Sabtu, 30 November 2019

SCAMMER : SAIFUDIN AKAUN HONG LEONG

Assalamualaikum

Menggunakan gambar bayi-bayi malang sebagai modal untuk meraih simpati. Berhati-hati dengan scammer bernama SAIFUDIN menggunakan Akaun Bank HONG LEONG : NO.AKAUN : 0285 115 0839.

Artikel ini pernah ditulis sebelum ini,tetapi scammer ni masih lagi aktif . SCAMMER : BIN SAIFUDIN AKAUN HONG LEONG






Kepada ibu bapa yang benar-benar perlukan bantuan kewangan dan ingin viralkan gambar anak masing-masing, pastikan setiap gambar dibuat watermark nama ibubapa dan nombor telefon. Jangan biarkan si SAIFUDIN ni mengaku itu anak dia..ramai betul anak dia berpenyakit,cacat dan malang.. harap-harap Allah makbulkan doa dia.

Hanat betul.

Jumaat, 29 November 2019

INFO KESIHATAN : DARAH

Assalamualaikum

Lagi perkongsian ilmu dari Prof.Dr.Imelda Balchin mengenai kesihatan wanita. 







Sains perubatan tentang darah dan darah haid.

Di dalam semua saluran darah di dalam badan, darah kita mengalir tanpa menjadi darah beku, atau blood clot. 

Di dalam darah, ada 

1) Sel darah merah yang membawa oxygen dari paru-paru ke seluruh badan. Bila membawa oksigen, sel darah merah berwarna merah cerah sebab kandungan oxy-haemoglobin yang tinggi. Selepas sel darah melepaskan oxygen kepada sel organ badan, warna sel darah merah bertukar menjadi merah gelap, seakan unggu kehitaman, sehingga sel darah merah dibawa semula ke paru-paru dan bercantum dengan oxygen baru, menambahkan kandungan oxy-haemoglobin dan menjadi merah cerah semula. 

2) Sel darah putih yang melawan semua kuman yang masuk ke dalam badan. Bila ada kuman bakteria masuk ke dalam kulit yang cedera, sel darah putih akan datang sepasukan melawan kuman-kuman bakteria dan menangkap kuman bakteria dalam kawalan serta mengasingkan kuman bakteria daripada bahagian badan yang lain. Inilah dia ‘nanah’. Selepas nanah dikeluarkan, dan tiada lagi nanah baru, kita tahu badan kita sudah mula sembuh dari jangkitan kuman bakteria. Nanah terjadi bukan sebab anda makan ayam atau telur, tetapi kemasukan kuman bakteria yang dilawan oleh sel darah putih. 

3) Sel platelet yang mengawas saluran darah. Jika ada pendarahan sebab berlakunya kecederaan, Sel platelet akan menjadi aktif dan membekukan darah di bahagian kecederaan untuk menghentikan pendarahan keluar dari badan. 

4) Coagulation factor: ini adalah protein yang mengalir di dalam darah. Ia hanya menjadi aktif dan berkerja dengan Sel platelet yang aktif untuk membekukan darah jika keluar dari saluran darah dengan tujuan menghentikan pendarahan daripada berterusan. 

Sila lihat gambar satu, supaya kita faham kenapa darah menjadi beku bila keluar dari badan. 

Sila lihat gambar dua. Semua darah yang diambil keluar daripada saluran darah atau badan akan menjadi pekat, pejal, dan berketul seperti di dalam gambar. 

Tetapi, bila kami doktor-doktor ambil darah pesakit untuk ujian darah di dalam tube seperti dalam gambar tiga, darah yang anda lihat keluar ke dalam tube tidak membeku, sebab di dalam tube itu sudah ada bahan pencair darah dengan tujuan mengelakkan darah daripada menjadi blood clot, supaya kita boleh membuat analisa darah. Apa yang anda lihat dalam tube semasa doktor ambil darah, bukanlah sifat semulajadi darah yang keluar dari badan, tetapi sifat darah yang dicampur ke dalam tube yang mengandungi bahan pencair darah, atau anti-coagulant. 

Sama juga bila anda memberi darah untuk blood donation atau menerima transfusi darah, beg darah itu mengandungi sedikit anti-coagulant untuk mencegah darah menjadi pejal seperti blood clot di luar badan, supaya boleh digunakan untuk transfusi kepada pesakit yang memerlukan darah. Sila lihat gambar 4. 

Jadi, sila janganlah panik atau risau bila lihat darah haid anda keluar dengan sedikit ketulan. Itu bukanlah sebab ada darah beku dalam rahim. Hanya selepas darah keluar dari rahim, sel platelet dan coagulation faktor di dalam darah menjadi aktif untuk memejalkan darah. Itulah sifat darah yang semulajadi bila keluar dari badan. Bukannya sebab darah anda kotor, atau ada penyakit. 

Jika darah haid menjadi perang atau kehitaman, itulah sifat semulajadi sel darah merah yang sudah tiada oxy-haemoglobin. Jadi janganlah kata darah haid ini kotor. Tiada kekotoran di situ.

Bilakah anda patut berjumpa doktor sakit puan atau doktor di klinik gynae? 

A) Jika haid anda berubah dan tidak teratur (irregular menstruation)
B)Jika ada pendarahan di antara haid (intermenstrual bleeding)
C) Jika haid terlalu banyak sehingga banyak ketulan dan mengganggu perkerjaan anda (menorrhagia) 
D) Jika tempoh pendarahan terlalu lama melebihi kebiasaan (prolonged bleeding)
E) Jika senggugut yang terlalu teruk sehingga mengganggu perkerjaan anda (dysmenorrhoea)
F) Jika ada pendarahan selepas menopos, walaupun sedikit (postmenopausal bleeding)
G) Jika keputihan yang biasa berubah menjadi warna hijau, kelabu, perang atau berbau hanyir atau menjadi terlalu banyak (abnormal vaginal discharge).

