Isnin, 23 Disember 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #17 TCA KLINIK ENT

Assalamualaikum.

Pada yang ikut catatan Bariatrik aku disini.. harini adalah TCA atau appoinment yang ditetapkan oleh doktor ENT ..catatan lepas mengenainya ada pada entri ini SLEEP TEST RESULT .

Kata doktor aku mengalami Mild OSA. Apa itu OSA?? Haa.. baca sini SLEEP APNEA ATAU OSA.

Walaupun tidak diminta oleh doktor di HRPB, tapi doktor di HSB nak buat persediaan untuk aku dapatkan result CPAP Test. Apa CPAP Test?? Ntah..aku pun tak tahu. Nanti aku study dan aku kongsikan hasil pemahaman aku. Kata doktor HSB, lebih baik baik CPAP Test sebelum diminta..ada betul juga.Buatnya aku dah pergi ke HRPB..tiba-tiba dia nak aku buat CPAP Test..tak ke terbuang masa aku..pergi balik..pergi balik..1-1 test nak buat. Tak apalah..aku ikut aje. Kepada korang yang tak diminta buat CPAP Test ni..atau tak ada masalah OSA..boleh skip aje catatan aku harini.

Appoinment aku pukul 9. Harini suami aku ada masa, so dialah hantar aku ke HSB..punya awal..pukul 7.30pagi dah gerak. Sampai sana, breakfast dulu..pukul 8.10pagi aku naik ke Klinik Otorinolaringologi..(payah nawww nak menyebut.. tapi sebenarnya Klinik ENT je..) untuk letak kad. Manusia punya ramai..kerusi penuh..berdirilah aku. 8.50pagi baru dipanggil untuk ambil nombor panggilan.


Tunggu lagi. Pukul 9.20 baru ada kerusi kosong. Itupun yang Klinik Dermatologi punya..itu yang terdekat. Aku duduk aje.

Macam-macam perangai manusia..makcik yang belakang tu..dari waktu aku sampai..sampailah aku bangun bila nombor dipanggil..dia bercaaaaaaaaaaakap tak henti. Letih aku dengar.

Tengok jam sebelah kiri.. 10.40..baru nombor 1760..nombor aku 1764..tunggu lagi..

Dalam pukul 11 barulah nombor aku dipanggil ke bilik 78. Berjumpa dengan Dr.Lee. Dia dapatkan tarikh untuk buat CPAP Test. Kebetulan waktu tu, nurse yang arrange tarikh untuk CPAP Test masuk ke dalam bilik..Shirin namanya.

So..inilah tarikh untuk CPAP Test. 05.02.2020 jam 11pagi..masuk terus ke bilik 81. 

Dalam setengah jam dalam bilik tu..selesailah..aku pun minta MC dengan Dr.Lee..terus aje dia tulis..nak masuk ofis pun dah pukul berapa dah.

Itu aje catatan harini.. 

Eh..lagi 1..Rabu lepas, 19.12.2019.. aku cuba call HKL untuk bercakap dengan SN N. Pasal haritu dia ada pesan, call dia kalau aku dah dapat semua result test. So, lamalah juga call HKL..baru dapat cakap dengan dia. Dia bagi tarikh 30.01.2020 untuk TCA seterusnya. Bolehlah aku cuba nasib..mana tahu..HKL boleh percepatkan tarikh operation..aku dah buang terlalu banyak masa ..pergi HRPB haritupun..tak ada sebut langsung bila tarikhnya..entah apa lagi yang nak kena buat.

Ok..itu ajelah..

Perjalanan masih jauh.. 

Ahad, 22 Disember 2019

KWSP.. PERLUKAH SAMPAI MACAMNI?

Assalamualaikum

Perkongsian luahan hati seorang rakyat yang terkilan dengan perkhidmatan KWSP yang secara peribadinya aku fikir ianya sangat zalim dan kejam. 

Ikuti catatan ini..



Link asal KLIK SINI





Sumpah aku sedih tengok gambar ni

Komplen dah dibuat..ntah la diorang layan ke tidak..atau sekadar melepas batok ditangga.

