Khamis, 31 Oktober 2019

WASPADA JENAYAH SIBER

Assalamualaikum

Perkongsian penutup bulan Oktober.


1. Jangan benarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun emel dan media sosial anda.

2. Elakkan daripada melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah, hasutan, skim cepat kaya dan ideologi keganasan.

3. Elakkan daripada menyebar kandungan yang berunsur lucah, fitnah, hasutan, skim cepat kaya dan ideologi keganasan.

4. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran daripada individu yang tidak dikenali yang menghubungi anda melalui emel atau media sosial.


BERINGAT SEBELUM TERKENA!

Rabu, 30 Oktober 2019

BUKAN SEKADAR CEREKA..

Assalamualaikum..
Sedikit bingkisan yang amat terkesan dihati.

Seorang lelaki telah meninggalkan anjingnya disisi anaknya yang masih menyusu agar dilindunginya lalu dia keluar daripada rumahnya untuk pergi berburu

Setelah pulang daripada berburu dia mendapati anjingnya menyalak dan berlumuran dgn darah dihadapan rumahnya

Lalu dia menyangka sama seperti sangkaan kita bahawa anjingnya telah memakan anaknya lalu dia mengajukan senapang kearah anjingnya dan menembak sehingga mati

Lalu dia bergegas masuk kedalam rumahnya untuk melihat keadaan anaknya itu tiba² dia melihat seekor serigala yg mati berlumuran darah sedangkan anaknya itu tidak disentuh dan selamat.

Cuba kita bayangkan perasaan rase bersalah yg dialaminya serta diliputi dgn penyesalan sepanjang hidupnya!

Betapa banyaknya nyawa yg hilang akibat kezaliman dan betapa banyaknya prasangka²  terbinasa dengan sifat sangka buruk

Betapa banyaknya sesebuah hubungan itu terputus akibat salah paham yg berlaku

Maka!! jangan kamu hanya melihat dengan mata kepala sahaja tetapi lihatlah dgn akal sihatmu 

Hendaklah kamu mengetahui perkara yang sebenar terlebih dahulu dan jangan kamu tergesa-gesa dalam menghukum  sesuatu perkara hanya dgn pandangan mata 

Hendaklah kamu mengetahui perkara yg sebenar dahulu sebelum kamu terjatuh kedalam kesalahan yg membuat kamu menyesal sepanjang hidup kamu... Wahai saudara yg ku cintai dan hormati.


Kredit : Jamal sahran

Selasa, 29 Oktober 2019

SCAMMER AGENSI PELANCONGAN

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi agar orang ramai tidak mudah tertipu. Petikan dari mangsa yang hampir tertipu tapi sempat menyelamatkan diri. FB SITI INTAN BADARIAH

*****
Alkisahnya semalam. Kak intain jalan kat Star Parade Pacific. Saja p jalan ja. Beli la baju abah, baju laki i ols dengan baju Puteri.

Nak balik dah ni..
Ada nampak booth percutian. 
Kat bawah tu ada pameran kawen.

Dipendekkan cerita, i olss p beli 2 pakej. RM1080 X 2, total RM 2160 jumlah yang di bayaq tu.
Pastu tu p la solat Maghrib. 

Dalam perjalanan nak p Tesco, saja la nak google pasai company.
Rupanya scammer. memang ramai dah yang terkena...
😭

Terus call kawan kak Intain polis. Shahariza Shah Abu Bakar dah siap taip report. Effa My contact kawan dia kat IPD Alor Star.
TQ hampa sudi tolong kami.

Perosah punya perosah semalam. Sarjan yang bertugas call pihak depa
Alhamdulillah. Depa “void sale” payment kak Intain tu. In syaa Allah akan masuk balik duit dalam akaun 3 hari..

Tak sangka sungguh sebab bukak booth kat pesta pun scammer.
Penganjur kira nak duit ja noh..

Lepas ni kena beringat laaa..
Jangan mudah percaya kat orang. Kita ni tak gamak tipu orang. Tak pernah tipu. Tu tak sangka bila ada yang sanggu tipu orang untuk dapat duit dengan mudah.

company tu nama SKYLINE LEGACY. Ramai dah terkena.
Awas u olss! Jangan terpedaya.









Nasihat aku secara peribadi,jika memerlukan agensi untuk menguruskan percutian anda, silalah kaji dahulu. Google untuk dapatkan info. Semak samada agensi tersebut berdaftar atau pun tidak. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang tak masuk akal. 

Isnin, 28 Oktober 2019

SUNNAH MEMBERI NAMA

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian ilmu dari FB.