Selain daripada ini, jangan risau jika nampak ketulan darah dalam haid, atau warna darah haid warna perang. Tak payahlah ambil gambar dan hantar kepada penjual jamu. Macam-macam depa akan kata dan tunjuk dalam media sosial sebab nak suruh anda beli juga produk depa. 

Sekian, semoga pengetahuan ini bermanfaat untuk semua wanita.

Dr Imelda Balchin,
Pakar Kesihatan Wanita 

P/S: lagi satu saya nak cerita.
Kalau hangpa tengok drama dalam TV, kes hantu ka, kes pembunuhan kaa, drama hospital kaa, depa guna darah tipu, maka memang macam air merah sirap saja, yang tak menjadi pejal, tak menjadi ketulan blood clot dan warna tak menjadi merah gelap atau merah kehitaman seperti yang sepatutnya. Sebab inilah doktor selalu tergelak-gelak tengok drama macam ni.

Khamis, 28 November 2019

INFO KESIHATAN : LUKA DAN JAHITAN PEMBEDAHAN

Assalamualaikum.

Perkongsian ilmu daripada Prof.Dr.Imelda Balchin.



Ibu-ibu yang baru bersalin tanya saya, kenapa saya bagi nasihat kepada mereka tak payah pantang makan macam zaman dulu, dan kenapa saya bagi nasihat kepada mereka, tak payah bimbang tentang kegatalan pada jahitan mereka seperti zaman dulu.

1) Pertama saya beritahu ibu-ibu penerangan tentang jenis benang jahitan: 

Zaman dulu, doktor menggunakan benang catgut yang dibuat dari usus binatang. Nama sebenar catgut ialah ‘cattlegut’ yang didapati dari usus lembu atau kambing. Benang catgut ini mengambil masa yang lebih lama untuk larut dalam badan manusia dan menyebabkan lebih tindakbalas badan, seperti keradangan, kegatalan dan lebih lambat sembuh. 

Zaman sekarang, kami sudah tinggalkan benang catgut. Kami gunakan benang sintetik, bukan lagi benang usus binatang. Benang sintetik zaman sekarang lebih halus dan disalut antibakteria. Ini terbukti mengurangkan jangkitan bakteria, mengurangkan keradangan badan, mengurangkan kegatalan, lebih cepat larut dan luka lebih cepat sembuh. 

2) Kedua, saya beri penerangan tentang kaedah saya membuat jahitan: 

Doktor-doktor dan bidan-bidan zaman dulu selalu buat jahitan ‘Simple Interrupted ’ sutures (lihat gambar). Tetapi zaman sekarang, sebagai seorang Pakar Perunding yang mengajar doktor-doktor muda dan bidan-bidan, saya sentiasa menggalakkan mereka semua berhenti membuat jahitan cara lama pada koyakan ibu atau jahitan episiotomy dan ubah kepada jahitan ‘Continuous Subcuticular’ sutures. Jika mereka sudah belajar cara jahitan lama dari doktor dulu-dulu, saya menggalakkan mereka ubah amalan mereka dan belajar cara jahitan yang terbukti lebih baik.  

Kaedah ‘Continuous Subcuticular’ ini terbukti mengurangkan kesakitan ibu selepas bersalin, sebab benangnya tersembunyi dan larut di bawah kulit ibu, bukan di atas dan di dalam kulit ibu. Kulit ada deria sakit dan ibu akan tidak selesa dan lebih lagi meminta ubat tahan sakit selepas jahitan kaedah ‘Simple Interrupted’. 

Kaedah ‘Continuous Subcuticular’ juga terbukti mengurangkan ibu mengadu sakit bila membuat hubungan kelamin bersama suami 90 hari selepas bersalin bila dibandingkan dengan kaedah jahitan ’Simple Interrupted’. 

Selain dari itu, untuk kaedah ‘Simple Interrupted’ terdapat simpul benang (knots) di luar kulit badan. Tidak hairanlah ibu-ibu akan rasa sakit atau tidak selesa bila cuba duduk di atas simpul (knots) sebab koyakan kulit di bahagian bawah faraj itu ialah juga kawasan kulit yang tertekan atas kerusi bila kita duduk atas kerusi. Nak jalan pun sakit, nak duduk pun sakit.

Untuk kaedah ‘Continuous subcuticular’, hanya ada dua simpul benang yang di buat di bawah kulit dan berakhir di dalam vagina, maka tiada simpul benang di bahagian kulit yang duduk di atas kerusi. 

3) Ketiga, saya beritahu ibu, supaya luka cepat sembuh, jangan pantang makanan berkhasiat. Ambil lah cukup protein seperti telur, ikan, ayam daging. Makanan ini tidak menyebabkan nanah. Apa yang menyebabkan nanah ialah jangkitan bakteria kepada luka. Saya bagi nasihat kebersihan tangan itu penting sebelum menyentuh luka. Saya bagi nasihat tukar pad wanita dengan kerap setiap hari supaya kawasan luka cepat kering. Saya bagi nasihat jika ada tanda jangkitan bakteria, kami akan beri antibiotik, maka jangan pantang makanan berprotein yang diperlukan untuk kesembuhan luka. 

4) Keempat, saya jelaskan jangan pantang makanan berprotein dan makanan berkhasiat sebab ini penting untuk membuat susu ibu yang berkualiti. 

5) Kelima, saya bagi nasihat kesihatan jangkamasa panjang, pantanglah seumur hidup makanan yang tidak berkhasiat yang memudaratkan kesihatan anda seperti makanan segera (jangan dok bangga sangat kata anda tak pantang makan Burger selepas bersalin - itu bukan langkah yang cerdik), seperti makanan yang tinggi kandungan garam, makanan yang tinggi kandungan gula. Makanan Hospital itulah lebih berkhasiat. Jangan buang makanan Hospital lepas tu pi beli makan burger šŸ”- sungguh laa tak cerdik. 

6) Keenam, saya bagi nasihat makanlah makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan sebab inilah milkbooster semulajadi yang terbukti terbaik selain dari mencegah sembelit. 

