First 5 Month Installment.
4. Activation Account.
5. Insurance Loan.
6. Bayaran Runner.
7. Bayaran Lawyer.
8. Bayaran Accountant Manager.

Walaupun anda selesaikan semua bayaran dan berharap loan akan masuk sekalipun,  loan anda tetap tidak akan masuk sampai bila-bila pun. Modus operandinya sama sahaja walau apa pun nama agency loan. 

Kesimpulannya,  siapa yang memberi duit kepada siapa?

Kita yang beri loan kepada mereka,  bukan mereka yang beri loan kepada kita.
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

Isnin, 29 Julai 2019

SCAMMER KASTAM

Assalamualaikum

Scammer lagi. Ini perkongsian dari FB Emai Bakri .


Scammer Detected!!! 😠😑

Please alert guys. Ini antara orang² yang menipu menggunakan nama #JabatanKastamDirajaMalaysia. 

Kronologi:
Berkenalan dengan Abu Bakar melalui Facebook. Start conversation messenger @ 08.05.2019. minta no wasap katenyerrrr. 🀨

09.05.2019 - si Amsyar Chong ni bagitau nak shopping raya. (Dah kenapeee ko nak shopping ko hapdet laki aku) 🧐

10.05.2019 - Amsyar Chong ni hapdet dia otw p shopping mall. (Lupa pulak sis mau ambil gambar shopping mall dia pegi tu dr hp laki sis) πŸ˜‘

petang tu dia hapdet barang yang kononnya dia beli untuk husband sis. (Mewah benoooo)

Dan lagiiii...katenyerrr dia ada masukkan $40,000 dalam parcel tu. (Duit raye ker tuuu) 🀭

Malam tu dia pos by "Air Courier Logistics".

11.05.2019:

Magic part: pagi ni jam 9.14am wakil courier tu bagitau parcel dah sampai dan husband saya ni kena bayar RM2500 untuk bayaran delivery, "custom clearance" & caj² lain. (hurmm weird. Selama ni sis beli barang² dr oversea xda juga kastam minta bayar) πŸ€”

Setiap 5-10 minit dorang ni hapdet suruh cepat² bayar supaya cepat la konon parcel tu dihantar. 

Pastuuuu.....(mula² ni si wife xda tau kes ni. Sampai laaa yg pihak scammer ni balik² minta bayar cepat baru dia keluar bagitau/tunjuk sama wife)

Wife: jangan bayar!! Eh..sudah bayar ka? 😳

Husband: belum.

Wife: bagus. Jangan bayar! Scammer tu. Bulan² posa ni pun sibuk mau menipu duit orang. Sakit pulak hati kiterrr!. 🀬😀

...apa² urusan berkaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sila JANGAN MALU BERTANYA atau hubungi PEJABAT KASTAM terdekat. Please...πŸ™πŸ™πŸ™

#sharingiscaring
#bealert
#besmart

Oh! Ya...lupa bagitau...fb dia "Amsyar Chong" tapi xda payah la cari sbb dia sudah delete. 🀭🀭🀭

Antara perbulanan scammer dengan mangsa

011-1700 0921 tu konon nombor staf kurier
+1(518) 217-6698 tu nombor scammer


Detail lain
No.Akaun : 5801051552 Hong Leong - Zaiton Binti Abdullah

Airway Bill tipu..

Resit bayaran kos pos palsu


Ok..muka hensem perangai ahli neraka..Makanlah rezki haram tu..bagi anak bini makan..takguna punya orang!


*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Ahad, 28 Julai 2019

PERINGATAN DARI PDRM

Assalamualaikum

Peringatan dan amaran dari PDRM berkaitan kes penipuan dan scam yang makin menjadi-jadi.

Jika  panggilan berkaitan kad bank,menang pertandingan,cukai tertunggak,hutang tertunggak,saman mahkamah atau kastam,waran tangkap dan yang seumpamanya..sila matikan panggilan,dan block nombor.

Jika menerima sms yang mempunyai apa-apa pautan, block nombor dan padam mesej tersebut.

Dan jika menerima panggilan dari nombor yang bermula dengan 08-111- ... JANGAN JAWAB & BLOCK NOMBOR 

Berhati-hati dan ingat pesanan ini.

Sabtu, 27 Julai 2019

APLIKASI MERBAHAYA!