Sunnah Memberi Nama

Salah satu kebiasaan Rasulullahο·Ί adalah memberi nama terhadap   barang-barang dan binatang  yang dimilikinya. :

1. Nama gelasnya adalah *ar-Rayyan*

2. Nama mangkoknya adalah *al-Gharra’*

3. Nama tekonya adalah *as-Shadir*

4. Nama tikarnya adalah *al-Kazz*

5. Nama guntingnya adalah *al-Jami‘*

6. Nama cerminnya adalah *al-Mudillah*

7. Beliau memiliki sebuah kotak untuk menyimpan cermin, sisir, gunting, dan siwak.

8. Nama tongkatnya adalah *al-Mamsyuq*

9. Nama tongkatnya yang ujungnya besi adalah *an-Namir*

10. Nama kudanya yang berwarna hitam adalah *as-Sakb*

11. Nama kudanya yang berambut pirang adalah *al-Murtajiz*

12. Nama kudanya yang lain adalah *al-Lahif, az-Zharb, dan al-Lizaz*

13. Nama pelana-kudanya adalah adalah *ar-Rajj*

14. Nama unta (betina)-nya adalah al-Qashwa atau disebut pula *al-Adhba’*

15. Nama baghal-nya adalah *Duldul*

16. Nama keledainya adalah *Ya‘fur*

17. Nama kambing yang sering diminum susunya adalah *Ghaytsah*

18. Nama kemahnya adalah *al-Kinn*

19. Nama bendera yang dipakai untuk berperang adalah *al-Uqab*

20. Nama pedang yang sering dipakai berperang adalah *Dzul Fiqar*. beliau juga punya pedang lainnya.

21. Nama tabung panahnya adalah al-Kafur atau *Dzul Jum‘*

22. Nama busur panahnya adalah *Dzus Sadad*

23. Nama perisainya adalah *al-Dzafn*

24. Nama baju perangnya yang dilapisi tembaga adalah *Dzat al-Fudhul*

25. Nama tembok (benteng pertahanan)-nya adalah *an-Nab’a’*

 Sumber: Syaikh al-Allamah al-Muhaddits Yusuf Ismail an-Nabhani, Wasa’il al-Wushul ila Syama’il al-Rasul (Dar el-Minhaj, Beirut, 2009)

Wallahua'lam

Ahad, 27 Oktober 2019

BAIK SEBELUM ATAU GUNA SEBELUM

Assalamualaikum

Berkongsi 1 info yang amat berguna dari Fb Dr.Kamarul mengenai penjelasan isitilah BAIK SEBELUM dan GUNA SEBELUM.


π—šπ—¨π—‘π—” π—¦π—˜π—•π—˜π—Ÿπ—¨π—  vs π—•π—”π—œπ—ž π—¦π—˜π—•π—˜π—Ÿπ—¨π— 

Tahu tak beza dua istilah ni pada label pek makanan atau minuman? Tak tahu? 

GUNA SEBELUM 
◾ Selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang telah ditetapkan. 

◾Selalunya label ini digunakan pada produk yang mudah rosak seperti; susu, yogurt, produk telur dan jus buah. Antara perubahan yang dapat dilihat pada makanan ialah berkulat, tengik, masam atau basi.

◾Sekiranya produk telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.

BAIK SEBELUM 
◾Tarikh terakhir produk tersebut mampu mengekalkan sifat kualitinya pada tahap terbaik, selagi ia disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.

◾ Selepas tarikh tersebut, produk mungkin masih selamat dimakan, tetapi kualitinya merosot. Contohnya perubahan warna, rasa, tekstur, atau tersirat seperti kesegaran makanan.

◾ Kemerosotan kualiti yang berlaku selepas tarikh tersebut, tetapi makanan masih boleh dimakan, dengan syarat makanan tersebut masih elok dan selamat untuk dimakan.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sabtu, 26 Oktober 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : PROTIEN SHAKE

Assalamualaikum

Masa aku berjumpa doktor di HRPB dulu, aku juga dijumpakan dengan dietitian. Dietitian minta aku minum susu. Biasalah umur sekarang ni memang jarang minum susu. 

Aku juga jarang minum benda manis. Ada minum tapi bukan hari-hari. Atas nasihat dietitian juga yang mahukan aku membiasakan diri minum susu,maka aku kembangkan tekak untuk minum.

Kalau diikutkan aku disarankan minum 6kali sehari.  1bancuhan paling kurang 3 scoop untuk bancuhan 200ml. Susu Ensure Gold atau Nutren Fiber ni..memang boleh botak kepala kalau nak minum macam tu. Mahal gila kot. So aku hanya ambil 1 kali sehari iaitu waktu breakfast.

