Isnin, 5 Ogos 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #2 MENCARI HOSPITAL HARAPAN

Assalamualaikum

Perjalanan bariatrik aku jadi semakin panjang. Tak apa,aku anggap ini ujian.

Ceritanya macamni. Lepas dapat surat rujukan dari HSB,aku pun contactlah pembantu Dato Dr.Tikfu Gee untuk set appoinment. Sekali tu aku dimaklumkan, tarikhnya 11November.. masya Allah! Tepuk dahi aku!

Apa lagi,memikirlah aku altetnatif lain. Jumaat lepas, 2 Ogos, aku cuba call Klinik Bariatrik HKL untuk mencuba nasib. Tapi nasib tak baik, 2 kali call, 2 kali tak dapat cakap sebab talian telefon ke klinik tu rosak. 

Fikir lagi cara lain. Aku cuba call Klinik Bariatrik Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh. Alhamdulillah. Panggilan disambut nurse N. Dia siap ambil detail aku dan tetapkan tarikh appoinment pada 29 Ogos 2019 ini..Kata nurse tu,surat rujukan dari mana-mana klinik pun diterima.Alhamdulillah.

Semalam 4 Ogos, aku terus ke Klinik Kesihatan Bandar untuk dapatkan surat rujukan dari situ berpandukan surat rujukan asal dari HSB. Boleh aje aku patah balik ke Klinik O&G HSB..tapi aku malas. Rasa buang masa sangat. 


Alhamdulillah..settle 1 hal. Hujung bulan ni,aku akan ke Ipoh,dan aku akan update catatan perjalanan bariatrik aku nanti. Doakan segalanya dipermudahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...