Sempena Jumaat yang mulia, marilah kita bersama-sama bantu saudara seagama,tidak kira apa jua bangsa kita, tetapi atas nama Allah.. sama-sama kita sokong produk keluaran Muslim.
*CARA SAHUT SERUAN KEMPEN SOKONG PRODUK MUSLIM*
Mulakan langkah berikut:
1. Kunjungi kedai pemilik muslim. Kita tahu mungkin tidak lengkap tetapi tekadkan diri, beli produk asas terlebih dahulu.
2. Beli 4 produk asas daripada syarikat Muslim: BERAS / MINYAK / TEPUNG / GULA
3. Selepas itu, beransur kepada produk harian lain seperti Sos, Kicap, garam, ubat gigi, sabun, pencuci, dan lain-lain.
4. Maklum kepada pemilik kedai agar lengkapkan lagi barangan muslim sahaja dalam kedai mereka dan berikan kata-kata sokongan kepada pemilik kedai.
5. Niat membeli kerana الله dan untuk ummah.
Mencari yang halal itu fardhu..tapi halal sahaja tidak mencukupi jika tidak toiyyiban yakni bersih. Tanpa bersuci,mandi hadas, memulakan sesuatu dengan kalimat basmallah..manakan datang bersihnya. Oleh itu belilah produk buatan Muslim. Halal dan Toiyyiban.
Sudah terdapat hampir 100% barang keperluan harian yang dikeluarkan oleh masyarakat Muslim,maka apa lagi alasan kita untuk mengelakkan yang syubhah. Biarlah sedikit mahal, tidak mengapa asalkan makanan yang menjadi darah daging kita adalah dari sumber yang halal dan bersih.
Berniatlah..nawaitu lillahi Taala.
P/S : Dengan ini aku membuka ruang kepada pengusaha muslim diluar sana yang ingin mengiklankan dan mempromosi produk keluarkan masing-masing di blog imi. Sila tinggalkan nombor telefon dikomen dan aku akan hubungi korang kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!