Sabtu, 16 November 2019

MAJLIS APRESIASI AKA PENYAMPAIAN HADIAH

Assalamualaikum.

Coretan sekadar pendapat peribadi.

Sekarang musim Majlis Apresiasi atau dahulunya dikenali sebagai Majlis Anugerah dan Penyampaian Hadiah. Zaman dulu-dulu sekitar 80an-90an hanya dikenali sebagai Hari Penyampaian Hadiah. 

Sudah menjadi trend dan ikut-ikutan bukan hanya untuk anak-anak sekolah, budaya ini sudah masuk hingga ke pejabat atau tempat kerja.


Di peringkat sekolah, perkara ini adalah perkara biasa. Namun agak kejam bila anak-anak yang tidak menerima hadiah di beri "cuti" pada hari tersebut, atau dalam bahasa mudahnya tak perlu datang sekolah. Apa salahnya dan apa masalahnya? Bukankah lebih elok semuanya datang meraikan kejayaan kawan-kawan dan moga-moga menjadi pembakar semangat serta motivasi kepada diri mereka sendiri. Ini tidak..yang tidak berjaya telah di diskriminasi kan. Inilah salah satu pelajaran yang telah diajar disekolah tanpa sedar. Jangan salahkan orang lain kenapa budaya mendiskriminasikan semakin parah dikalangan masyarakat kita. Ajaran siapa?

Ada majlis yang dibuat secara keterlaluan. Hingga menyusahkan ibu bapa. Kalaulah ibu bapa yang berkerja tak mengapa, bagaimana pula yang hanya seorang sahaja bekerja atau kurang berkemampuan. Untuk seorang anak pihak sekolah minta bayaran antara RM15-RM20 hanya untuk sekeping gambar, jubah konvo dan macam-macam yang tak masuk dek akal. Perlukah semua tu? Itu kisah di sekolah.

Ini kisah di pejabat atau tempat kerja pula. Ada anugerah yang disampaikan sesuai dengan pencapaian. Dinilai dan dihargai. Tapi ada juga yang bagai anugerah syok sendiri. Perkara ini tak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi anugerah pilih kasih. Jika keadaan seperti ini berterusan, apakah nilah anugerah yang diterima? Semua pemberian perlu dinilai dengan telus dan diadili tanpa mencampuradukan perasaan dan peribadi. Kena betul-betul profesional, barulah anugerah itu sangat bernilai.

Itu sahaja coretan untuk hari ini. Semoga pada yang membaca, merenung sejenak apa yang aku tulis hari ini. 


Salam tak dapat anugerah!

1 ulasan:

  1. Entahlah..masa saya sekolah dahulu, kalau sekolah bagi cuti saya OK je. Takde pulak rasa tersisih ke apa. Tapi tulah, budak-budak zaman sekarang lain pemikiran dan cara hidup mereka. Tak boleh nak compare

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...