#throwback
Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda πŸ€”

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu... atau sekadar membantu bagi pencarum yg sehat... klu yg dh sakit & bedded sila bantu diri anda sendiri 😬

Saya n abg saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan kwsp JB. kakak kami seorang pesakit cancer mmg bed ridden...beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1... x byk pun... x smpi 10k... so kami meminta jasa baik pihak pengawai kwsp membuat lawatan ke rmh untuk mendapatkan cop jari secara manual & pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan..πŸ˜₯ beliau kata tidak boleh... pencarum mesti hadirkan diri jgk di pejabat untuk pengesahan cop jari mengunakan mesin mereka, x kesahlah nk dtng naik ambulance & mengunakan stretcher pun blh janji dtng. Allahuakbar... klu kita tgk pun keadaan di pejabat KWSP JB tu mmg xde pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yg hilang upaya untuk berada di situ... yg ada hnya untuk OKU (orng kurang upaya) bkn hilang upaya πŸ˜”

Yg menyedihkan lagi, ambulance yg kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dgn alasan x nk menganggu di depan bangunan 🀦🏻‍♀️ berpusing2 driver ambulance dan ditanya plk kami “lama tak”? Mcm manalah kami nk jawab... soalan ni agak “tough” πŸ’†πŸ»‍♀️

Akhir sekali ada lah seorang pengawai yg dtng untuk menguruskan bab ambulance & mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter. Allahuakbar... sedih tgk kakak saya yg mmg sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orng ramai di situ. 😭 yg menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata... sebenarnya blh mengunakan cara cop jari manually cuba lambat 😭 knplah x inform kami pd mula2 kami buat pertanyaan... kami x kesah pun lambat janji kakak kami x perlu ke sana 😭

Soalan saya pd pengawai KWSP yg berada di kaunter Puan, Pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja2 di dlm bangunan ni... puan bayangkan klu yg dtng ni pesakit yg mempunyai penyakit berjangkit...tidakkah membahayakan anda semua πŸ˜” 

Feedback saya ttg perkhidmatan KWSP ialah... tlnglah “review” balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda πŸ˜’ kita hidup di negara yg dikategorikan sbgi negara yg agak maju & demokrasi... ubahlah cara kita berfikir... think out of box... and pls do something on this. 

Saya Bangga menjadi Rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ dan bukan sahaja menjadi negara yg maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat utk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

#sampaiskrngpihakkwspxderespondsaya
#semogatiadalagiygmengalaminasibygsama

*****
Allahu..sedihnya aku baca. Belum lagi mengalami perkara sebegini. Kenapa SOP bodoh dan bangang ini masih digunapakai walaupun negara dah menjengah masuk 2020. 

Aku harap KWSP ubahlah SOP bahalol ni. Buatnya pesakit tu tiba-tiba meninggal kerana kesakitan akibat terpaksa melutut di pejabat KWSP tu semata-mata untuk keluarkan duit titik peluhnya sendiri..apa korang nak jawab???

Yang aku bengang..bila bab caruman terlewat sikit walaupun gaji dibayar melalui payroll tak kiralah payroll swasta atau kerajaan, bukan main laju dia hantar notis siap denda faedah dah caj. Tapi bab kemanusian kau di mana wahai KWSP? Di longkang ke?? 

Geram bercampur sedih dengan kejadian seperti ini.  Tiada istilah yang sesuai untuk aku bagi kepada pihak dan pekerja KWSP yang tak ada otak ni melainkan kurang ajar!

Sabtu, 21 Disember 2019

INFO KESIHATAN : NANGKA DAN ANGIN

Assalamualaikum.

Nangka selalu dikaitan dengan angin. Ada yang menyalahkan nangka kalau perut kembung,pening kepala dan sebagainya. Berikut adalah penjelasan dari Prof. Dr. Imelda Balchin.



Semalam saya tengah syok makan gulai nangka. Kemudian, ada pula orang datang tegur saya jangan makan, nanti dapat angin. 

Saya jawab, kalau perut anda yang ada masalah penghadaman buah nangka, maka andalah yang dapat angin, bukan saya, sebab saya tak ada masalah penghadaman nangka dan saya tak dapat angin bila saya makan buah nangka. 

DI DALAM NANGKA, TAK ADA ANGIN. 

Angin tu datangnya dari dalam usus orang yang ada masalah penghadaman makanan. 

Pada hakikatnya, makanan itu tak bersalah dan tiada angin di dalamnya. Masalahnya ialah sistem penghadaman sesetengah orang yang tidak sempurna, maka jika makanan itu tidak dihadam dengan lengkap, maka makanan yang tak terhadam itu akan dibantu dihadamkan oleh bakteria yang hidup di dalam usus manusia. Sebagai kesan sampingannya, bakteria itu mengeluarkan GAS. Gas yang banyak boleh menyebabkan anda tidak selesa, perut kembung dan terkentut-kentut. 

