Assalamualaikum
Aku nak berkongsi 1 pengalaman pahit seorang regular customer Dominos Pizza yang tak pasal-pasal menjadi mangsa kerana sistem order mereka yang bermasalah.
PASAL DOMINOS AKU KENA SOALSIASAT POLIS
Aku beli voucher dominos kat shopee. Diorang ada official store, jual 1 regular pizza $9.90. Then aku jumpa seller jual voucher $5, so memangla cari yang murah lagi berbaloi. Dah nak dekat hujung tahun nie, banyak kelab/persatuan sekolah nak buat jamuan akhir tahun. So aku beli bulk.
Last week member aku nak order pizza, katanya utk jamuan kelab petanque. So 22.9.19 (Ahad) aku tolong buatkan order utk 10 set pakai voucher yang aku beli kt shopee. Mind you I used these codes for each code:
- 1x regular pizza (courtesy of the voucher)
- 1x personal pizza (courtesy of WQF1B)
- 1x garlic twisty bread (courtesy of email feedback)
- 2x icing dipping (nak cukupkan order minimum RM1)
So 10 order pickup pukul 2.30pm. Macam ok. Aku balik ambil anak then sampai je rumah pkl 3pm member aku call "zack, macam ada problem je order nie". Aku ingatkan order tak masuk, so aku check order history semua ada. Then aku terima panggilan, dia perkenalkan diri sbg sarjan dari unit jenayah komersil (rasa macam jantung nka gugur masa tu) dan minta aku utk datang jumpa dia. Aku tanya jumpa kat mana? Dia kata samada kat balai atau kat dominos. So aku cakap la jumpa kat dominos, nak juga tahu ape kes teruk sangat sampai libatkan polis pulak.
So tinggalkan laa dulu lauk wife masak yg tak sempat nk makan lagi, then bagitau si kecil faris suruh ikut abah keluar balik (sebab takde sape2 kat rumah). Call wife cakap suruh singgah dominos dan jemput anak.
Sampai je kt dominos, nampak macam 3 staf polis menunggu. So bermula lah 1 jam interrogation dari pihak polis dengan kehadiran wakil dominos HQ dari batu pahat dan manager branch (yang buat report). Pertuduhan diorang ialah aku buat order pakai hack/glitch untuk dapat order murah. So aku terpaksa laa tunjukkan step yang aku pakai dalam handphone on the spot. Diorang siap ambil video lagi.
Rupanya, masa pagi aku buat order tu, no problem, memang semua order aku berjaya. Tetapi bila aku buat depan diorang, sistem dia tunjukkan error, kononnya nak guna late delivery voucher tu, kena ada pembelian minima 1 personal pizza. Diorang tanya, mcmana aku boleh lepas order tu?
So aku cakap jer la. Sistem dominos is WEAK/LEMAH/OUTDATED. Aku tak perlu modify apa2 pun, dah memang pun boleh. Cuma bila hari tu order aku kena report oleh branch manager, baru sistem admin diorang modify. How I know this? Sebab notification error yang keluar tu sendiri salah. Tertera kat skrin (Sorry, you need a minimum order of LARGE pizza to proceed) - lebih kurang mcm tu laa. So aku tunjukkan kat branch manager "eh, tadi you cakap voucher nie kena ada minimum personal pizza, apesal yang nie tulis large pulak?" So siapa yang silap? Manager atau sistem?
Siapa yang benarkan penjualan voucher tu kat shopee? Aku ke?
Siapa yang tak ikut protokol pembelian voucher yang tulis "mesti serahkan kod semasa pengambilan pizza". Salah aku ke staff korang tak pernah mintak aku voucher tu?
Siapa yang lupa nak disable kod WQF1B (percuma 1 personal pizza)? Salah aku ke pakai kod tu?
Siapa yang salah kira harga untuk kod CL1903 (harga sistem $23++ tapi kat resit keluar $18++)? Salah customer ke kalau diorang pakai kod tu jugak?
So dengan ini, rasminya aku quit dari masuk mana2 restoran dominos.
Aku quit dari join group whatsapp/telegram dominos.
Aku quit dari thread2 forum dominos.
Aku quit dari fb dominos.
Mungkin korang rugi 1 customer, aku tak kisah.
Ada hikmah juga, boleh slim diet makan makanan yang lebih sihat dan selamat.
Terkilan je. Nombor contact aku ada pada dominos. Aku buat order awal pagi pukul 10am, kedai pun dah buka. Tapi bukan nak cuba call pun. Tau2 terus report pada pihak polis, pastu ambush aku pukul 3 petang. Member aku pun malu. Dah la tak dapat order pizza untuk jamuan kelab dia, kena tahan lagi. Allah jerla tahu perasaan aku masa tu. Apa2 pun, terima kasih pada unit jenayah komersil yang hadir masa tu. Mereka memang profesional, dan ramah. Aku dah jelaskan semua yang aku tahu, dan siap bagi banyak contoh2 untuk buktikan aku tak bersalah. Akhir pertemuan, dominos tak jadi untuk report, so tak ada kes untuk difailkan. Mereka kata nak buat siasatan dalam pula.
Rakan-rakan aku pun tahu aku banyak tolong mereka. Aku tak ambil sesen pun untung. Aku setkan order dan mereka sendiri pergi dan bayar sendiri. So maaf in advanced, aku takkan buatkan order dominos dah lepas nie.
tl;dr
order dominos pakai voucher
dominos laporkan pihak polis
order murah sangat sampai trigger
Ini peringatan juga untuk aku sebab aku juga boleh dikatakan regular customer Dominos. Dalam lorong kawasan perumahan aku ni..memang rumah aku sajalah yang selalu order.
Apapun..berhati-hati..takut jadi mangsa keadaan.