Ini saiz shaker 400ml


Untuk membolehkan perut aku bertahan sampai tengahari, aku sediakan 2 scoop susu + 1 scoop protien Myotien + 2 scoop physillium husk untuk lebih kenyang + 1scoop horlicks..kalau tak ada perasa..aku boleh muntah. Sukatan ni untuk bancuhan 400ml air. Dengan sukatan ni, perut aku mampu bertahan sampai waktu lunch.

Bagi yang tak tahu apa itu psyllium husk..inilah dia..banyak jual di farmasi,tapi aku beli di Shopee aje.

Dan inilah serbuk protien Myotien..harga pun boleh tahan jugaklah..pun aku beli kat Shopee jugak.


Mula-mula aku ambil susu ni, perut aku meragam hampir seminggu..sakit perut memulas-mulas. Aku berhenti sekejab dalam 1 hari,lepas tu aku ambil semula. Alhamdulillah..perut dah boleh terima.

Untuk ambil 6 kali sehari tu..lepas operation lah kot. Kalau sekarang..duit belum jatuh dari langit lagi. Kepada yang nak cuba minum protien shake macam aku,boleh ikut resepi dan sukatan yang aku bagi. Jangan lebih,kurang tak apa..asalkan ada sesuatu dalam perut..jangan biar perut kosong..tak memasal kena gastrik macam aku...padan muka!

Jumaat, 25 Oktober 2019

BMF : MINYAK SAPI KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum.

Surirumah biasanya memerlukan minyak sapi atau ghee dalam masakan termasuklah dalam pembuatan kuih muih. Selain dari jenama biasa yang popular dipasaran, terdapat beberapa jenama keluaran Muslim atau Bumiputera untuk kita cuba.

1. Jenama : CRISPO
Pengeluar :KOPEDA (M) Sdn.Bhd

2. Jenama : ADELA
Pengeluar : FELDA


#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Khamis, 24 Oktober 2019

KACANG POOL BOGEL

Assalamualaikum


Tajuk entri bikin bimbang. Huhu..sabar-sabar..takde maknanya nak melucah..ini kisah benar. 

Teringin nak makan kacang pool. Maka aku buat ikut selera aku,guna apa yang ada.Jom aku kongsikan resepi.

Bahan-bahan;
1labu bawang merah
4ulas bawang putih
**dadu halus je..

1 tin kacang panggang
1 tin kacang merah
**lenyek-lenyek kasar..guna sudu jer

1 pek daging burger(pek kecil ye)-hancurkan ikut sukalah nak pakai apa,senduk..tangan..lutut..
1 pek serbuk kari daging
Sedikit air asam jawa
1camca makan lada hitam-tumbuk
Garam dan perasa

Cara-cara;
Panaskan minyak dan tumis semua bawang sampai wangi,masukkan serbuk kari dan air asam jawa. Tumis sampai pecah minyak,masukkan daging yang dah hancur. Tambah air sikit kalau pekat sangat. Kacau masak dalam 10-15minit. Masukkan kacang-kacang dan perasakan secukup selera.. renihkan 10-15minit...siap!



Senang aje kan? Aku panggil kacang pool bogey (bogel) sebab masa serve aku tak letak pun segala bagai bahan seperti bawang merah, cili dan lain-lain.. aku tak makan pun dengan roti..aku makan macam tu aje. Suami aku yerlah..dia makan dengan roti.

Ini resepi aku..jangan pulak ada yang komen..itu tak ada..ini tak taruk..ehhh..suka hati aku lah kan..tekak aku. 

Ok.itu aje..lama tak kongsi resepi..bolehla kalau korang nak cuba.


Adeuss!!!

Rabu, 23 Oktober 2019

MYCAR PERLU IC?

Assalamualaikum

Aku baru nak download apps Grab dan Mycar. Apps Grab ok, mudah download cuma perlukan gambar selfie sahaja. Iyalah, aku faham..itu untuk pengecaman wajah penumpang bagi mengelakkan sebarang perlakuan jenayah.



Selain dari Grab, ada 1 lagi apps untuk kemudahan kereta sapu ni iaitu Mycar. Difahamkan Mycar ini taukenya melayu. Maka aku pun nak supportla.. tapi malangnya, prosedur  yang dibuat untuk pendaftaran bagi membolehkan login amatlah merbahaya.. bahaya macam mana??

Inilah bahaya tu..minta gambar kad pengenalan.. aka IC..samalah macam kita bagi IC kita untuk orang pegang walaupun hanya gambar

Serius..benda ni bukan main-main. Apa hak mereka untuk meminta salinan ic pengguna? Kebocoran dan penyalahgunaan data peribadi boleh bocor bila-bila masa dengan mudah sekali.

Sedangkan salinan ic di bank pun tetap ada hantu dan toyol yang dah salahgunakan dengan pass kan detil kepada puak telemarketing..inikan pulak syarikat yang bukan siapa-siapa. 