7) Ketujuh, saya bagi penerangan minum air dengan cukup 2-3 Liter sehari untuk membuat susu ibu dan supaya tidak sembelit. Zaman dulu saja ibu-ibu boleh dapat becak dan faraj berair jika minum banyak sebab hanya zaman dulu ibu boleh dapat masalah koyakan teruk Obstetrik fistula yang tidak diperbaiki bila bersalin di rumah tanpa bantuan bidan bertauliah atau doktor perubatan. Zaman sekarang tiada lagi masalah koyakan Obstetrik fistula sebab kami tak benarkan ibu teran terlalu lama dan kami bantu ibu bersalin. 

8)Akhir sekali, pantanglah makanan yang anda memang ada alahan. Bukan semua orang ada alahan kepada makanan tertentu. Bukan semua orang ada alahan kepada jenis makanan yang sama. Jadi berhentilah suruh orang lain pantang makan makanan berkhasiat jika anda seorang saja yang ada masalah makan makanan itu. Kalau hang tak suka, hang pantang laa sorang. Orang lain tak ada masalah makan laksa, tak payahlah dok sekat orang lain makan laksa. 

Jangan ketinggalan zaman. Ubah amalan kepada apa yang lebih baik. Sekian, terimakasih. 

Dr Imelda Balchin 
Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology,
Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine,
KPJ Damansara Specialist Hospital.

Rabu, 27 November 2019

INFO KESIHATAN : MENJARAKAN KEHAMILAN

Assalamualaikum.

Info kesihatan dari Pakar Ibu Hamil dan Janin, Prof.Dr.Imelda Balchin.



Selepas bersalin, rahim mengecut. Semasa menyusu, rahim mengecut lagi cepat. Tetapi ibu yang kehilangan bayi yang meninggal dunia selepas bersalin, rahim ibu akan mengecut juga tanpa penyusuan bayi. Selepas keguguran, rahim akan mengecut juga tanpa penyusuan bayi. Tak payah berpantang, tak payah bertunku pun, rahim akan mengecut juga selepas bersalin dan selepas keguguran. 

Jika anda terhamil semasa menyusukan anak, rahim anda tidak akan mengecut semasa hamil. Anda tidak akan gugur disebabkan oleh masih lagi menyusu, sebab, semasa hamil ada corpus luteum cyst di dalam ovari pada awal kehamilan dan kemudiannya ada uri placenta yang kedua-duanya berfungsi membuat hormon progesterone yang menampung kehamilan anda. Itulah perbezaannya di antara penyusuan selepas bersalin dan penyusuan bila hamil. 

Semasa hamil ada progesterone, selepas bersalin tiada progesterone. Hangpa kena faham sains fisiologi manusia sebelum bagi nasihat yang menakutkan ibu-ibu hamil. Jangan menakutkan ibu dengan kenyataan kalau masih menyusu semasa hamil dia akan gugur. Itu ialah kenyataan yang tidak betul. 

Penyusuan ibu boleh merangsangkan sedikit pengeluaran hormon oxytocin tetapi ini tidak menggugurkan kehamilan. Jika kita berikan oxytocin berdos tinggi saja untuk tujuan menggugurkan kandungan di trimester pertama dan kedua kehamilan pun kita tak akan berjaya, sebab itulah doktor Gynae tidak menggunakan IV oxytocin drip sebagai kaedah induce labour atau menggugurkan kandungan pada awal atau pertengahan kehamilan. 

Oxytocin secara IV drip hanya boleh berjaya untuk induce labour selepas kita pecahkan air ketuban apabila janin sudah matang atau hampir matang, sebab receptor oxytocin di dalam sel-sel rahim tidak bertindakbalas terhadap hormon oxytocin sehingga kehamilan yang sudah matang atau hampir matang. Walaupun kehamilan sudah matang, kalau oxytocin IV drip ini diberikan tanpa memecahkan air ketuban dulu pun ia tidak berkesan untuk induce labour. 

Jika ada janin yang meninggal dunia di dalam rahim pada awal atau pertengahan kehamilan, doktor tidak akan berjaya induce labour dengan menggunakan hormon oxytocin sahaja maka kami tidak menggunakan kaedah ini. Jadi sila tambahkan ilmu pengetahuan anda tentang penyusuan dan oxytocin, dan janganlah kata penyusuan anak boleh menggugurkan kehamilan.

Apa yang menyebabkan masalah kelahiran pramatang dan masalah pembesaran janin ialah JARAK DI ANTARA KELAHIRAN yang kurang dari 18 bulan. Bukan sebab masih menyusukan anak. Penyusuan anak itu hanya confounding factor. Kalau tak faham apa dia confounding factor, sila skrol ke penulisan saya hat semalam. Saya sudah terangkan sebelum ini apakah maknanya confounding factor. Walaupun tidak menyusukan anak, jika anda tidak menjarakkan tempoh masa di antara dua kelahiran melebihi 18 bulan, ada lebih risiko kelahiran pramatang atau masalah pembesaran janin (iaitu small for gestational age). 

Jadi, apa yang terbaik untuk kesihatan anak untuk kehamilan yang berikutnya ialah menjarakkan tempoh masa di antara dua kelahiran supaya melebihi 18 bulan, dan usia di antara dua orang anak adalah melebihi 18 bulan. Terutama sekali jika anda mahukan kejayaan bersalin secara normal selepas pembedahan Caesar. 

Kajian perubatan telah menunjukkan jika ibu bersalin secara pembedahan Caesar dan kemudian bersalin semula dalam masa 18 bulan selepas pembedahan Caesar, 

1) Kejayaannya bersalin secara normal (VBAC) adalah kurang baik jika dibandingkan dengan ibu yang bersalin lebih dari tempoh 18 bulan selepas pembedahan Caesar. 

