Assalamualaikum
Harini aku nak berkongsi info mengenai Bariatric Surgery atau pembedahan bariatric. Apa itu Bariatric Surgery? Ini jawapannya.
Bariatric Surgery dalam bahasa mudahnya pembedahan ikat perut. Ini betul-betul ikat perut bukan "ikat perut" seperti simpulan bahasa tahan lapar tu..
Pembedahan ini membantu mereka yang obes,atau berat berlebihan untuk menurunkan berat badan. Kriteria atau syarat untuk membolehkan pembedahan ini dilakukan;
1. Sesuai untuk yang mempunyai BMI 35 keatas. Yang BMI kurang dari tu..jangan buang masa anda.
2. Mempunyai penyakit lain akibat dari kegemukan seperti slip disc, sleep apnea, fatty liver, kencing manis, darah tinggi, gastrik atau gerd, masalah kesuburan, sakit sendi dan sebagainya.. yang sihat walafiat, tapi gemuk sikit je..sila diet. Jangan buang masa doktor anda.
3. Disahkan oleh doktor yang anda layak dibedah setelah melalui 4 ujian utama blood test, ultrasound, scope, sleep test.(hospital kerajaan)
Selain itu ia mampu mengatasi penyakit diabetes, sakit sendi dan sakit belakang dengan cara mengurangkan saiz perut yang akan menghadkan kuantiti makanan yang dimakan sekaligus mengurangkan penyerapan dan pencernaan makanan. Bahasa mudahnya, makan sikit dah kenyang sebab saiz perut sudah dikecilkan.
Ada 3 jenis pembedahan bariatric yang boleh dilakukan mengikut latarbelakang kesihatan individu iaitu;
1. Sleeve Gastrectomy
Kadar penurunan berat : Sangat cepat
Tempoh dihospital : 3-4 hari
Tempoh pemulihan : Tiada data
Kadar serapan nutrien : Tidak terjejas
Risiko : 17.1% pendarahan atau komplikasi lain
2. Gastric Bypass
Kadar penurunan berat : Sangat cepat
Tempoh dihospital : 2-3hari
Tempoh pemulihan : 18 hari
Kadar serapan nutrien : Terdapat beberapa mineral yang sukar diserap
Risiko : Sederhana
3. Adjustable Gastric Band
Kadar penurunan berat : 55% dalam 5tahun
Tempoh dihospital : Discharge pada hari yang sama
Tempoh pemulihan : 7 hari
Kadar serapan nutrien : Tidak terjejas
Risiko : Rendah
Itu sahaja sedikit info ringkas mengenai Bariatric Surgery. Lain-lain info akan menyusul.
***pic google, credit to unknown owner
waa...macam macam rawatan ada rupanya
BalasPadamtqsm
BalasPadam