Jika anda juga ada usus yang tidak cergas dan lambat membawa makanan yang tak habis hadam keluar sebagai najis, terutamanya jika anda membiarkan diri mendapat sembelit, maka ini juga memberi lebih masa untuk bakteria dalam usus itu bertindak ke atas makanan yang tak habis hadam itu, dan lebih lagi lah pengeluaran gas, dan banyaklah lagi kentut anda. Apa yang boleh merangsangkan dan mempercepatkan pergerakan usus anda ialah kecergasan diri dan bersenam. Ini mengurangkan masalah sembelit dan gas di dalam usus. 

Kesimpulannya, dari ilmu pengetahuan Sains Biologi manusia, inilah petua bagaimana anda semua boleh mengurangkan gas atau angin di dalam usus yang menyebabkan anda senak, kembung, sendawa dan kentut-kentut:

1) Anda elaklah makanan yang memberi anda sendiri masalah penghadaman dan senak perut, BUKAN SURUH ORANG LAIN PANTANG MAKAN jika anda yang ada masalah. 

2) Berhenti sedut-sedut atau menghisap sebab anda sendiri memasukkan udara atau gas ke dalam perut anda. Sebagai contoh, berhenti hisap rokok, berhenti hisap vape dan berhenti menyedut minuman menggunakan straw. Minumlah dari cawan. 

3) Berhenti minum air bergas. 

4) Bantulah diri sendiri menghadamkan makanan. Bila makan, kunyah perlahan-lahan, kunyah banyak-banyak kali sebelum telan. Kalau anda suka telan nangka dan telan pulut tanpa mengunyah sebab anda malas mengunyah, itu masalah yang anda berikan kepada diri sendiri. 

5) Minum cukup air dan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit. 

6) Bersenam dengan kerap. Cergaskan diri anda untuk membantu pergerakan usus yang lancar. 

7) Kalau sakit gigi dan tak boleh mengunyah dengan betul, jangan takut jumpa doktor gigi.

Ramai orang dalam masyarakat kita ni suka buat andaian jika mereka tak boleh makan makanan yang tertentu, maka semua orang lain patut dilarang dari memakan makanan tu dan ikut pantang mereka. Jangan ikut contoh orang yang sebegini. Sebaliknya berikanlah mereka nasihat apakah tabiat dan amalan yang baik supaya mereka boleh membantu diri sendiri mengelakkan masalah mereka sendiri. 

Semoga penjelasan ini memberi anda manfaat. 

Amalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Dr Imelda Balchin
Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology, 
Masters Public Health.

Jumaat, 20 Disember 2019

SCAMMER : SAIFUDIN DICARI POLIS

Assalamualaikum.

Sejak April 2019 aku sudag mula berkongsi mengenai penipuan kutip derma ni. Alhamdulillah,semalam sudah ada tindakan polis untuk mencari siapa disebalik nama Saifudin.

Tolong cari penyangak ni sampai dapat!

Khamis, 19 Disember 2019

EMOTICON YANG TAK KENA GAYA

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, viral 1 video seorang pakcik yang kemalangan semasa hujan,keretanya masuk kedalam longkang,namun pakcik tu selamat tak ada apa-apa yang cedera.

Disini aku kongsikan video tersebut.


Pertama kali aku tengok video ni...hati aku rasa sebak..ntah apalah yang ada dalam fikiran pakcik tu. Mungkin panic atau dia tak sedar yang dia dah kemalangan.

Perkara yang amat menyedihkan bila ada seorang saudara kepada pakcik ini memberi komen.


Lebih menyedihkan bila membaca komen ini..


Tak dapat aku bayangkan..seorang suami yang hidupnya hanya bersama isteri..tiada anak..namun isteri pula sudah pergi meninggalkannya..aku menangis..

Tapi..aku sangat marah apabila ada beberap manusia yang tidak berakal, dengan sesuka hati memberi emoticon ketawa pada video itu.



Ada 81 manusia tidak berakal.. rasa lucu..geli hati bila lihat pakcik tu yang tak sedar dia kemalangan,tanpa mengetahui perkara sebenar. 

Lain kali..sebelum memberi apa-apa tanda emoticon..baca dulu caption..komen dan siasat dulu perkara yang kita baca. 

Sampai sekarang aku terfikir apalah nasib pakcik yang kehilangan isteri yang dicintai..Allahu..