2) Risiko rahim pecah semasa bersalin adalah 3-4 kali ganda lebih tinggi lagi bila dibandingkan dengan ibu yang berjaya menjarakkan tempoh masa bersalin melebihi 18 bulan selepas pembedahan Caesar. Dengan maklumat ini, ramai doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani pembedahan Caesar jika anda tidak berjaya menjarakkan kehamilan anda supaya tidak bersalin dalam tempoh 18 bulan selepas pembedahan Caesar yang lepas. 

Jadi, anda semua sudah dapat maklumat ini dan tahu apa nak buat. Pilih lah apa yang terbaik untuk kesihatan ibu dan anak. Merancanglah keluarga anda. 

Terimakasih

Dr Imelda Balchin 
Pakar Kesihatan Wanita
Consultant Obstetrics & Gynaecology
Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine
KPJ Damansara Specialist Hospital

Selasa, 26 November 2019

INFO KESIHATAN : PANTANG IBU BERPANTANG

Assalamualaikum

Info menarik ini dikongsikan dari catatan doktor pakar yang memang betul-betul pakar. Tak perlu dinafikan apalagi dipertikaikan. Beliau ialah Prof.Dr.Imelda Balchin. 


Soalan:
“Doc, bagaimana cara berpantang terbaik selepas bersalin?”

Jawapan saya:
1) Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua ahli keluarga serumah berhenti merokok. 

2) Pantang minum alcohol dalam masa dua jam sebelum ibu menyusukan bayi.

3) Pantang makan makanan yang ibu memang ada alahan. Kalau tak ada alahan, tak payah pantang makanan berkhasiat.

4) Pantang makan ikan besar laut dalam yang tinggi kandungan mercury, seperti ikan jerung, ikan cod, swordfish, tuna, marlin, king mackerel.

5) Pantang menghadkan ibu minum air - Boleh minum 2-3 litre sehari, tidak kira sejuk, suam, panas atau berais.

6) Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum terlalu banyak gula, Pantang makan makanan berproses.

7) Pantang makan ubat kurus.

8)Pantang membuat sex, sehingga darah nifas kering. Pantang menggunakan tampon, Pantang meruang atau meletak apa produk dalam vagina. 

9) Untuk wanita Islam, pantang solat dan berpuasa sehingga darah nifas kering. 

10) Pantang mengangkat berat melainkan mengangkat bayi anda sendiri. 

11)Pantang memandu kereta sehingga anda boleh tekan brek kecemasan dengan serta-merta tanpa rasa sakit. 

12)Pantang sentuh luka tanpa membasuh tangan dan tanpa menjaga kebersihan tangan. Tak payah pantang makan untuk menjaga luka. 

13)Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Pantang tak mandi. 

14) Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. 

15) Pantang merawat diri sendiri jika ada pendarahan banyak, rasa nak pitam, muntah-muntah atau sakit kepala, demam, sakit perut, lendir dari vagina yang berbau, masalah pernafasan, kaki menjadi bengkak merah atau sakit, masalah emosi - Sila berjumpa dengan doktor di klinik. Jangan tanya di media sosial dan jangan PM doktor di media sosial. 

16) Pantang tidak berjalan dan tidak membenarkan pengaliran darah dengan berjalan. 

17) Pantang stress tentang apa kata orang. 
Anda ialah seorang ibu tidak kira kaedah anda bersalin, tidak kira berapa lama anda bersalin.

18) Jangan benarkan ramai-ramai orang datang mengunjung. Siapa nak datang tunggu selepas masa berpantang. 
Anda perlu masa untuk menyusukan anak dan masa untuk rehat bila bayi tidur. 

19)Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. 

20) Pantang pil oestrogen jika menyusukan bayi. Pantang beli ubat-ubat sendiri semasa menyusukan bayi tanpa nasihat doktor. 

21) Pantang Penerbangan jarak jauh (4 jam atau lebih) pada 6 minggu pertama selepas bersalin. 

22) Pantang bagi bayi makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula untuk bayi. 

23) Pantang suruh ibu pantang makanan berkhasiat jika bayi kuning jaundice. 

24) Pantang tertidur bersama bayi. Sudah banyak kes kematian bayi akibat ibu tertidur atas bayi. 

25) Pantang bayi tidur meniarap. 

26) Pantang minta pendapat perubatan di media sosial. Pantang bertanya masalah perubatan anda dan bayi anda di laman saya. Pantang hantar PM di Facebook doktor untuk bertanya masalah kesihatan anda atau bayi anda. Sila berjumpa doktor di klinik untuk apa-apa masalah kesihatan diri sendiri atau bayi. 

27) Pantang membuli ibu-ibu yang baru bersalin mengikut Pantang tradisi jika ibu memilih mengikut nasihat perubatan dan nasihat kesihatan dari doktor. Pantang memaksa ibu-ibu beli jamu. 

Makanan berkhasiat lain tak payah pun pantang. Dah cukup dah tu semua, tak payah bagi ibu stress!

Dr Imelda Balchin
Consultant Obstetrics & Gynaecology
Subspecialist in Maternal and Fetal Medicine 

Last sekali. Saya pantang orang panggil saya pakar perbidanan. Bidan tu midwife. Saya bukan midwife. Saya doktor Obstetrics & Gynaecology. Perbidanan dan Obstetrics itu tidak sama. Siapakah lagi pakar perbidanan kalau bukan bidan bertauliah itu sendiri. Jangan kata orang yang bukan bidan tu doktor bidan melainkan beliau ialah bidan bertauliah yang ada PhD . Jangan kata tukang urut itu bidan dan jangan kata confinement ladies itu bidan. Tukang urut dan confinement ladies tu pun bukan midwife dan bukan bidan bertauliah. Terimakasih.

Isnin, 25 November 2019

MULIANYA HATIMU

Assalamualaikum

Rentetan kisah Ustaz Abdullah Khairi semalam. Nampaknya pihak yang terlibat telah mengambil tindakan.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
.