Menurut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 hanya 5orang sahaja yang berhak dan berkuasa meminta atau menyimpan kad pengenalan iaitu;
a) PEGAWAI POLIS
b) PEGAWAI PENDAFTARAN
c) PEGAWAI KASTAM
d) MANA-MANA PEGAWAI ATAU KELAS ATAU PEGAWAI AWAM YANG DIBERI KUASA OLEH KETUA PENGARAH
e) ANGGOTA TENTERA YANG BERTUGAS MENJAGA & MENGAWAS
Menyimpan atau memegang kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan,kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa - Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.


Bukan aku seorang yang tak puas hati pasal IC


Nasihat aku pada pengendali Mycar.. anda syarikat baru, jangan cipta undang-undang sendiri yang melampaui hak orang ramai. Banyak lagi alternatif lain yang boleh dibuat bagi melindungi pemandu anda. 

Dan..aku pun uninstall terus Mycar hanya kerana dia minta IC.. kerana tiada jaminan data peribadi aku selamat dengan mereka!


Selasa, 22 Oktober 2019

BASIKAL LAJAK UNDANG MAUT

Assalamualaikum.

Harini aku nak sebut 1 hal yang diluar konteks biasa artikel dan entri aku selama ini. Isu Basikal Lajak.

Hingga ke hari ini aku tercari-cari siapa yang mereka basikal maut ini. Yang sedihnya, aku tak pernah nampak selain dari anak Melayu yang bermain dengan basikal ni.. korang ada nampak anak cina main basikal lajak?? Kalau ada tolong bagitau kat aku berserta gambar sebagai bukti.

Pic google
Inikah yang patut dibanggakan??

Pic Credit NST
Pada tahun 2001, basikal ini dikenali sebagai Mosquito Bike atau Basikal Nyamuk, namun ia masih kurang terkenal berbanding sekarang.

Boleh dikatakan 100% yang mengikut trend membunuh ni adalah anak Melayu. Sedih sangat bila difikirkan. Apa tindakan pihak berkuasa bagi mengekang penjualan basikal pembunuh ni?

Tak perlu aku letakkan gambar hasil pembunuhan terhormat basikal lajak di sini. Korang google la sendiri.

Sebagai ibubapa..tolonglah.. tolong jangan benarkan anak-anak anda bermain dengan "senjata" berbahaya ini. Kadang-kadang aku rasa terkilan dan terfikir betapa bodohnya ibu bapa yang sanggup "membunuh" anak sendiri hanya kerana nak penuhi permintaan anak. 

Fikir-fikirkan..

Isnin, 21 Oktober 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : KALORI ENSURE GOLD

Assalamualaikum.

Hari ini aku terbaca 1 artikel mengenai pengiraan kalori. Jadi,aku nak kongsikan dengan semua. Sebabnya dietition yang minta aku minum susu Ensure sebagai persediaan untuk bariattic surgery,maka artikel ini sangat berguna.

Ini yang aku borong...sebenarnya ada lagi 2 kotak tak ada dalam gambar..beli di shoppee

*****
CALORIE CALCULATION FOR DUMMIES (LIKE ME)

Dah pukul 6 lebih, tapi masih di wad tak balik lagi. Asar pun belum lagi. Hidup yang sentiasa stres. Memang rasa nak hantuk kepala ke dinding! Rasa nak baling komputer atas meja tu pun ada. Haih! Tengah duduk mengomel seorang diri tu, tiba-tiba datang seorang staff nurse bertanya,

“Doktor, boleh tolong ajar macam mana nak bagi susu ni? Tadi doktor tu tulis plan, suruh bagi half-requirement. Ada dia bagi tahu, tapi dia cakap laju sangat tadi. Saya tak faham.”

Saya renung lama Ensure Gold atas meja tu. Rasa nak ambil tin tu, baling ke dinding juga. Ikutkan pangkat, saya berhak untuk buat dan kata apa saja. Bukan dia boleh jawab balik pun. Dia kan orang bawahan saya? Tapi ye la, kita ni masih berfikiran waras. Punya iman, hati dan perasaan.

“Meh sini kertas."

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

"Mula-mula awak kena faham macam mana kira kalori tu. Pengiraan dia kompleks sebenarnya. Sebab kalau bab nutrition ni, kita kena kira protein, nitrogen, karbohidrat, lemak semua tu. Jadi ni saya bagitau cara mudah je. Untuk senang kita dua faham. Hanya untuk kira kalori. Akhirnya, awak cuma nak tahu macam mana nak bagi susu ni je kan?

