Ahad, 1 September 2019

TRAVELOKA SALEBRATION ATAU MATTA FAIR??

Assalamualaikum.

Aku tengah fikir..terasa macam ada 1 keberanian dalam diri datang tiba-tiba untuk travel solo sebab bff aku dah tak boleh travel lagi lepas ni. Lagipun, sebelum-sebelum ni,bila nak travel aku yang google info,buat itenary, booking itu ini.. rasanya tak ada masalah kot kalau kali ni aku gerak solo je.

Terlintas dalam fikiran,teringin nak melangkah kaki ke Jepun. Jepun merupakan salah 1 negara yang paling selamat untuk travel solo. So, dari asyik tengok drama jepun aje,baik juga kalau aku sendiri pergi. Antara 2tempat yang menjadi pilihan, samada Tokyo atau Kyoto,aku masih berkira-kira mana yang lebih sesuai dengan bajet..lalu terus aku google untuk survey tiket ke Jepun. Manalah tau tiba-tiba ada promotion apa-apa.

Biasanya untuk dapatkan harga tiket yang murah, kena tunggu Matta Fair. Tapi kat Kedah ni,susah sangat ada Matta Fair ni. Seingat akulah..39tahun hidup ni..macam tak pernah ada pun penganjuran di Kedah ni. Paling dekat pun di Penang. Kadang-kadang terlepas juga bila tak dapat info. Apa lagi..aku gunakan kuasa online. Aku cuba cari info bila dan dimana event ni akan diadakan. Aku tengok kat Matta Fair Online Promotions . Ada ruangan drop email kat situ. Bagus juga..aku tinggalkan email kat sana. Harap-harap adalah respon tu dalam masa terdekat ni.

Next..aku cari pulak tiketnya. Macam biasalah,tiap kali nak cari tiket aku akan ke web Traveloka. Mudah betul nak cari tiket di situ. Jalau korang tak percaya,cuba korang tengok link Traveloka Promo Flights ni. Yang bagusnya,kita boleh pilih penerbangan apa yang kita nak dan bandingkan harga. 

Klik-klik...Laaa.. tak sangka memang betul ada promosi. Langkah kanan betul aku harini. Traveloka tengah on 1 kempen baru. Kempen  Traveloka Sale-abration. Kalau korang nak tahu, kempen ni bermula dari 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019 ni. 


Bestnya..siap ada kupon diskaun lagi tu. Kalau beli direct dengan web syarikat penerbangan pun,susah nak dapat kupon macamni. Selain dari tu, diskaun untuk penerbangan domestik sehingga RM60 dan untuk penerbangan antarabangsa sehingga RM120. Banyak tu,sape nak bagi kan? ..mana nak dapat kat tempat lain. Memang tak la. Ada juga diskaun  untuk hotel, airport transfer dan Xperience. Elok korang tengok sendiri apa yang ditawarkan di link yang aku bagi kat atas tu. 

Boleh je beli tiket tu dulu, tarikh travel tu bila-bila masa aje ikut koranglah bila nak korang nak fly, korang boleh pilih. Semangat pulak aku nak ke Jepun..kalau dapat pergi musim luruh alangkah bestnya. Baru nak tengok tiket aje,otak aku dah sampai ke Jepun,badan je ada kat sini. Inilah susahnya bila dah jadi kaki backpakers. Pantang ada masa,kira nak berjalan aje. Kena pulak Traveloka dok melambai-lambai je aku dengan promosi macamni. Dengan diskaun yang ditawarkan betul-betul menduga iman.haih... buat aku tidur tak lena.

Apalagi korang? Tak rasa ke nak bercuti kemana-mana atau ada yang nak join aku travel kali ni?? Kalau nak join boleh aje. Itu aje untuk hari ni. Aku nak ushar-ushar tiket jab. Lambat-lambat nanti terlepas pulak. Mana tau kalau nasib baik,dapat tiket pada tarikh yang cun. Travel solo pun solo lah..asalkan sampai dah la. Ok

Adeuss!!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...