Isnin, 25 November 2019

MULIANYA HATIMU

Assalamualaikum

Rentetan kisah Ustaz Abdullah Khairi semalam. Nampaknya pihak yang terlibat telah mengambil tindakan.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
.

Saya Abdullah Kadir merupakan seorang OKU fizikal. Saya kehilangan tangan kanan selepas kemalangan pada 26 Mac 2018 yang lalu. Saya lebih sensitif dan mudah terbawa perasaan setelah menjadi OKU.
.

Terlebih dahulu saya ingin membuat kenyataan bahawa tujuan utama coretan berkenaan kaunter OKU di Aeon Mall adalah sebagai wadah kesedaran kepada masyarakat kita. Perlunya masyarakat mencelik mata dan memahami hak-hak keistimewaan golongan OKU yang kian disalah guna dan diabaikan mutakhir ini.
.

Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada staf berkenaan kerana tulisan saya barangkali menjadi tekanan buat dirinya. Ketahuilah bahawa teguran ini daripada Allah bukan untuk saudari sahaja tetapi untuk semua manusia. Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran agar berbuat baik sesama manusia apatah lagi terhadap golongan OKU.
.

Pada kesempatan ini, saya merayu pihak Aeon Mall agar memaafkan dan memberi peluang kepada staf berkenaan. Saya sendiri tulus dan ikhlas memaafkan dan berdoa agar peristiwa ini menjadi asbab kebaikan dirinya. Saya merayu dan memohon diberikan peluang kepada staf berkenaan untuk terus berkhidmat di sana tanpa sebarang tindakan. Sesiapa sahaja pasti tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Saya amat berbesar hati andainya diri saya menjadi satu titik kesedaran kepada umat manusia.
.

#coretan
#oku


1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...