Saya Abdullah Kadir merupakan seorang OKU fizikal. Saya kehilangan tangan kanan selepas kemalangan pada 26 Mac 2018 yang lalu. Saya lebih sensitif dan mudah terbawa perasaan setelah menjadi OKU.
.

Terlebih dahulu saya ingin membuat kenyataan bahawa tujuan utama coretan berkenaan kaunter OKU di Aeon Mall adalah sebagai wadah kesedaran kepada masyarakat kita. Perlunya masyarakat mencelik mata dan memahami hak-hak keistimewaan golongan OKU yang kian disalah guna dan diabaikan mutakhir ini.
.

Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada staf berkenaan kerana tulisan saya barangkali menjadi tekanan buat dirinya. Ketahuilah bahawa teguran ini daripada Allah bukan untuk saudari sahaja tetapi untuk semua manusia. Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran agar berbuat baik sesama manusia apatah lagi terhadap golongan OKU.
.

Pada kesempatan ini, saya merayu pihak Aeon Mall agar memaafkan dan memberi peluang kepada staf berkenaan. Saya sendiri tulus dan ikhlas memaafkan dan berdoa agar peristiwa ini menjadi asbab kebaikan dirinya. Saya merayu dan memohon diberikan peluang kepada staf berkenaan untuk terus berkhidmat di sana tanpa sebarang tindakan. Sesiapa sahaja pasti tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Saya amat berbesar hati andainya diri saya menjadi satu titik kesedaran kepada umat manusia.
.

#coretan
#oku


Ahad, 24 November 2019

BILA MANUSIA HILANG KEMANUSIAAN

Assalamualaikum.

Perkongsian ini untuk membuka mata semua pihak. Jangan terlalu mengejar untung hingga hak OKU diabaikan. 

Seorang ustaz, Abdullah Kadir,kehilangan tangan kanan akibat kemalangan telah melalui kisah menyedihkan hingga rasa diri terhina.. patutkah perkara ini berlaku? Dimanakah budibicara sebagai seorang manusia?.. ikuti kisah ini...


Aku sedih sungguh. Air mata dah nak tumpah. Aku kat Aeon Mall Kota Bharu. Masa aku nak bayar tadi aku pergi kaunter expres sekali dengan kaunter OKU. Aku pun letak barang-barang di kaunter 1. Masa tu juruwang di kaunter 2 pula respon.
.

"eh tak boleh, 8 barang sahaja", larang juruwang perempuan. 
"Ni kan kaunter OKU, saya OKU", aku merayu malu.
"Boleh tapi 8 barang sahaja", dia tidak membenarkan juga.
.

Aku pun tunjuk label OKU atas kepala dia tapi dia berkeras. Aku malu gila, ramai orang tengok. Tak ada seorang pun yang pertahankan hak aku. Semua pandang aku hina. Kalau 8 barang je baik tak payah buh label OKU di situ. Takkan aku nak melutut. Hiba sedih cari kaunter lainšŸ˜­. Pihak Aeon boleh tengok cctv betapa aku rasa terhina. 
.

Serius aku nak nangis. Mana kesedaran? Kalau tak boleh sekalipun kasihanilah, ihsan. Aku dah keluarkan banyak barang. Please Aeon Mall pilih staf yang ada simpati.
.

Share la, aku sedih sangat. Aku tak sanggup lagi berhadapan situasi macam ni. Hak OKU dipersenda. Harap pihak Aeon Mall cakna dan terima mesej ni. Kalau betul OKU pun 8 barang aku boleh trima dengan terbuka tapi apa  motif label tu? 
.

šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­
.

#pleaseshare
#aeonmall
#hina
#oku

Sabtu, 23 November 2019

ZALIM!

Assalamualaikum..

Astaghfirullahalazim..
Mengucap panjang aku tengok gambar ni. Minta bantuan semua untuk cari manusia berhati setan ni..



Apa salah besar kucing kerdil ini dihukum gantung sampai mati? Hingga kalian membunuhnya tanpa rasa belas?

Animal Malaysia nak hadiahkan RM1,000.00 kepada saksi mata yang lihat kejadian pembunuhan semalam 19/11/2019 atau individu yang ada rakaman video pelaku penggantung kucing di Tanjung Malim ini jika berani tampil buat aduan hingga pelaku ditangkap, didakwa di mahkamah dan dihumban ke penjara. Lokasi dikenal pasti adalah di Pondok Bit Arena Square, Tanjung Malim Perak.

Kita ada Akta Kebajikan Haiwan 2015 untuk pembunuh haiwan yang bertindak bersendirian membunuh, meracun atau mencederakan tanpa sebab dan sewenang-wenangnya.

Walau apa sebab sekali pon. Menyakiti haiwan boleh disiasat dan didakwa mengikut undang-undang. Siapa pon tidak terkecuali.

Buat kekejaman haiwan sebelum diancam - masyarakat awam tidak ada kuasa. Kuasa hanya pada pihak berkuasa.

Lakukan kekejaman haiwan selepas diserang. Mangsa boleh buat self defence dan orang awam boleh membantu. Tetapi tindakan itu tidak boleh berlebihan dan bebas elemen penganiayaan.

Jadikan malapetaka yang menimpa Adik Adib sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia akibat banyak pelakuan menzalimi haiwan dalam negara ini. šŸ‘‡

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1115319228675276/

Whasapp maklumat ke +601120901097 (WhatsApp sahaja)

#cats #justiceforcats #straycats #stray #strayanimals #saveourcats #saveouranimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Jumaat, 22 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : BERSAMA WHI

Assalamualaikum

Semalam di Wanita Hari Ini, topik pembedahan Bariatrik diperbincangkan bersama Dato' Dr. Tikfu Gee.

Kepada yang tidak berkempatan menonton, dikongsikan di sini. Jom saksikan.



Khamis, 21 November 2019

SCAMMER JUALAN PENGHAWA DINGIN

Assalamualaikum

Lagi kes scam. Kali ini scam menjual penghawa dingin murah. Entri ringkas sahaja hari ni kerana kekangan waktu.