Jumaat, 13 Disember 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #16 TCA KE-2 IPOH

Assalamualaikum.

Aku belum betul-betul sihat. Ini catatan kejadian semalam 12.12.2019.

Bertolak dari rumah dalam pukul 7.30pagi. Sampai di HRPB Ipoh lebih kurang 11pagi..parking luar kawasan yang tak selamat. Terpaksa berjalan dengan keadaan yang sangat tak larat.

Sampai di Kompleks Rawatan Harian, suami ajak makan..aku tak selera..duduk menunggu. Pukul 1.50 aku naik ke tingkat 2.. untuk daftar di Kaunter 3 atau 4.

Pukul 1.55 baru dibuka..terus aku pergi daftar. Hulurkan kad klinik dan surat GL

Dapat yang ni..terus turun ke bawah..ke Klinik Bariatrik dan letakkan kad klinik atas meja 

Lebih kurang pukul 2.20 barulah nama dipanggil. Kira yang terawal la juga. Macam biasa, ambil blood preasure,ukuran pinggang dan pinggul dan timbang berat. Turun berat 4 kg.. jadi 118kg sebab demam dan hilang selera. 

Aku ditemukan dengan doktor endocrine. Bagus doktor ni. Suka betul sembang dengan dia. Katanya result semua ok. Dia minta aku baring untuk cek perut. Katanya badan aku nampak fit. Yaa..memang. Masa sekolah aku ni atlit. Bola baling..bola jaring.. peluru dan cakera tu memang makanan akulah. Tapi berat naik mencanak bila mula kerja.

Lepas tu aku diminta buat ECG. Waktu tu jugak. Bilik ECG pun dekat situ juga. Alhamdulillah..bacaan ECG cantik walaupun aku sangatlah tak sihat. Kemudian, aku diminta tunggu diluar.

Pukul 3 macam tu, dipanggil berjumpa doktor Psikiatri pulak. Kali ni, dengan-dengan suami dipanggil. Soalan yang sama juga ditanya. Dengan beberapa tips yang diberi.  Lama juga kami bersembang. Pukul 4 lebih baru selesai. 

Aku tunggu diluar. Datang MA hulurkan surat untuk ambil darah di sana. Dalam pada waktu tu, Doktor endocrine tadi keluar.. dia lah yang ubah tarikh di surat untuk buat test hari ni juga. Tempat test darah aku pun tak tahu. So, dia dengan rela hati bawak aku terus ke sana, siap tolong cakapkan bagi pihak aku..amboi..special betul..huhu

Terima kasih Dr.Amilah.. jasa baik doktor sangat aku hargai..moga Allah juga permudahkan urusan doc sebagai mana doc dah permudahkan urusan saya hari ini.

Sementara tu suami aku menunggu MC ditulis di Klinik Bariatrik. Aku pun tunggulah nama dipanggil untuk ambil darah.

Menunggu untuk diambil darah

Aku pesakit terakhir sebelum bilik ni ditutup. Malangnya  darah aku terlalu pekat.. 3-4kali pam baru keluar. Nurse tanya..dah makan belum..memang lah aku tak makan apa-apa dari pagi melainkan minum. Sudahla sebelum tu, 2 kali kena cucuk cari urat darah tak jumpa. Tak taulah apa hasil..Firasat aku rasa..memang kualiti darah petang tu failed. Hitam sangat-sangat. Selesai ambil darah pukul 4.50. 

Aku pun keluar tunggu suami diluar dan bergerak balik. Tarikh TCA seterusnya 20.02.2020..Allahu... aku macam dah putus harap nak buat bariatrik disini..kenapalah lama sangat..dan kalau aku berduit atau sanggup buat loan 30k..memang aku akan pergi ke private. Aku dah buang masa 6bulan kat sini untuk semua proses ni.  Sedangkan aku sangat-sangat kesuntukan masa. 

Pukul 6.45 barulah aku menjamah nasi di R&R Bukit Gantang..makan separuh pun tak habis..dengan tak sedapnya..dengan sejuknya..lauk yang zaman bila punya masak pun aku tak taulah. Lauk pun tahap apa ntah.. aku pun tak faham, apa kelayakan peniaga-peniaga yang diambil berniaga di sepanjang Plus Hiway. Dah la mahal.. hampeh betul.

Aku tak balik rumah,tapi singgh bermalam di kampung aku.. 