Assalamualaikum

Berkongsi info dari Polis Diraja Malaysia, didapati beberapa aplikasi yang mudah di muatturun dari Play Store telah dikesan mampu menjejak,menghantar data lokasi pengguna,log panggilan,senarai nombor tekefon,mesej teks dan sejarah penggilan telefon yang dibuat.

Perkara ini adalah merupakan 1 kesalahan kerana ianya telah menceroboh hak dan privasi pengguna.

Berikut adalah aplikasi  yang telah dikenalpasti;
1. TRACK EMPLOYEES CHECK WORK PHONE ONLINE SPY FREE
2. SPY KIDS TRACKER
3. PHONE CELL TRACKER
4. MOBILE TRACKING
5. SPY TRACKER
6. SMS TRACKER
7. EMPLOYEE WORK SPY

Sekiranya anda telah memuaturun aplikasi ini,sila uninstall segera.



Jumaat, 26 Julai 2019

BEFRIENDERS

Assalamualaikum.

Berita baik untuk rakyat Malaysia. SKMM telah berkolaborasi bersama 8 syarikat telekomunikasi dengan menyediakan PANGGILAN PERCUMA untuk mereka-mereka yang mengalami kemurungan.

Talian sokongan ini menyediakan sukarelawan yang sedia mendengar masalah yang dihadapi. Panggilan ke Befrienders ini akan mula beroperasi mulai 1 Ogos 2019.

Nombor talian bantuan ini adalah 03-7956 8145/8144. Jika anda rasa tertekan dan perlukan seseorang untuk mendengar dan meluahkan perasaan, hubungilah mereka.


Tapi..jangan pula ada yang telefon untuk main-main dan mengorat sukarelawan yang bertugas tu pulak ye.

Khamis, 25 Julai 2019

SCAMMER : 017-7653371

Assalamualaikum

Kali ni tergelak besar aku baca, scammer kena main dengan mangsa..mujurlah simangsa ni cerdik. Jom tengok..


Detail Scammer: 
No.Hp : 017-7653371
No.Akaun : 1210641000129290 BSN atas nama Haji Maidin Matnor










Kan dah bertemu buku dengan ruas 🀣🀣🀣🀣



*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Rabu, 24 Julai 2019

SCAMMER HARAM DI TANAH HARAM

Assalamualaikum

Inilah kisahnya.Aku sendiri pernah jumpa masa pergi Mekah dulu dan suami rakan sebilik pun dah kena lebih RM300. Bila aku jumpa post pengalaman kena scam di FB..aku pun nak share dengan semua.. sedihnya.. tak takut melakukan perkara haram di Tanah Haram.



Salam Semua

Hati-Hati dgn SCAMMER di AL-HARAMAIN 

Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah x ada Scammer, Ada rupanya.. bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja.. 

CARA KASAR:- 
Cara 1.
1. Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie, cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)

Cara 2:-
2. Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) utk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1000 Riyal pun ada. kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang... ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2.. 

Cara 3:-
3. Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tgk depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu.. Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu bg dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal)- hati2 dgn penjual yg duduk atas food-truck di Jabal Rahmah. 

Cara 4:-
4. Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss... kitaa akan dikerumun oleh "mereka"

Cara 5:-
5. Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan... (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus. 

CARA HALUS 
(Lebih kepada Psychology) 

1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah x heran sgt dgn kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tgk game depa)... saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la.. 

Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa.. 

saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot @ kita ni mmg suka bersedekah.

KESAN PADA JEMAAH:- 

1. Kita akan hilang focus utk beribadat.. dok menyesal atas kealphaan kita.. 

2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa. 

3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).

4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling.. 

5. Murung

Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah. 

Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa menyambil kesempatan. Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk... Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka) 

Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni pulak.. kesian pun ada... jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report. 

Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT... 

* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci

#khadamharamain #khadamharamaintravelandtour #mutawwif #gengjubahputih #umrah #mekah #madinah

Selasa, 23 Julai 2019

SCAMMER KUCING

Assalamualaikum

Aduhai..macam-macam kisah pasal scammer ni. Ini cerita baru. Pak Teh ni seorang penjual kucing. Bila Pak Teh up post sorang scammer jual kucing,scammer tu pulak boleh up dan viralkan yang kononnya Pak Teh ni scammer. Ini betul-betul kes naya.



