Sabtu, 10 Ogos 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : PEMBEDAHAN LAPAROSCOPIC

Assalamualaikum

Aku sedang mengumpulkan maklumat dari pembacaan blog-blog dan catatan pesakit yang telah melakukan bariatrik ni. Kebanyakkan info berbahasa Inggeris,dan adalah sedikit dalam BM.

Sebagai persediaan bagi menghadapi pembedahan ni, aku perlukan ilmu mengenainya. Perkara asas sahaja sudah memadai.

Ada yang tertanya-tanya,macam mana pembedahan ni dilakukan. Kena belah perut ke?

Tak, jawapannya hanya ditebuk aje. Beberapa tebukan dengan saiz paling minima aje akan dibuat. Kaedah pembedahan ini dikenali sebagai Laparoscopic.

Biasanya ditebuk 5 lubang, tapi bagi doktor yang pakar,hanya buat 3 lubang sahaja dan selepas pembedahan, lubang tersebut akan ditutup dengan plaster.

Proses pembedahan akan dilakukan melalui lubang-lubang kecil tersebut.

Pesakit biasanya akan dibolehkan (bahkan digalakkan) berjalan perlahan-lahan selepas kesan bius dari pembedahan hilang (biasanya pada waktu malam jika pembedahan dilakukan pada waktu siang)

Jika tiada komplikasi berlaku, biasanya pesakit akan hanya tinggal di hospital selama 2-4 malam dan dibenarkan pulang ke rumah selepas itu.



Aku sikit pun tak rasa takut atau bimbang,mungkin disebabkan aku dah 3 kali masuk bilik bedah maka pengalaman koma sesaat tu aku dah biasa hadapi. Dan aku dah bersedia untuk melalui pembedahan ni dengan semangat yang berapi-rapi. 

Kalau yang takut jarum..tak dapatlah doktor nak tolong..menggemukla sampai mati..rugi kan?

Sebenarnya,hari ini hari lahir aku yang ke 39. Harapan aku agar inilah tahun terakhir aku menyambut hari lahir dengan lemak-lemak tepu yang dah sebati ni.. doakan aku ye..

Adeuss!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...