Isnin, 2 September 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #3 - 1ST APPOINMENT

Assalamualaikum.

Ini cerita 1st appoinment di HRPB Ipoh pada 29.08.2019. Kebetulan pada tarikh ulangtahun perkahwinan aku.

Kami bertolak pukul 6.35pagi seusai subuh. Perjalanan lancar dan tiba di HRPB pukul 10.20..kiranya hampir 4jam perjalanan. Ujian pertama setibanya di sana adalah parking! Allahuakbar.. berpusing-pusing dengan jarak 1 pusingan hampir 2km.. 5kali pusing. Campur masa menunggu kalau-kalau ada kereta yang keluar parking.. akhirnya pukul 12.10tengahari baru dapat..itupun parking lot disebelah luar kawasan masjid. Parking yang dikhaskan untuk pengunjung hospital. Bayangkan.. 2 jam lebih masa terbuang untuk cari parking dengan jalan sehala.

Menapak jauh juga nak ke bangunan rawatan harian. Pukul 12.15 aku masuk ke bangunan rawatan harian dan menunggu. Tak tahu lokasi Klinik Bariatrik,aku bertanyakan dengan staf dikaunter depan.



Aku masuk ke ruangan di klinik tersebut dan diberitahu datang semula pukul 2. Yelah..masa tu dah time rehat. Suami ambil masa untuk lelap seketika dan solat. Pukul 2 aku kembali ke klinik dan pesakit mula tiba. Sampailah jam 2.30 ada nurse yang keluar dan bagitahu,semua pesakit kena daftar dulu di tingkat 2 dan sebelum itu diberi nombor ..malangnya aku yang sampai paling awal, dapat nombor 9..panas je hati..

Cepat-cepat aku naik ke tingkat 2, dan ke kaunter pendaftaran (sebelah kiri dari lif). Aku tunjukkan GL dan petugas tu berikan aku kad klinik.


Dah selesai daftar,turun balik ke klinik di ground floor. Dan menunggulah untuk jumpa doktor. Pukul 4.30petang barulah nama dipanggil. Biasalah, 1st appoinment ni, kena soal itu ini.. dekat 20minit juga.  Aku minta sangat untuk percepatkan surgery sebab aku dah kesuntukan masa untuk buat ivf. Yelah, lepas surgery ni,at least perlukan masa untuk sembuh dan berat turun dalam tempoh 6-7 bulan . Dah turun berat barulah aku boleh balik ke O&G semula. Dan untuk buat ivf kurang-kurang 7-8bulan lagi..berapa agaknya umur masa tu. Takkan nak mengandung umur 41? Berapa percent peluang aku?? Aku stuck kat situ. Siapa yang boleh bantu aku percepatkan surgery ni.

Doktor yang ambik kes aku ni cakap, dia cuba explainkan kat pakar lepas ni. So, tak tahulah aku apa nak jadi. Apa yang dia boleh bantu aku untuk percepatkan surgery. Lepas selesai interview dengan doktor tu, tunggu pulak untuk jumpa dietitian. 

Part ni aku sedih. Aku tau, dietitian tu ingat aku ni bohong dia. Muka dia pun aku dah nampak macam tak percaya bila aku cakap, aku tak minum manis,kurang makan benda merapu. Breakfast aku biasanya sepotong buah betik yang aku beli di kantin ofis. Hari-hari betik je aku telan waktu pagi. Pukul 10 atau 11 barulah aku makan nasi. Nasi aku wajib ada sayur. Berapa senduk sangatlah nasi aku nak ceduk kalau beli tapau. Bekas tapau tu besar mana sangat. 

Dan lepas makan nasi tu,aku memang tak makan apa-apa sampailah balik rumah. Kat rumah biasalah masak nasi dan lauk untuk suami. Kalau makan pun..mungkin adalah sekali dalam seminggu tapi bukan rutin. Makan pun bukan nasi,mee atau yang berat. Aku akan makan sebelum pukul 7. Dan tiada juga istilah supper. Melainkan aku minum air kosong sebelum tidur. Itulah rutin makan aku. Tercalar jugak hati ni,bila perasan muka dietitian macam tak berapa percaya bila aku cerita rutin makan aku..dan pada ketika aku bercerita hal rutin makan aku tu,jam ditangan dah hampir pukul 5... aku belum makan tengahari..hanya sarapan nasi lemak pukul 8.30pagi di R&R Gunung Semanggul. Kecikkan hati bila cerita orang tak percaya?

Itulah cabaran jadi orang plussize ni. Bab makan memang orang takkan percaya kalau kau cakap kau tak kuat makan. Bila dah ditanya, aku cerita. Percaya atau tidak terpulanglah. Kalau bukan sebab nak buat operation ni..aku tak pun tak minat nak hadap semua ni.

Ok, sebelum berakhir sessi cerita tapi orang tak berapa nak percaya tu, dietitian ada bagi senarai makan yang aku kena makan sebelum operation.

Dicadangkan minum susu Ensure yang dicampur dengan Nutrenfiber.

Sessi selesai pukul 5. Dan menunggu lagilah aku untuk dapatkan surat rujukan untuk buat test sebelum surgery dan kad appoiment. 

Kad appoiment.. tengok je tarikh di kad ni.. berkecai lagi hati..next appoiment untuk jumpa pakar 12.12.2019..what??? Allahu.. lagi 4 bulan??? Dah tu bila lah operationnya? Harapan untuk buat ivf sebelum umur 40 dah makin kabur.. lebur..

Surat rujukan untuk buat ujian saringan. Tengoklah keadaan, aku akan ke HSB untuk uruskan ujian ni. 

Semua selesai hampir jam 6 petang. Mc kena minta,kalau tak dia tak bagi. Aku beransur pulang ke Alor Setar. Disebabkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan aku, aku ajak suami singgah di Penang. Panjang sungguh perjalanan hari ni. Sampai di Padang Kota pukul 8.30mlm..barulah aku menjamah nasi.

Nantikan catatan perjalanan bariatrik aku yang seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...