Untuk orang sihat macam saya dan awak, kita perlukan purata 25-30 kcal/kg sehari. Untuk orang sakit, mungkin dalam 20-25 kcal/kg sehari. Benda ni boleh adjust, setiap orang dan pesakit berbeza, ikut plan doktor atau dietitian. Kalau pesakit malnourished, cachexic, kita takleh bagi banyak terus. Takut refeeding syndrome. Yang sihat pun sama. Kalau nak badan macam The Rock, kira dia lain. Nak kuruskan badan, kira pun lain.

Contoh mudah kita kira 25 kcal/kg.

Berat 60kg = 60 x 25 kcal/kg sehari = 1,500 kcal sehari.
Berat 70kg = 70 x 25 kcal/kg sehari = 1,750 kcal sehari.

Jadi, contoh berat awak 60kg. Berapa minimum requirement? Mana nak dapat kcal banyak tu?”

Dia tunjuk ke Ensure Gold tu.

“Apa pulaknya. Awak minum ke benda ni?”

Dia senyum, geleng kepala.

“Apa yang awak makan hari-hari la. Satu burger BigMac, 600kcal. Campur benda lain, cukup la keperluan sehari. Yang standardnya kita ni, terlebih. Tu yang gemuk boroi belaka. Lebihan kalori yang kita amik tu, badan kita akan simpan jadi lemak.

Jadi, pesakit pun sama. Cuma masalahnya, pesakit ni dia takde la nak makan BigMac hari-hari. Kebanyakannya, memang tak boleh makan. Sama ada arahan doktor suruh tak makan, atau penyakit itu sendiri yang menyebabkan tak boleh makan. Jadi kita ganti pengambilan kalori dan nutrisi tu dengan susu ni la. Faham?”

Dia angguk.

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

“Ok, sekarang soalan awak. Macam mana nak kira.

Tengok kat tin ni. Dia tulis satu serving yang disyorkan ialah ‘6 scoops in 185ml’ bersamaan 262kcal. Lupakan yang 185ml tu. Kita kena tahu satu scoop tu berapa kcal. Setiap brand susu berbeza tapi dia tak jauh sangat sebenarnya.

6 scoops = 262 kcal
1 scoop = 43 kcal

Ingat. Setiap brand susu lain. Ensure Gold, 1 scoop 43 kcal. Enercal 60 kcal. Nutren Diabetik 36 kcal. Glucerna 45 kcal. Setiap brand susu, berbeza.

Untuk tujuan ni, kita pakai contoh Ensure Gold ni.
Biasa feeding kita bagi macam mana?
3-hourly kan? 6 kali sehari.
6am, 9am, 12pm, 3pm, 6pm, 9pm.

6 scoops (262 kcal) x 6 kali sehari = 1,572 kcal.

Ha, cukup tak requirement sehari yang kira atas tadi?

Berat 60kg = 60 x 25 kcal/kg sehari = 1,500 kcal sehari.

Cukup la kan?”

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

“Soalan kedua, pasal ml tu? Berapa banyak air nak bancuh.

Air tu bergantung dengan pesakit. Ada yang bancuh dalam cawan dan minum. Ada yang kita kena bagi pakai NG tube atau PEG tube. Ikut citarasa masing-masing. Nak pekat atau nak cair. Tapi kalau yang NG tube feeding tu, biasa taknak la pekat sangat, nanti block.

Jadi, sebab tu, kita guna cara bancuhan mudah ni. Sama macam awak bancuh susu anak tu. 1 scoop = 1 oz. Owh, tak kahwin lagi, takde anak. Okay. Tapi kita biasa ikut yang ni la. Macam yang awak selalu tengok dietitian tulis dia punya step up feeding tu.

1 scoop = 50ml
2 scoops = 100ml
3 scoops = 150ml
4 scoops = 200ml
5 scoops = 250ml
6 scoops = 300ml

Macam saya cakap tadi, bancuhan air tu kita boleh adjust. Yang constant ialah scoop dan kalori dalam setiap scoop tu. Jadi, aim kita ialah full feeding. Terutamanya untuk pesakit yang memang tak boleh makan, pakai tube feeding, bergantung sepenuhnya dengan susu ni sebagai sumber kalori dan nutrisi.

Jadi, sebagai contoh: 6 scoops (262 kcal) in 300ml every 3 hour x 6 times per day.”

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

“Sekarang, balik pada patient awak. Doktor kata bagi half-requirement je. Jadi, full requirement dia berapa? Kalau awak faham apa yang saya cerita tadi, cuba kira.

Nak mudah cerita, kita anggap berat dia sama. 60kg. Jadi, full requirement dia? Sama jugak la, kalau kita target 25 kcal/kg sehari.

1,572 kcal sehari.

Jadi half-requirement berapa? Bahagi dua je la.

1,572 kcal ÷ 2 = 786 kcal.

Patient awak ni boleh makan. Sebab tu doktor suruh half-requirement je. Kita nak suruh dia balik semula pada fitrah asal. Makan macam kita, macam orang sihat. Susu tu hanya top up, sebagai supplement. In case dia masih tak mampu makan banyak sangat.