Scammer menggunakan
NAMA: FAINDU BIN MUSLI
NO.AKAUN : 160139440179 MAYBANK



Eloklah beli saja di kedai. Jangan tertipu dengan tawaran harga yang murah dan tak masuk akal.

Rabu, 20 November 2019

UMPAN PLASTIK

Assalamualaikum

Saja aku nak kongsikan sesuatu. Sekarang ni musim menuai di Kedah. Maka semua alur, parit, tali air mahupun sungai akan dikunjungi oleh ikan-ikan darat seperti puyu,sepat,haruan dan lampam.

Al-kisahnya, mak aku teringin nak memancing. Tapi sejak-sejak dah tua ni, dia geli nak pegang cacing tanah untuk buat umpan.   Maka aku pun belikan cacing tiruan yang diperbuat daripada plastik.


Aku beli di Shopee. Nampak macam real aje kan? Ada cacing dan ulat. Semuanya plastik tapi liat dan lembut. Bolehla korang cuba umpan ni untuk memancing.


Selasa, 19 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : HATI BERLEMAK

Assalamualaikum.

Minggu lepas aku telah menjalani ujian ultrasound di HSB. Selepas pemeriksaan dibuat, aku dimaklumkan bahawa aku mempunyai masalah hati berlemak. Dalam fikiran aku waktu tu..aku bayangkan hati ayam yang diselaputi lemak..agaknya macam tu lah kan..

Balik ke rumah, aku pun mula menggoogle untuk cari maklumat lanjut mengenai Hati Berlemak. Dan berikut adalah ringkasan yang aku perolehi dari website Kementerian Kesihatan dan beberapa website lain. 

Artikel asal boleh didapati di SINI : HATI BERLEMAK
*****

Hati Berlemak  terjadi akibat lemak berlebihan yang terkumpul dalam tisu hati. Ia adalah penyakit biasa terjadi dan kebanyakkan pesakit tidak menunjukkan  sebarang tanda dan simptom.
Jika tidak dirawat,ia boleh menyebabkan kerosakan hati atau dikenali sebagai Sirosis.

 Perbezaan hati normal dan berlemak, saiz dan warna adalah berbeza.

JENIS HATI BERLEMAK
1.Hati Berlemak Bukan Alkohol
•Bukan berpunca dari pengambilan alkohol yang berlebihan.
•Tiada tanda atau simpom kepada penghidap.
•Terjadi apabila lemak terkumpul dalam hati akibat ketidakseimbangan penghasilan lemak yang berkebihan dan penyingkiran lemak yang kurang dalam darah
PUNCA : 
¤Kolesterol tinggi (Hiperkolesterolemia)
¤Trigliserida tinggi (Hipertrigliseridemia)
¤Obesiti
¤Kencing manis
¤Darah tinggi
¤Penyakit jantung
¤Ukurlilit pinggang lebih 80cm (perempuan) atau 90cm (lelaki)
¤Sindrom metabolik : mempunyai 3 atau lebih penyakit seperti di atas.


2.Hati Berlemak Beralkohol
•Berpunca dari pengambilan alkohol yang berlebihan.
•Faktor keturunan atau genetik.
•Terjadi apabila lemak terkumpul dalam hati akibat ketidakseimbangan penghasilan lemak yang berkebihan dan penyingkiran lemak yang kurang dalam darah


TANDA-TANDA
Kebanyakkan pesakit tidak menyedari tanda-tanda penyakit ini. Namun terdapat 3 tanda-tanda iaitu;
  1. Pembesaran hati (Hepatomegali)
  2. Rasa tidak sekesa di sebelah kanan bahagian atas abdomen
  3. Keletihan
  4. Ujian darah fungsi hati yang tidak normal


KAWALAN DAN PENCEGAHAN
  1. Kurangkan makanan berlemak dan berkolesterol.
  2. Lebihkan serat, sayur dan buah
  3. Kurangkan berat badan
  4. Bersenam dan aktiviti fizikal
  5. Kurangkan gula
  6. Hentikan alkohol


Isnin, 18 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : SLEEP APNEA

Assalamualaikum.

Pada yang mengikuti catatan aku, semalam aku ada tulis mengenai keputusan sleep test yang aku lakukan di rumah. Keputusannya aku mengalami 12 kali nafas terhenti ketika tidur. Rupa-rupanya itulah yang dinamakan Sleep Apnea. 

Apa itu Sleep Apnea ? Ini penjelasannya. 

Pic credit : Mayo Clinic News Network


*****
Rujukan dari web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sleep Apnea ialah berlakunya nafas terhenti ketika tidur selama 10 saat atau lebih.

Terdapat 4 tahap bergantung kepada jumlah kekerapan apnea (gangguan nafas terhenti) dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam dan ianya berlaku antara 5 ke 50 kali.
  1. NORMAL - Kurang daripada 5 kali dalam sejam
  2. RINGAN - 5 ke 14 kali dalam sejam
  3. SEDERHANA - 15 ke 30 kali dalam sejam
  4. TERUK - lebih 30 kali dalam sejam

Ianya boleh dilakukan dengan melakukan ujian tidur "Sleep Study" atau "Sleep Test"  Polysomnography samada di hospital atau di rumah.


Ada 3 jenis Sleep Apnea iaitu;
  1. Obstructive Sleep Apnea - OSA
  2. Central Sleep Apnea
  3. Mixed Sleep Apnea


Berikut informasi mengenai OSA yang berlaku tiga kali lebih banyak kepada lelaki daripada wanita pada usia lebih 30tahun.

PUNCA OSA
●Kegemukan,leher pendek dan besar, dagu kecil
●Sumbatan dalam hidung, mulut dan tekak (pembengkakkan tonsil atau lidah yang besar)
●Alkohol
●Hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar
●Ubat seperti pil tidur dan ubat penenang
●Merokok

BAGAIMANA OSA TERJADI
Ketika tidur,lemak di bahagian leher akan menekan saluran udara yang separuh tersumbat atau sempit  menjadi bertambah sempit. Pernafasan akan terhenti beberapa ketika sehinggalah otak mengesan kadar oksigen yang rendah.

