Keldai Akaun?? Biasa kita dengar pasal keldai dadah. Sekarang dah ada keldai akaun. Siapa keldai akaun ni?
Keldai akaun adalah individu yang membenarkan individu lain menggunakan akaun bank miliknya..bukan sekadar nombor akaun,malah kad ATM juga.
Aku kongsikan 1 kisah benar. Ada seorang guru, yang sudah berusia, membenarkan anaknya menggunakan akaun bank miliknya. Akaun tersebut adalah akaun gaji beliau. Dalam kata lain, berkongsi akaun. Si ibu tadi mungkin tidak menyangka bahawa anaknya adalah seekor scammer.. (maaf, bukan seorang ye..tapi seekor..hanya gelaran "binatang" yang sesuai untuk si anak).
Setelah terbongkar kes scam tersebut,maka akaun bank si ibu tadi telah di bekukan oleh pihak bank dan menyebabkan gaji si ibu tidak dapat dikreditkan ke akaun tersebut. Bayangkanlah, isu ini masih tidak selesai, gaji beliau sudah 2 bulan tersangkut, dan hujung bulan 12 ni pulak bakal menerima bonus. Si ibu telah di banned dari membuka akaun bank dengan bank-bank lain.
Apa akan terjadi..mujurlah anak sendiri, kalau orang lain? Tidaklah akan merosakkan masa depan sendiri. Berhati-hatilah..dunia sekarang macam-macam boleh berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!