Dan sekarang kita tengok siapa scammer yang sebenar

Menggunakan nama Mat Bin Che Nik. Hasil carian aku, akaun ni dah tak ada..dah delete lah tu!



Report polis yang dibuat mangsa

Detail Scammer
Nama : Mat Bin Che Nik
No.Hp : 013-8790771
No.Akaun : 0301 6410 0004 8601 BSN





Tak selamat lah hidup dengan makan duit haram ni. Harapnya cepatlah polis tangkap dia sebelum ramai lagi yang kena tipu.


*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Isnin, 22 Julai 2019

TINTED TINGKAP RM10 SAHAJA

Assalamualaikum

Selalunya aku berkongsi tips masakan,resepi dan lain-lain info. Tapi kali ni aku kongsikan sesuatu yang sangat bagus untuk korang yang berhajat nak tintedkan cermin tingkap. Yang penting,mudah,murah dan jimat. DIY sahaja!

Aku nak tintedkan tingkap dapur, malas nak berlangsir bagai. Tutup terus tapi tak nak dapur gelap. Bermodalkan hanya RM10 untuk 1 tingkap. Maaf ye kalau korang cari tukang, tinted film dia bawak,memang tak jumpalah harga macam tu. Bukan susah mana pun.

Mula-mula aku survey harga tinted film di Shopee. Aku beli jenis Friosted  Glass Sticker.Pilih corak dan saiz. Bagi yang tingkap lebar,carilah ukuran besar lagi. 

Ini tingkap dapur aku sebelum kejadian

Laling aku turunkan cermin aku basuh dulu dengan sabun bersih-bersih.

Tanggalkan plastik di belang tinted film,spray kan air yang dicampur sedikit sabun pada cermin dan belakang Glass Sticker yang ada gam tu..dan tampal pada cermin. Aku gunakan tuala kecik yang tebal untuk ratakan dan buang gelembung angin pada cermin. Buat pelan-pelan ye..


Dikala aku tengah cuci cermin dan pasang tinted, Mylaling ambik kesempatan untuk cat semula grill yang tak pernah dicat semula lepas pasang 9tahun lalu. 

Untuk cermin aku ni,aku hanya guna 2gulung setengah aje Glass Sticker tu. Aku beli segulung RM3.44, kira 3gulung tu RM10 lebih aje..yang digunakan tak sampai 3 gulung pun. 

Siap pasang tinted, Mylaling pasangkan semula cermin pada tingkap

Dah siap..

Senang aje kan? Jimat sangat. Dengan hanya RM10 selesai masalah tingkap cermin akuarium ni..nak memasak ke basuh pinggan pakai bikini pun jiran belakang tak nampak 🀣🀣🀣 . Cuma waktu malam bila buka lampu,kat luar macam wayang kulitlah..nampak bayang hitam aje lah kat cermin tu. Dah tu,kalau rasa nak menari ala-ala Sri Rama ke Sita Dewi je..sila kanlah. Kang ramai je penonton kat luar tu.. 

Ok..itu aje perkongsian aku. Selamat mencuba!

Ahad, 21 Julai 2019

DASAR PENDATANG!

Assalamualaikum

Baru semalam aku up entri pasal pendatang..harini dapat lagi cerita pendatang yang membuat dajal di kampung aku.







Tolong jangan terlalu baik..bagi muka pada bangsa pendatang macamni. Biar kita sombong tak apa, jangan terlalu ramah tak tentu hala. Peringatan untuk semua. Tak perlu layan sangat bangsa macamni. 

Sabtu, 20 Julai 2019

KADUK NAIK JUNJUNG


Dan...apabila yang menumpang telah menjadi raja..adakah Malaysia akan jadi begini 1 hari nanti..dengan lambakan indon dan bangla.. 
Sama-sama kita fikirkan.

Jumaat, 19 Julai 2019

SCAMMER : 011-11887659

Assalamualaikum

Next scammer. Kali pasal urusan beli motor. Nasihat aku,kalau nak beli benda-benda mahal macamni,elok beli dikedai. Kalau nak online juga pastikan kedai tu wujud. Jangan mudah percaya kat orang.


Detail scammer:
No.Hp : 011-11887659
No.Akaun : 512905547757 MAYBANK - YASH COLLECTION






*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...