Assalamualaikum.
Berita baik untuk rakyat Malaysia. SKMM telah berkolaborasi bersama 8 syarikat telekomunikasi dengan menyediakan PANGGILAN PERCUMA untuk mereka-mereka yang mengalami kemurungan.
Talian sokongan ini menyediakan sukarelawan yang sedia mendengar masalah yang dihadapi. Panggilan ke Befrienders ini akan mula beroperasi mulai 1 Ogos 2019.
Nombor talian bantuan ini adalah 03-7956 8145/8144. Jika anda rasa tertekan dan perlukan seseorang untuk mendengar dan meluahkan perasaan, hubungilah mereka.
Tapi..jangan pula ada yang telefon untuk main-main dan mengorat sukarelawan yang bertugas tu pulak ye.
terbaik
BalasPadam