Itulah..perjalanan harini. Banyak perkara dah cover sebenarnya. Tapi tarikh operation pun tak tahu bila.. hal-hal berkaitan kos dan pembelian stapler pun tak dibincangkan lagi. Dahlah nak mohon kelulusan dengan JPA pun macam nak tunggu kucing bertanduk. Lambat! Banyak songeh dan macam-macam karenah.

Ntah..aku akan fikirkan alternatif lain..aku sedang membazir usia dengan keadaan begini. 

Kepada yang membaca..terima kasih. Aku betul-betul tak ada mood sekarang. Mana dengan demam on off..batuk tak hilang sampai pedih tekak...rasa tak mahu diganggu.

Aku down sebenarnya!



Rabu, 11 Disember 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #15 IDC FINAL RESULT TEST

Assalamualaikum.

3hari lepas, dah ambil darah. Semalam hari untuk ambil keputusan. Aku demam sebenarnya. Dah 2 minggu demam on off ..tapi semalam paling teruk. Rasa macam di awang-awangan je ..berpusing-pusing pening,suhu badan 38.7°c. Malam tadi 38.9°c. Harini dah ok sikit. Barulah boleh menulis.

Aku keluar dari ofis pukul 12.30. Berpusing cari parking..dan naik ke Klinik Perubatan pukul 1.15.. duduk dan rehat.. risau takut pitam sorang-sorang.. nak beratur ambil nombor pun aku takut. Takut rebah.

Dalam pukul 2.30 baru panggil masuk ke dalam bilik 130 ..kat situ kena timbang dan ambik blood preasure dan tunggu lagi. Dalam hati macam nak jerit mintak cepat. Pukul 3.50 barulah nama dipanggil.

Ini result darah.. ntah la aku pun tak faham dan tak sempat nak google

Kolestrol tinggi sikit kata doc.. 5.3





Ini result Ultrsound.. hati berlemak

Selesai je semua, cepat-cepat aku bersuara..bagitau doktor yang aku tengah demam..nak minta doktor oder ubat. Mujurla doktor pun ok..dia tolong oder antibiotik, ubat selsema dan ubat batuk minum. Pukul 4 lebih baru aku sampai rumah. Mandi lama-lama sampai menggigil, tampal cool fever, makan ubat dan tidur. Sedar-sedar dah 9 malam. Itupun suami aku kejutkan suruh makan.


Esok aku akan ke Ipoh untuk temujanji seterusnya. Penentuan bilakah tarikh untuk operation. Moga-moga Allah permudahkan dan percepatkan..

Aaminn..

Ahad, 8 Disember 2019

MY BARIATRIC JOURNEY : #14 BLOOD TEST

Assalamualaikum

Sibuk ya amat sekarang.Dari bulan 10 sampai harini, belum sempat nak bercuti, kecuali mc..sebab aku demam selsema. Demam pun tak berapa ok lagi. Tapi gagahkan juga diri untuk bekerja..tambah-tambah bila masuk zon kecemasan untuk penutupan akaun.

Hari ini tarikh untuk aku ambil darah. Buat kali ke2 sebenarnya. Yang mula-mula dulu, tak aci sebab awal sangat. Buat penat aku je.

Pukul 7 aku dari rumah. Sampai HSB dalam 7.15.masih banyak parking. Alhamdulillah. Terus naik ke tingkat 2 Klinik Pakar Sub Perubatan.. sekali nahhhhh.. berjela-jela orang dah beratur tunggu kaunter buka.

Masa aku ambil gambar ni, baru pukul 7.20. 

Dalam pukul 7.30, baru kaunter buka untuk serah kad dan ambil nombor.

Proses nak ambil darah ni kejab aje.Tapi menunggu tu yang lama. Pukul 9 baru nombor aku dipanggil ke bilik 133.  Pergi kat bilik tu ada meja..dan ada bungkusan uncang bekas tiub darah yang dah dilabel dengan nombor yang sama dengan nombor giliran.

Ambik uncang ni dan terus masuk kedalam. Kat dalam ada banyak partition untuk ambil darah. Pergilah mana-mana pun. Aku tengok partition nombor 4 orang kurang..cepat-cepat aku pergi beratur.


4 tiub ni kena ambil.

10minit tak sampai..selesai. 


Ok. Itu ajelah untuk harini. Selesai aje terus aku balik ke pejabat. Lusa 10hb, aku kena datang petang untuk ambil keputusan ultrasound dan darah. 

Perjalanan masih jauh... 