Jadi 786 kcal. Macam mana nak bagi?

Terpulang pada awak la. Yang mana mudah untuk pesakit, yang mana mudah untuk kita.

Mula-mula, awak tentukan la nak suruh dia minum susu tu berapa kali sehari. Contoh, awak nak sama macam contoh pesakit yang 3-hourly feeding tu. Kena minum setiap 3 jam, 6 kali sehari.

786 kcal ÷ 6 kali minum setiap 3 jam = 131 kcal setiap 3 jam.

Ingat lagi kan, 1 scoop = 43 kcal?

Jadi, 131 kcal ÷ 43 kcal = 3 scoops.

Ikut formula bancuhan kat atas tadi, 3 scoops bancuh dalam 150ml.

Maka pesakit tu kena bancuh 3 scoops dalam 150ml dan minum setiap 3 jam sebanyak 6 kali sehari. Dapat la 786 kcal (half-requirement) yang awak nak tu.

Faham ke tak ni?”

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

“Tapi patient awak ni boleh minum. Bukannya pakai NG tube. Kalau pakai NG tube pun, awak pun lelah nak kena bagi feeding setiap 3 jam kan?

Jadi, kita adjust la. Apa kata awak bagi dia minum 3 kali sehari je.

786 kcal ÷ 3 kali minum = 262 kcal setiap kali minum.

Jadi, 262 kcal ÷ 43 kcal = 6 scoops.

Ikut formula bancuhan kat atas tadi, 6 scoops bancuh dalam 300ml. Atau senang cerita satu cawan atau gelas. Dan kalau awak perasan, 262 kcal tu memang apa yang disyorkan kat tin ni. Dan ingat saya kata tadi, berapa banyak bancuhan air tu bergantung dengan citarasa masing-masing.

Maka arahan awak sepatutnya senang je la. 6 scoops dalam satu cawan atau gelas, minum 3 kali sehari.

6 scoops (262 kcal) x 3 kali sehari = 786 kcal.

Ha, dapat la half-requirement awak tu. Senang kan?

Faham? Ada soalan lagi?

Kalau takde, saya minta diri dulu. Nak gi solat Asar. Pastu saya nak gi hantuk kepala kat dinding.”
_________________________________
DISCLAIMER:

1) Ini bukan post untuk promote Ensure Gold. Tak dapat komisen pun. Saya yang keluar duit beli untuk minum sendiri ada la. Bukannya murah menatang ni. πŸ˜…

2) Kita sebenarnya tak sebut benda tu susu. Kita sebut ONS. Oral Nutrition Supplement. Tapi ye la, bahasa mudah untuk pesakit, supaya mudah faham. Susu. Tapi nama betul dia, kita sebut ONS.

- Dr. Aimir Ma'rof -

*****
Credit to Dr.Aimir Ma'rof

Ahad, 20 Oktober 2019

BMF : MINUMAN RINGAN KELUARAN MUSLIM

Assalamualaikum.

Kekangan waktu telah menyebabkan ketiadaan masa untuk mengkaji,menggali dan menyiasat beberapa barang makanan dan keperluan dapur keluaran muslim. Maka entri mengenainya pun terputus-putus dengan urusan duniawi lain.

Hari ini dikongsikan beberapa jenama minuman ringan keluaran bumiputera.

1. Pengeluar : Zaliza Food Industries
Jenama : Z&Z

2. Pengeluar : Maman Trading
Jenama : ZEEPER

3. Pengeluar : Syarikat Nurhaza
Jenama :  FRUTTY RUSH, LEMENETTE,  HUSNI KEDAH

4. Pengeluar : HPA Radix
Jenama : RADIX

5. Pengeluar : Madura Industry Sdn.Bhd
Jenama : MADURIA, S-SOTIC, OHLALA, NHL SOY DRINK, MR.BEAN SOYA, HAUSBOOM(OEM)


6. Pengeluar : MMI Murni Manufactaring Sdn.Bhd.
Jenama : MUNIRA



#SokongBukanBoikot


**Jika anda ingin produk anda diiklankan di website ini, sila tinggalkan nama dan nombor wassap anda di ruangan komen.**

Sabtu, 19 Oktober 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : HIATUS HERNIA


Assalamualaikum.

Hasil OGDS Scope tempohari menunjukkan adanya gastrik dan Hiatus Hernia atau Hiatal Hernia. Pertama kali dengar pasal Hiatus Hernia. Terpaksa google untuk cari jawapan. Kebanyakan hasil carian yang ada adalah dalam Bahasa Indonesia dan English. Lalu aku cuba translate kan.


