Selasa, 15 Oktober 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #7 : TCA SLEEP TEST

Assalamualaikum.


Semalam 14 Oktober, tarikh untuk jumpa doktor untuk ujian tidur atau sleep test. Waktu temujanji pukul 9pagi. Sampai di HSB pukul 8.15..berpusing-pusing cari parking. Pukul 9 baru dapat, itu pun memang Allah nak permudahkan. Cepat-cepat lari ke klinik.



11.30 baru nombor dipanggil dan jumpa doktor bilik 81..soal jawab pasal tidur, pasal lain-lain berkaitan tidur,pernafasan dan tekak. Doktor bagitau,kalau nak proceed sleep test di HSB, paling cepat bulan 3, sedangkan aku nak kena jumpa pakar di HRPB 12hb12 ni.. so doktor ni bagi pilihan samada nak buat di hospital lama atau private. Kalau nak buat dihospital lama, dia risau takut waiting list panjang. Kata dia, kalau guna private bayaran dalam RM130-RM150. Ok aje harga tu pada aku. So nurse tolong dapatkan syarikat private untuk aku. Katanya tunggu wakil syarikat tu call. Test tu boleh buat dirumah.

So oklah.. dan lepas tu, doktor  check tekak dan telinga.
Pic google..check telinga macamni..tapi doktor tegur aku..jangan kerap korek telinga,telinga aku bersih..maunya tak bersih..2hari sekali aku korek..kalau tak korek aku rasa macam tahi telinga lekat kat tudung.huhu

Lepas tu doktor suruh tunggu kat bilik 86 untuk test hidung. Bab ni,berair jugaklah airmata aku. Sebabnya, nurse praktikal pam ubat dalam hidung..dia nak buat pun takut-takut..pam pun sikit sangat. Bila doktor datang sumbat kamera..pedihnya ya rabbi..sabor ajelaa.

Lebihkurang macamnilah..pic google

Lepas tu, aku dan doktor balik ke bilik 81 balik. Bagi tarikh untuk ambil laporan 17hb 11 ni. Dan doktor juga bagi ubat sebab hidung aku selalu gatal-gatal..bersin..biasalah resdung.

Lepas setttle dengan doktor,turun pergi farmasi pulak. Pukul 1 baru selesai semuanya..berkeroncong perut menahan lapar tak makan apa-apa dari pagi.

Ubat untuk titik dalam hidung 2 kali sehari dan ubat makan bila perlu.

Dan sekarang aku tunggu syarikat private tu call untuk set tarikh buat sleep test. Panjang lagi perjalanan bariatrik aku. Untuk harini, aku minta mc 1 hari. Yelah..dari pukul 9pagi..pukul 1petang baru selesai. Takkan nak aply cuti tahun pulak..rugi aku.


Bersambung..

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...