Hari ini aku terbaca 1 artikel mengenai pengiraan kalori. Jadi,aku nak kongsikan dengan semua. Sebabnya dietition yang minta aku minum susu Ensure sebagai persediaan untuk bariattic surgery,maka artikel ini sangat berguna.
Ini yang aku borong...sebenarnya ada lagi 2 kotak tak ada dalam gambar..beli di shoppee
*****
CALORIE CALCULATION FOR DUMMIES (LIKE ME)
Dah pukul 6 lebih, tapi masih di wad tak balik lagi. Asar pun belum lagi. Hidup yang sentiasa stres. Memang rasa nak hantuk kepala ke dinding! Rasa nak baling komputer atas meja tu pun ada. Haih! Tengah duduk mengomel seorang diri tu, tiba-tiba datang seorang staff nurse bertanya,
“Doktor, boleh tolong ajar macam mana nak bagi susu ni? Tadi doktor tu tulis plan, suruh bagi half-requirement. Ada dia bagi tahu, tapi dia cakap laju sangat tadi. Saya tak faham.”
Saya renung lama Ensure Gold atas meja tu. Rasa nak ambil tin tu, baling ke dinding juga. Ikutkan pangkat, saya berhak untuk buat dan kata apa saja. Bukan dia boleh jawab balik pun. Dia kan orang bawahan saya? Tapi ye la, kita ni masih berfikiran waras. Punya iman, hati dan perasaan.
“Meh sini kertas."
πππππ
"Mula-mula awak kena faham macam mana kira kalori tu. Pengiraan dia kompleks sebenarnya. Sebab kalau bab nutrition ni, kita kena kira protein, nitrogen, karbohidrat, lemak semua tu. Jadi ni saya bagitau cara mudah je. Untuk senang kita dua faham. Hanya untuk kira kalori. Akhirnya, awak cuma nak tahu macam mana nak bagi susu ni je kan?
Untuk orang sihat macam saya dan awak, kita perlukan purata 25-30 kcal/kg sehari. Untuk orang sakit, mungkin dalam 20-25 kcal/kg sehari. Benda ni boleh adjust, setiap orang dan pesakit berbeza, ikut plan doktor atau dietitian. Kalau pesakit malnourished, cachexic, kita takleh bagi banyak terus. Takut refeeding syndrome. Yang sihat pun sama. Kalau nak badan macam The Rock, kira dia lain. Nak kuruskan badan, kira pun lain.
Contoh mudah kita kira 25 kcal/kg.
Berat 60kg = 60 x 25 kcal/kg sehari = 1,500 kcal sehari.
Berat 70kg = 70 x 25 kcal/kg sehari = 1,750 kcal sehari.
Jadi, contoh berat awak 60kg. Berapa minimum requirement? Mana nak dapat kcal banyak tu?”
Dia tunjuk ke Ensure Gold tu.
“Apa pulaknya. Awak minum ke benda ni?”
Dia senyum, geleng kepala.
“Apa yang awak makan hari-hari la. Satu burger BigMac, 600kcal. Campur benda lain, cukup la keperluan sehari. Yang standardnya kita ni, terlebih. Tu yang gemuk boroi belaka. Lebihan kalori yang kita amik tu, badan kita akan simpan jadi lemak.
Jadi, pesakit pun sama. Cuma masalahnya, pesakit ni dia takde la nak makan BigMac hari-hari. Kebanyakannya, memang tak boleh makan. Sama ada arahan doktor suruh tak makan, atau penyakit itu sendiri yang menyebabkan tak boleh makan. Jadi kita ganti pengambilan kalori dan nutrisi tu dengan susu ni la. Faham?”
Dia angguk.
πππππ
“Ok, sekarang soalan awak. Macam mana nak kira.
Tengok kat tin ni. Dia tulis satu serving yang disyorkan ialah ‘6 scoops in 185ml’ bersamaan 262kcal. Lupakan yang 185ml tu. Kita kena tahu satu scoop tu berapa kcal. Setiap brand susu berbeza tapi dia tak jauh sangat sebenarnya.
6 scoops = 262 kcal
1 scoop = 43 kcal
Ingat. Setiap brand susu lain. Ensure Gold, 1 scoop 43 kcal. Enercal 60 kcal. Nutren Diabetik 36 kcal. Glucerna 45 kcal. Setiap brand susu, berbeza.
Untuk tujuan ni, kita pakai contoh Ensure Gold ni.
Biasa feeding kita bagi macam mana?
3-hourly kan? 6 kali sehari.
6am, 9am, 12pm, 3pm, 6pm, 9pm.
6 scoops (262 kcal) x 6 kali sehari = 1,572 kcal.
Ha, cukup tak requirement sehari yang kira atas tadi?
Berat 60kg = 60 x 25 kcal/kg sehari = 1,500 kcal sehari.
Cukup la kan?”
πππππ
“Soalan kedua, pasal ml tu? Berapa banyak air nak bancuh.
Air tu bergantung dengan pesakit. Ada yang bancuh dalam cawan dan minum. Ada yang kita kena bagi pakai NG tube atau PEG tube. Ikut citarasa masing-masing. Nak pekat atau nak cair. Tapi kalau yang NG tube feeding tu, biasa taknak la pekat sangat, nanti block.