Pic google


Apa itu HIATUS HERNIA
Hiatus Hernia adalah keadaan di mana bahagian atas perut memasuki rongga dada. Perut yang sepatutnya berada di rongga abdomen,menonjol ke atas melalui ruang di otot diafragma,iaitu otot yang memisahkan rongga dada dari rongga perut. Ianya biasa dialami oleh orang yang berumur lebih dari 50tahun di mana otot-otot di dalam badan mula lemah.

Jika bahagian yang menonjol tu kecik,ianya tidak bahaya,tapi jika besar,makanan dan asid perut boleh kembali ke kerongkong yang menyebabkan rasa seperti terbakar di dada.

Punca HIATUS HERNIA
1. Ia berlaku kerana otot yang memisahkan rongga abdomen dan rongga thoracic, otot diafragma menjadi lemah dan menyebabkan sebahagian perut masuk ke rongga dada

Punca kelemahan diafragma tidak dapat dikenalpasti, namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku,seperti;
  • Tekanan kuat pada rongga perut yang berterusan seperti batuk kronik,sembelit atau kerap mengangkat benda berat.
  • Kecederaan pada diafragma yang berlaku akibat trauma atau kesan prosedur pembedahan tertentu.
  • Hamil.
  • Penyakit yang menyebabkan pengumpulan cecair perut (ascites) seperti sirosis.
  • Diabetis
  • Dilahirkan dengan keadaan jurang dalam diafragma yang besar.


Disamping itu,faktor-faktor yang menyumbang peningkatan risiko Hiatal Hernia termasuklah mereka yang berusia 50tahun ke atas, kegemukan dan perokok.

Pic google


Simptom HIATUS HERNIA
Hiatus Hernia yang kecil biasanya tidak menunjukan sebarang gejala. Simptom atau gejala akan timbul apabila Hiatus Hernia membesar dan menyebabkan asid perut naik ke kerongkong. 

Antara gejala-gejalanya ialah;
  1. Pedih hulu hati (rasa terbakar di dada)
  2. Kerap sendawa
  3. Rasa pahit atau masam dalam tekak
  4. Sukar menelan
  5. Sesak nafas
  6. Muntah yang berwarna merah atau hitam seperti kopi( jika ini berlaku ia menunjukkan terdapat pendarahan di saluran pencernaan dan harus dirawat dengan segera)

Diagnosis HIATUS HERNIA
Beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan Hiatus Hernia seperti;
  • X-ray saluran pencernaan atas atau OMD X-ray - untuk mengetahui keadaan esophagus, perut dan usus atas dengan lebih jelas.
  • Gastroscopy atau Gastrointestinal atas untuk melihat keadaan esofagus dan perut dari mulut dan sebarang keradangan.
  • Manometri Esofugus, untuk mengukir kekuatan dan koordinasi otot esofagus apabila menelan.
  • Ujian pengukuran tahap asid, untuk mengukur tahap asud dalam esofagus.
  • Ujian pengosongan perut/gastrik, untuk mengukur tempoh makanan meninggalkan perut.

Rawatan HIATUS HERNIA
Hiatus Hernia yang tidak menimbulkan gejala boleh sembuh tanpa rawatan. Rawatan sederhana boleh dilakukan dirumah bagi Hiatus Hernia tahap ringan seperti;
  • Berhenti merokok
  • Kawal berat badan
  • Makan dengan lebih kerap dengan kuantiti yang kecil
  • Jangan berbaring selepas makan sekurang-kurangnya 2-3jam selepas makan.
  • Gunakan batal yang lebih tinggi
  • Kurangkan makanan pedas,minuman kopi, alkohol, coklat dan tomato.
  • Jangan pakai pakaian yang atau tali pinggang yang terlalu ketat yang boleh memberi tekanan pada perut.

Jiia tiada pengurangan, berjumpalah doktor atau pakar gastroenterolgi. Sekiranya keadaan bertambah serius prosedur pembedahan untuk menggembalikan perut ke rongga perut dan mengembalikan jurang diafragma.

Komplikasi HIATUS HERNIA
Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh mencetuskan keradangan atau kecederaan, samada di lapisan esofagus atau perut dan boleh menyebabkan pendarahan di saluran penghadaman.


Sumber di terjemahkan dan credit kepada https://www.alodokter.com/hernia-hiatus

Jumaat, 18 Oktober 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #9 RESULT OGDS

Assalamualaikum

Semalam tak habis cerita. Serius rasa tak selesa. So aku sambung harini. Mula dipanggil buat scope dalam pukul 8.30pagi. Lepas siap semua, aku tunggu la kat luar dari pukul 9 sampai 10.30. Untuk tunggu laporan.

