Selasa, 27 Ogos 2019

CITYLINK HAPRAK!

Assalamualaikum.

Ini cerita minggu lepas. Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi. Kisahnya,aku nak surprise kan mak aku dengan hadiah sebuah freezer. Cari punya cari, aku jumpa di Shopee dengan harga yang sangat berbaloi.

Sebelum beli,aku check dengan detail yang ada dicatat di barang tu..katanya penghantaran guna Gdex.Oklah kalau Gdex sebab 3tahun lepas aku beli 3biji aircond di Lazada, Gdex hantar ok.Cantik. 

Sebelum dari tu, aku tolong kakak aku belikan basikal. Citylink Sg.Petani hantar. Dah lama beli baru nak kayuh..tengok-tengok sampai bengkok roda. Baru dia ingat masa Citylink hantar, diorang hempas kotak yang berisi part-part basikal tu.

Ok,berbalik kepada cerita freezer tadi. Seller tu dari Kelantan. Aku tertunggu-tunggu status delivery di Shopee tu dikemaskini.Tapi tak..hairan jugak. 


Order : 15.08.2019
Tracking No. update : 17.08.2019

Aku check dengan Gdex,nombor tracking tak wujud. Aduh.. aku chat tanya di Shopee Chat..tak berjawab.


Tiba-tiba kakak aku dikampung wassap bagitau barang sampai petang semalam. Pulak!!. Pagi ni baru buka tapi dah berkecai. 

Kakak aku cakap,yang hantar tu Citylink..aku pulak cakaplah,kat Shopee tulis,guna Gdex. Aku pun pm FB Gdex untuk tanya.. admin dia cakap nombor tracking tu bukan Gdex punya dan suruh aku tanya Citylink.

Aku pun pm Citylink.....
Bersambung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...