Assalamualaikum.
Perkongsian dari FB page Cyber Crime Allert Royal Malaysia Police.
*****
Tipu Pinjaman Tak Wujud (PTW)
Modus operandi yang digunakan sindiket adalah:
1. Menawarkan pinjaman wang dengan prosedur mudah, cepat dan interest rendah. Kebiasaannya sindiket akan memancing mangsa yang blacklisted by bank atau terdesak perlukan wang segera.
Iklan-iklan ini biasanya pada media social, carian di internet atau whatsapp.
2. Berhubung secara atas talian. Sindiket akan meminta saspek memberi butiran pengenalan, dokumen dll hanya melalui whatsapp atau atas talian.
3. Sindiket akan memberikan dokumen perjanjian kononnya yang menyatakan jumlah pinjaman dan bayaran bulanan yang dikenakan.
4. Selepas mangsa bersetuju, sindiket akan meminta mangsa membuat pelbagai bayaran lain. Bayaran peguam, perkhidmatan, proses, cukai dll.
Biasanya sindiket akan berusaha menunjukkan simpati dan cuba membantu mangsa dengan mengurangkan jumlah yang perlu dibayar mangsa.
5. Sindiket juga akan menakutkan mangsa dengan amaran wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan jika mangsa ingin membatalkan urus niaga tersebut.
Mangsa yang takut kerugian akan berusaha untuk membayar wang tersebut sehingga mangsa gagal menghubungi sindiket.
-------------------------------------------------------------------
Admin kongsikan perbualan whatsapp antara mangsa dan sindiket.. Sebarkan mesej kasih sayang ini kepada rakan dan keluarga supaya tiada lagi yang menjadi mangsa.
#beSmart
#CyberCrimeAlert
#PinjamanTakWujud
#Tipu
#Scam
#PDRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!