Selasa, 13 Ogos 2019

KESALAHAN HALANGAN LALULINTAS

Assalamualaikum.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT.


SEMBANG TRAFIK

HALANGAN LALU LINTAS

Kalangan kita pasti pernah nampak perbuatan segelintir pemandu di negara ini yang suka meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan atau secara bertindih sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut jelas menggambarkan sikap masyarakat kita yang mementingkan diri sendiri, ibarat peribahasa 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.’

Perlu diingat bahawa pemandu adalah dilarang untuk menghentikan atau parkir kenderaan di jalan raya dalam apa jua keadaan sekali pun yang boleh menghalang lalu lintas.

Mereka yang menghalang lalu lintas boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 16, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dan didenda maksimum RM300.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersikap prihatin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#SayangiDiri
#IngatOrangTersayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...