Jadi, sebab tu, kita guna cara bancuhan mudah ni. Sama macam awak bancuh susu anak tu. 1 scoop = 1 oz. Owh, tak kahwin lagi, takde anak. Okay. Tapi kita biasa ikut yang ni la. Macam yang awak selalu tengok dietitian tulis dia punya step up feeding tu.
1 scoop = 50ml
2 scoops = 100ml
3 scoops = 150ml
4 scoops = 200ml
5 scoops = 250ml
6 scoops = 300ml
Macam saya cakap tadi, bancuhan air tu kita boleh adjust. Yang constant ialah scoop dan kalori dalam setiap scoop tu. Jadi, aim kita ialah full feeding. Terutamanya untuk pesakit yang memang tak boleh makan, pakai tube feeding, bergantung sepenuhnya dengan susu ni sebagai sumber kalori dan nutrisi.
Jadi, sebagai contoh: 6 scoops (262 kcal) in 300ml every 3 hour x 6 times per day.”
πππππ
“Sekarang, balik pada patient awak. Doktor kata bagi half-requirement je. Jadi, full requirement dia berapa? Kalau awak faham apa yang saya cerita tadi, cuba kira.
Nak mudah cerita, kita anggap berat dia sama. 60kg. Jadi, full requirement dia? Sama jugak la, kalau kita target 25 kcal/kg sehari.
1,572 kcal sehari.
Jadi half-requirement berapa? Bahagi dua je la.
1,572 kcal ÷ 2 = 786 kcal.
Patient awak ni boleh makan. Sebab tu doktor suruh half-requirement je. Kita nak suruh dia balik semula pada fitrah asal. Makan macam kita, macam orang sihat. Susu tu hanya top up, sebagai supplement. In case dia masih tak mampu makan banyak sangat.
Jadi 786 kcal. Macam mana nak bagi?
Terpulang pada awak la. Yang mana mudah untuk pesakit, yang mana mudah untuk kita.
Mula-mula, awak tentukan la nak suruh dia minum susu tu berapa kali sehari. Contoh, awak nak sama macam contoh pesakit yang 3-hourly feeding tu. Kena minum setiap 3 jam, 6 kali sehari.
786 kcal ÷ 6 kali minum setiap 3 jam = 131 kcal setiap 3 jam.
Ingat lagi kan, 1 scoop = 43 kcal?
Jadi, 131 kcal ÷ 43 kcal = 3 scoops.
Ikut formula bancuhan kat atas tadi, 3 scoops bancuh dalam 150ml.
Maka pesakit tu kena bancuh 3 scoops dalam 150ml dan minum setiap 3 jam sebanyak 6 kali sehari. Dapat la 786 kcal (half-requirement) yang awak nak tu.
Faham ke tak ni?”
πππππ
“Tapi patient awak ni boleh minum. Bukannya pakai NG tube. Kalau pakai NG tube pun, awak pun lelah nak kena bagi feeding setiap 3 jam kan?
Jadi, kita adjust la. Apa kata awak bagi dia minum 3 kali sehari je.
786 kcal ÷ 3 kali minum = 262 kcal setiap kali minum.
Jadi, 262 kcal ÷ 43 kcal = 6 scoops.
Ikut formula bancuhan kat atas tadi, 6 scoops bancuh dalam 300ml. Atau senang cerita satu cawan atau gelas. Dan kalau awak perasan, 262 kcal tu memang apa yang disyorkan kat tin ni. Dan ingat saya kata tadi, berapa banyak bancuhan air tu bergantung dengan citarasa masing-masing.
Maka arahan awak sepatutnya senang je la. 6 scoops dalam satu cawan atau gelas, minum 3 kali sehari.
6 scoops (262 kcal) x 3 kali sehari = 786 kcal.
Ha, dapat la half-requirement awak tu. Senang kan?
Faham? Ada soalan lagi?
Kalau takde, saya minta diri dulu. Nak gi solat Asar. Pastu saya nak gi hantuk kepala kat dinding.”
_________________________________
DISCLAIMER:
1) Ini bukan post untuk promote Ensure Gold. Tak dapat komisen pun. Saya yang keluar duit beli untuk minum sendiri ada la. Bukannya murah menatang ni. π
2) Kita sebenarnya tak sebut benda tu susu. Kita sebut ONS. Oral Nutrition Supplement. Tapi ye la, bahasa mudah untuk pesakit, supaya mudah faham. Susu. Tapi nama betul dia, kita sebut ONS.
- Dr. Aimir Ma'rof -
*****
Credit to Dr.Aimir Ma'rof
Susu ni boleh buat jadi gemuk ke.? Saya risau jadi gemuk je badan ni bila minum susu ni. Sy org yg aktif jogging dan workout. Ingat nak minum susu nutrisi ni.? Blh bntu x jwb ni.?
BalasPadamSusu ni sesuai untuk liquid diet.dalam kata lain..kita tak makan real food,tapi hanya jenis minum sahaja. Kalau dah makan real food, kita tak perlukan susu ni. Badan dah absorb zat n nutrisi dari real food. Pada sy,secara peribadi, tak perlulah susu ni kalau kita boleh dapatkan nutrisi dari real food
PadamBoleh tengok video ni. https://www.instagram.com/p/COfquF0jddx/?utm_medium=copy_link
Padam