Otak akan menghantar signal kekurangan oksigen. Pada masa inilah pesakit akan menjadi separuh sedar berdengkur dan cuba bernafas sekuat mungkin untuk mendaptakan oksigen sebelum tidur semula.

Kebanyakkan kes,pesakit tidak sedar perkara ini berlaku. Keadaan ini akan berulang beratus kali setiap malam dan menyebabkan tidur terganggu serta mengantuk dan letih apabila bangun tidur.

TANDA DAN GEJALA OSA
●Berdengkur kuat
●Mengantuk,letih dan lemah di siang hari
●Kerap mengubah posisi semasa tidur
●Rasa lemas ketika tidur
●Kurang tumpuan
●Pemarah
●Lemah batin
●Sakit kepala waktu pagi
●Perasaan tak keruan
●Tidur bukan pada waktu yang sepatutnya

RISIKO
●Darah tinggi
●Serangan sakit jantung
●Strok (angin ahmar)
●Kemalangan jalanraya

RAWATAN & PENCEGAHAN
  1. Kurangkan berat badan.
  2. Tidur pada waktu yang betul.
  3. Cara tidur yang betul dengan meninggikan kepala
  4. Elakkan mengambil alkohol,pil tidur atau ubat penenang.
  5. Berhenti merokok.
  6. Rawatan tiroid sekiranya berpunca dari masalah tiroid.
  7. Tidur mengiring (tidur melentang boleh menyebabkan apnea semakin teruk).
  8. Menggunakan alat bantuan CPAP,BPAP atau MOUTHGUARD jika OSA teruk.
  9. Pembedahan jika penggunaan alat tidak berkesan.
*****

Alhamdulillah, dengan info yang aku dapat ni,dapat menambah ilmu dan membolehkan aku lebih tahu tentang masalah diri yang diri sendiri pun tak sedar ianya berlaku. 

Demi bariatrik..macam-macam pulak penyakit yang aku jumpa.

Ahad, 17 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #13 SLEEP TEST RESULT

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari HSB. TCA aku pukul 9pagi. Sampai di hospital pukul 8.30. Pusing-pusing cari parking. Pergi sorang aje harini, suami aku ada kerja,lagipun nak ambik result je.

Naik ke tingkat atas, Klinik ENT, terus letak kad temujanji dalam bakul yang tulis Pukul 9pagi. Duduk dulu, tunggu dapat nombor.




8kali lena, baru nombor dipanggil. Pukul 11.30pagi. 2jam setengah juga menunggu. Dengan lapar gila. Ingatkan sekejab aje. Memang aku tak breakfast lah.

Nombor dipanggil ke bilik 78. Tolak pintu masuk dalam,nurse suruh aku pergi ke meja no.4. Oklah jumpa doktor yang peramah.

Result aku katanya ok. Tak ada yang serius. Tapi dia minta aku datang semula lepas aku jumpa doktor di Ipoh 12hb12 nanti. Sebab katanya kemungkinan aku kena buat rawatan CPAP. 

Inilah rupa result aku tu. 




Ada juga aku baca, dan bolehlah faham sikit-sikit. Harapnya bolehlah proceed untuk operation nanti. 

Dan TCA seterusnya pada 23.12.2019 iaitu selepas TCA di Ipoh. Terima kasih pada Dr.Nurkhaniza yang dapatkan tarikh paling cepat untuk aku.


Selesai semua dalam pukul 12. Balik kerumah baru aku makan..pedih perut huhuhu.. 

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku harini.

Bersambung...

Sabtu, 16 November 2019

MAJLIS APRESIASI AKA PENYAMPAIAN HADIAH

Assalamualaikum.

Coretan sekadar pendapat peribadi.

Sekarang musim Majlis Apresiasi atau dahulunya dikenali sebagai Majlis Anugerah dan Penyampaian Hadiah. Zaman dulu-dulu sekitar 80an-90an hanya dikenali sebagai Hari Penyampaian Hadiah. 

Sudah menjadi trend dan ikut-ikutan bukan hanya untuk anak-anak sekolah, budaya ini sudah masuk hingga ke pejabat atau tempat kerja.


Di peringkat sekolah, perkara ini adalah perkara biasa. Namun agak kejam bila anak-anak yang tidak menerima hadiah di beri "cuti" pada hari tersebut, atau dalam bahasa mudahnya tak perlu datang sekolah. Apa salahnya dan apa masalahnya? Bukankah lebih elok semuanya datang meraikan kejayaan kawan-kawan dan moga-moga menjadi pembakar semangat serta motivasi kepada diri mereka sendiri. Ini tidak..yang tidak berjaya telah di diskriminasi kan. Inilah salah satu pelajaran yang telah diajar disekolah tanpa sedar. Jangan salahkan orang lain kenapa budaya mendiskriminasikan semakin parah dikalangan masyarakat kita. Ajaran siapa?

Ada majlis yang dibuat secara keterlaluan. Hingga menyusahkan ibu bapa. Kalaulah ibu bapa yang berkerja tak mengapa, bagaimana pula yang hanya seorang sahaja bekerja atau kurang berkemampuan. Untuk seorang anak pihak sekolah minta bayaran antara RM15-RM20 hanya untuk sekeping gambar, jubah konvo dan macam-macam yang tak masuk dek akal. Perlukah semua tu? Itu kisah di sekolah.

Ini kisah di pejabat atau tempat kerja pula. Ada anugerah yang disampaikan sesuai dengan pencapaian. Dinilai dan dihargai. Tapi ada juga yang bagai anugerah syok sendiri. Perkara ini tak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi anugerah pilih kasih. Jika keadaan seperti ini berterusan, apakah nilah anugerah yang diterima? Semua pemberian perlu dinilai dengan telus dan diadili tanpa mencampuradukan perasaan dan peribadi. Kena betul-betul profesional, barulah anugerah itu sangat bernilai.

