Assalamualaikum.
Hasil OGDS Scope tempohari menunjukkan adanya gastrik dan Hiatus Hernia atau Hiatal Hernia. Pertama kali dengar pasal Hiatus Hernia. Terpaksa google untuk cari jawapan. Kebanyakan hasil carian yang ada adalah dalam Bahasa Indonesia dan English. Lalu aku cuba translate kan.
Pic google
Apa itu HIATUS HERNIA
Hiatus Hernia adalah keadaan di mana bahagian atas perut memasuki rongga dada. Perut yang sepatutnya berada di rongga abdomen,menonjol ke atas melalui ruang di otot diafragma,iaitu otot yang memisahkan rongga dada dari rongga perut. Ianya biasa dialami oleh orang yang berumur lebih dari 50tahun di mana otot-otot di dalam badan mula lemah.
Jika bahagian yang menonjol tu kecik,ianya tidak bahaya,tapi jika besar,makanan dan asid perut boleh kembali ke kerongkong yang menyebabkan rasa seperti terbakar di dada.
Punca HIATUS HERNIA
1. Ia berlaku kerana otot yang memisahkan rongga abdomen dan rongga thoracic, otot diafragma menjadi lemah dan menyebabkan sebahagian perut masuk ke rongga dada
Punca kelemahan diafragma tidak dapat dikenalpasti, namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku,seperti;
- Tekanan kuat pada rongga perut yang berterusan seperti batuk kronik,sembelit atau kerap mengangkat benda berat.
- Kecederaan pada diafragma yang berlaku akibat trauma atau kesan prosedur pembedahan tertentu.
- Hamil.
- Penyakit yang menyebabkan pengumpulan cecair perut (ascites) seperti sirosis.
- Diabetis
- Dilahirkan dengan keadaan jurang dalam diafragma yang besar.
Disamping itu,faktor-faktor yang menyumbang peningkatan risiko Hiatal Hernia termasuklah mereka yang berusia 50tahun ke atas, kegemukan dan perokok.
Pic google
Simptom HIATUS HERNIA
Hiatus Hernia yang kecil biasanya tidak menunjukan sebarang gejala. Simptom atau gejala akan timbul apabila Hiatus Hernia membesar dan menyebabkan asid perut naik ke kerongkong.
Antara gejala-gejalanya ialah;
- Pedih hulu hati (rasa terbakar di dada)
- Kerap sendawa
- Rasa pahit atau masam dalam tekak
- Sukar menelan
- Sesak nafas
- Muntah yang berwarna merah atau hitam seperti kopi( jika ini berlaku ia menunjukkan terdapat pendarahan di saluran pencernaan dan harus dirawat dengan segera)
Diagnosis HIATUS HERNIA
Beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan Hiatus Hernia seperti;
- X-ray saluran pencernaan atas atau OMD X-ray - untuk mengetahui keadaan esophagus, perut dan usus atas dengan lebih jelas.
- Gastroscopy atau Gastrointestinal atas untuk melihat keadaan esofagus dan perut dari mulut dan sebarang keradangan.
- Manometri Esofugus, untuk mengukir kekuatan dan koordinasi otot esofagus apabila menelan.
- Ujian pengukuran tahap asid, untuk mengukur tahap asud dalam esofagus.
- Ujian pengosongan perut/gastrik, untuk mengukur tempoh makanan meninggalkan perut.
Rawatan HIATUS HERNIA
Hiatus Hernia yang tidak menimbulkan gejala boleh sembuh tanpa rawatan. Rawatan sederhana boleh dilakukan dirumah bagi Hiatus Hernia tahap ringan seperti;
- Berhenti merokok
- Kawal berat badan
- Makan dengan lebih kerap dengan kuantiti yang kecil
- Jangan berbaring selepas makan sekurang-kurangnya 2-3jam selepas makan.
- Gunakan batal yang lebih tinggi
- Kurangkan makanan pedas,minuman kopi, alkohol, coklat dan tomato.
- Jangan pakai pakaian yang atau tali pinggang yang terlalu ketat yang boleh memberi tekanan pada perut.
Jiia tiada pengurangan, berjumpalah doktor atau pakar gastroenterolgi. Sekiranya keadaan bertambah serius prosedur pembedahan untuk menggembalikan perut ke rongga perut dan mengembalikan jurang diafragma.
Komplikasi HIATUS HERNIA
Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh mencetuskan keradangan atau kecederaan, samada di lapisan esofagus atau perut dan boleh menyebabkan pendarahan di saluran penghadaman.
Sumber di terjemahkan dan credit kepada https://www.alodokter.com/hernia-hiatus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!