Rabu, 2 Oktober 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #6 - TCA TARIKH UJIAN SARINGAN

Assalamualaikum

Semalam 01.10.2019, aku ke HSB untuk temujanji pertama dengan Klinik Perubatan- Sub Pakar selepas seminggu buat ujian darah.

Temujanji pukul 2. Aku pulak tak sempat makan pun dari pagi, sebab meeting meleret sampai pukul 1..itu pun mintak excuse lah nak keluar. Kalau tak pukul berapalah aku nak sampai hospital.



Sampai kat sana pukul 1.30 lebih kurang. Nampak aje staf duduk kat kaunter,terus beratur ambil nombor. Pukul 2.15 macam tu..nombor dipanggil ke bilik 129. Kat sana,ambil berat dan blood preasure. Tunggu lagi. Dalam pukul 2.30, baru dapat jumpa doktor di Klinik Endocrine (klinik ni dalam klinik Perubatan-Sub Pakar).

Alhamdulillah..dapat doktor yang sangat membantu. Mula-mula pun berkerut juga dahi dia fikir apa nak buat..agaknya .. dia belum pernah terima kes seperti aku. Oleh sebab tarikh appoinment dengan HRPB 12.12.2019, maka diaturnya aku untuk buat ujian saringan dengan kadar yang paling cepat. Thanks a lot to Dr.S.Seetha Devi.

Kesana kesini dia nak uruskan. Ok..perkara pertama diberinya aku surat rujukan dan tarikh untuk buat Ujian Scope..tapi bukan di HSB..aku kena ke Hospital Alor Setar yang lama. 

Tarikhnya 17.10.2019

Aku juga dibagi tarikh untuk ujian Darah. Aku cakaplah,minggu lepas dah buat. Dia kata,buat lain lah sebab nak jumpa pakar kat HRPB bulan 12..takkan nak lakai darah bulan 9. Adui.. lebam haritu pun tak hilang lagi.. 


Selesai di sini lebih kurang pukul 3.15. Sebelum beredar aku minta time slip kat dia..dengan mudahnya dia bagi. Bagus betul doktor ni. Penerangan dia bagi pun sangat clear.

Perkara ke-2 aku kena buat lepas jumpa dia..adalah ke Klinik ENT untuk ambik tarikh Ujian Sleep Study.

Bawak je surat rujukan yang ke kaunter tu.

Hulur surat ni. Tak sampai 5minit dah dapat tarikh.
Tarikhnya 14.10.2019

Lepas tu ..aku terus ke tempat X-RAY untuk dapatkan tarikh bagi Ujian Ultrasound pulak di tingkat bawah.

Terus aku ke kaunter dan bagitau doktor klinik perubatan suruh datang untuk ambik tarikh ultrasound. Staf kat situ minta kad pesakit untuk dia check.

Yang ni pun tak lama.. dalam 10minit macam tu,dah dipanggil untuk diberi surat rujukan ni. Tarikhnya 10.11.2019

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku hari ni.. selesai semua harini dalam pukul 3.50petang. Sampai rumah dah pukul 4 lebih..barulah aku jamah nasi..

Allahu..menggigil tangan punya lapar.. dan aku minta time slip ajelah sebab pagi aku kerja.keluar ..ok..itu ajelah catatan bariatrik harini.. tunggulah sambungannya nanti.





1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...