Nama dipanggil dan staf serahkan balik surat rujukan beserta gambar, slip untuk ambil ubat kat farmasi dan dia minta aku kembali ke bangunan J3,Pejabat Hasil untuk daftar keluar.

Masuk ke Pejabat Hasil dan serahkan surat rujukan tadi.


Bil sebenar..tengoklah harganya ..tapi untuk aku adalah percuma.. nikmat apa lagi yang harus didustakan.. Alhamdulillah.

Keputusan dari OGDS scope. Ada gastrik dan Hiatus Hernia..(apa benda pulak ni??)

Keadaan dalam usus ke perut.. tiba-tiba aku rasa kesian tengok usus aku..selamani telan serba maknenek.. huhu

Selesai di Pejabat Hasil, terus ke Farmasi untuk ambik ubat. Orang tak ramai..dalam 5minit dah dapat ubat dan aku pun gerak balik.


Ini ubat gastrik.. kalau tak buat scope..memang taktaulah yang aku ada gastrik.

Kesan jolokan kamera masih terasa sampai sekarang.  Dapatlah mc untuk harini. Inilah perjalanan bariatrik aku. Alhamdulillah ..setakat ni Allah dah permudahkan segala-galanya.


Khamis, 17 Oktober 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #8 : OGDS ENDOSCOPY

Assalamualaikum

Harini appointment untuk buat scope OGDS endoscopy. Masa pergi HSB haritu, doktor cakap nanti staf Endo hospital lama (Hospital Alor Setar atau HAS) akan call.. tapi tak de pulak aku terima call. Mujur aku ada kawan kerja kat situ. Dia lah tunjukkan aku tempat dan aku start puasa dari pukul 7.30petang semalam.

Mula-mula sampai, kena pergi daftar dulu. Untuk hospital lama daftar kat Pejabat Hasil bangunan J3. Masuk dalam, ada security hulur kad nombor..dan tunggu.
Ambil nombor dan tunggu kaunter panggil.

Tunggulah staf dikaunter panggil nombor. 

Disebabkan aku kerja gomen, dapatlah free.

Unit Endoskopi Hospital Alor Setar

Serahkan surat rujukan dan stiker daftar kepada staf disitu dan tunggu doktor panggil untuk penerangan ringkas dan tandatangan surat.

Lepas tu, diberinya baju untuk pakai tutup bahagian depan. Nurse akan spray ubat kebas dalam tekak. Lepas tu baring mengiring atas katil.. part ni yang tak tahan.. termuntah-muntah angin aku..bagai dirobek-robek perut ni bila kamera dimasukkan. Rasanya macam korang jolokkan jari ke tekak..haa..itulah rasanya. Habis basah tudung aku dengan air liur. Huhu.. 

Macamnilah prosedurnya. Pic pinjam google.

Prosedur dalam 10minit..tapi rasa macam 1 jam. Air mata sama laju dengan air liur. Lepas siap semua, doktor suruh pergi tandas dulu kalau-kalau nak termuntah ke apa. Lepas tu, doktor suruh pergi makan ke apa dalam 15minit,datang balik. Takdenya aku pergi mana-mana..dah rasa nak demam pun ada. Duduk ajelah aku tunggu kat situ sampai dipanggil.

Apa resultnya? Sambung esok..


Rabu, 16 Oktober 2019

SCAMMER PAKEJ PELANCONGAN

Assalamualaikum.

Walaupun ini kes lama, tapi kita boleh ambik iktibar kerana dari info yang diperolehi, syarikat penipu ini masih aktif dengan menggunakan nama yang berbeza.


Serius xsangka aku sndri kene tipu dgn sunrise atau west legasy marketing kt plaza angsana hri tu mse kt jom heboh johor.. diorang jual voucer bernilai rm998..dpt free hotel 4hari 3mlm, 3hari2mlm & 2hari1mlm..  aku dh beli.. bila nk cll or nk book.. semua no fon diberi xdpt cll. last skali buka2 website tjumpa rupanya rmai kne tipu dgn diorang.. mne nk pk tipu sbb dlm plaza angsana.. thnks kpd sorang org tua tu bercakap smpai kluar air liur rupanya tipu duit org.. aku ngn ank2 ssah pgg ank g amek duit nk byr rm998 tu.. last skali hri ni aku dpt thu yg aku kne tipu.. malang betul nasib.. so, just nk bgtau klau ade promo2 mcm ni jgn la caye wlaupon diorang promote dlm shopping mall..




Untuk cerita penuh, KLIK SINI









Rasanya, zaman serba moden sekarang, tak perlu lah kita bergantung dengan pakej-pakej sebegini melainkan kita yakin syarikat agensi pelancongan itu adalah berlesen,terjamin dan tempat yang kita nak pergi tu agak sukar kalau kita nak pergi sendiri. 

Pilihan ditangan anda.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...