Itu sahaja coretan untuk hari ini. Semoga pada yang membaca, merenung sejenak apa yang aku tulis hari ini. 


Salam tak dapat anugerah!

Jumaat, 15 November 2019

BELANGSUNGKAWA

Assalamualaikum..

Pada yang mengikuti blog ini, aku pernah siarkan kisah seorang guru yang menghidapi penyakit kanser namun gigih menerima tempahan tanda nama jawi, malah aku juga turut mempromosikan perniagaan beliau.. kisahnya ada di SINI-> TEMPAHAN TANDANAMA JAWI

Baru dimaklumkan, guru berkenaan telah dijemput Allah malam tadi.. akan dikebumukan hari ini.. Jumaat, 15 November 2019 bersamaan 18 Rabi'ulawal 1440.



Al-fatihah... 


Khamis, 14 November 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #12 SLEEP TEST

Assalamualaikum.

Malam tadi, 13 Nov, aku buat sleep test atau sleep study. Staf company private yang datang kat rumah. Dalam pukul 10.30malam dia sampai untuk pasang.


Set dalam box

Staf tengah set alat untuk dipakai.

Yang datang ni namanya Thomas. Bagus budibahasa dia. Sebab aku pakai tudung, so masa nak pasang tube di belakang kepala,sangkut di telinga, dia suruh aku buat sendiri..pergi buat dalam bilik dia cakap.. dia faham tentang aurat.

Ni rupa alat tu

Ni masuk kat jari tengah

Lepas tu bila dah pasang alat test dan nak lekatkan tape dibadan,pun dia minta aku buat sendiri..yelah..tape tu lekat di baju..bahagian dada. Paham-paham ajelah kan.. dia tolong lekatkan tape untuk belakang badan je.

Tutup sikit apa yang patut.. šŸ˜œ

Dah selesai, bayar siap-siap RM120. Kena pakai untuk tidur kurang-kurang 5jam. Malam tadi pulak aku kerap terjaga..yelah..tube keliling kepala.. suami aku pulak sakit bahu semalam tak boleh tidur. Dia bangun je, dengan-dengan aku terjaga. Time-time ni jugaklah dia pun nak sakit..adoi..

Tak taulah apa jadi dengan result. Pagi ni pukul 8.30 Thomas datang ambik alat test tu. Kata dia result ok sebab dalam 1 jam aku tidur, nafas terhenti 12 kali. Perghhh.. aku cakap kat dia,semalam tidur tak lelap. Suami aku pulak tak boleh tidur,sakit bahu. 2-3 kali dia bangun keluar masuk bilik. Aku ni pulak telinga lintah..bunyi sikit dah terjaga. Memang tidur tak betul-betul tidur.

Balik rumah aku cakap la kat suami..ni semua dialah punya pasal..geram pulak aku. Tak pasal-pasal spoil result aku tu.




Bersambung...

Rabu, 13 November 2019

OGAWA EZ CURVE SHAPPING MASSAGE SLIMMING BELT

Assalamualaikum

2 bulan lepas, aku ada beli slimming belt. Lama juga aku survey harga dan membandingkan beberapa jenama yang ada di pasaran.

Akhirnya aku memilih jenama Ogawa.

Inilah ruapanya. Ada tali tambahan bagi pinggang yang ramping 44inci macam aku ni.

Original dari Ogawa

Beli di Shopee, packaging terbaik.

Harga ketika aku beli.

Masa aku beli,kebetulan Ogawa ada sediakan voucher diskaun. Dari harga asal RM209, aku dapat beli dengan harga RM176.80. Aku gunakan coin Shopee sebanyak RM15 lagi. Cukup murah dan berbaloi.

Bestnya slimming belt ni,boleh pakai masa baring-baring, duduk relax..jangan pakai waktu tidur je.. takut tak sedar dah habis urut,terlena..barang dok sambung kat soket letrik.

Ada getaran biasa, ada feeling panas, tekanan angin dan kita boleh gabungkan semua sekali. 15minit untuk 1 kitaran urutan.

Mula-mula pakai,kulit akan terasa gatal-gatal. Itu tandanya kulit dah mula ada reaction dengan urutan. Itu normal. Kalau guna yang panas, akan sedikit berpeluh.

Aku rekomen sangatlah kepada korang. Konon-konon macam masuk pusat pelangsingan..tapi korang lepak atas katil je..sambil tengok tv..sambil mengurut.

Ok..itu aje review untuk kali ni.


Adeusss!!!

Selasa, 12 November 2019

BANGZI HIKMAT DAN JIP ASKAR

Assalamualaikum

Sedikit beremosi harini. Aku tengah cari barang kat shopee yang mak aku pesan. Tiba-tiba bangzi hikmat ni lalu.. 

Pic dari shopee


Teringat kenangan dgn arwah abah(aku kan anak abah..mengekor ja mana abah p) Masa tu aku tak sekolah lagi. Aku cakap nak benda ni. Menangis2 nak..abah bawak pusing 1 pekan guar cari. Last sekali singgah kat kedai cina lorong hala ke Masjid guar(kedai tu pun ada lagi sampai sekarang). Nak cakap nama barang abah tak tau..abah tunjuk gaya tiup kat cina tu..(ternampak-nampak riak muka abah tiru gaya tu) cina tu cakap tak ada. Last2 abah suruh pilih benda lain. Ntah mcmana,tiba-tiba aku boleh tunjuk jip askar kaler hijau yg tergantung dalam plastik šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£ 

Lebih kurang macamnilah jip tu.
Pic google Amazon.

Abah pegang kepala aku,pusing arah anak patung..aku tak mau.last2 abah beli jugak. Balik rumah,aku isi anak kucing atas jip tu..aku tolak 1 rumah šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Emosi bercampur baur.. 
Mmmmm..rindu kat abah.. šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­
Al-Fatihah..

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...