Selasa, 3 Disember 2019

SCAMMER : 011-12523169 DAN 010-8555547

Assalamualaikum

Terlampau sibuk dengan closing account sampai dah beberapa hari tak update.Hari ni aku nak kongsikan kisah sacmmer yang dah berjaya makan duit mangsa melalui transaksi online walaupun mangsa tak layan dan block.Licik dan jahanam betul penyangak ni. Ini kisahnya.


Bismillahilrahmanilrahim.

Dilla & suami nak mintak maaf sangat pada yang tak putus2 wasap & bertanya pasal isu akaun kena hacked & scammer dengan jumlah yang sangat besar. Kami sebenarnya masih mod tanjat sungguh.

Kejadian ni berlaku 1/12/2019 jam 5petang. Masa tu baru lepas tengok Ejen Ali The Movie kat Paya Bunga Square dengan anak anak.

So masa dalam lif, ade nombor tak kenal call. Suami tak angkat. Call lagi. Call lagi. 
Masa tu entah mcm mana Allah bagi rasa suami dilla serabut, nak marah dengan orang yang call tu. 

Padahal kita orang bisnes. Mana tahu orang call nak beli tanah 2juta. Kan? 🀣

Tapi itulah Maha Kuasa Allah, 'rasa serabut' tu Allah yang beri. Jadi taknak angkat call tu. 

Then, bila tak angkat call. Dapat wasap. 
Dia kata dia ni
-Beli barang dengan Lazada.
-Silap masuk nombor phone
-Jadi tak boleh cancel order tu unless bagi TAC yang kita dapat tu pada dia.

Ehh dia ingat sonang2 kita nak pass ovee TAC pada diorang?

Soooo SAH SCAMMER! 
Dilla suh suami BLOCK!

Then, diorang tak puas hati. Diorang wasap nombor lain. Call nombor lain.

Kita BLOCK lagi! 

Masa tu dia wasap. Mintak jugak no TAC tu.
-Sebab nak cancel order. 
-Pastu dia bagitahu duit dah tolak dari akaun kita. (Ehh tiber. Apsal kau tolak duit dari akaun aku pulak. Kalo ikut logik kan?)

Then, kita BLOCK lagi.

Aishh tak putus asa betoi depa ni.

Dia wasap nombor lain lagi.

Masa ni dah START UGUTAN! 
-Cik kalau tak bagi TAC, kami akan sekat duit encik.
-Kalau encik tak percaya, buka M2U sekarang & tengok.. (Ehhh sesuke ati dia jee. Masa ni suami hampir buka M2U. Tapi dilla sekat. Sebab risau masa kita login dia dapat access. Tiber aku ingat citer tamil yang hacked akaun tu & kosongkan duit dalam bank! Gilerr la membantu sunguh citer ni. πŸ˜‚)

So, takjadi buka M2U.

Diorang tak puas hati lagi wehhh.

Usaha lagi UGUTAN.

-Cik kalau tak percaya. Tengok dalam akaun bank cik kami dah SEKAT 100k.
-Kalau Cik nak, hubungi kami. 
(Ehh ehh kau ni. Uji kesobaran kan?)

Nampak dia psiko kita suh buka akaun? 

Dannnnn kami memang tak buka! Tak layan.
Block terus.

Keje kami BACA, BLOCK, diorang CALL, BLOCK lagi. πŸ˜‚ 

Sampai laa tido lena malam tu..
Esoknya Maha Kuasa Allah, buat kami rasa nak kena pegi BANK.

Check ATM, MasyaAllah memang TAKDE 100K! 😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨😨

Suami kata, "sayang! Memang takdok 100k!"

Terus pegi jumpa member pegawai bank.

Dan, dia bukak. Memang ade transaksi RM100k keluar dari akaun. 
Ya Allah. 

Tapi waktu tu ibarat 90% dah nak berjaya 
Dia tunggu TAC jer dari kami.

Dann sebab tu dia tak putus asa call nak jugak TAC. & Tak mustahil diorang boleh buatkan TAC tu received pada diorang. 

Bayangkan laa kami panik, masa diorang cakap 100k dah disekat. Kami buka M2U tengok mmg takde duit tu. Memang kemungkinan kita akan dgr cakap diorang.

Kemungkinan dia akan mintak kita ikut apa dia boleh "tolong"
Masa ni lah, dia PSIKO akan sambung pada BANK NEGARA laa, sambung call pada PDRM laa. Ehh macam2 laa depa boleh buat!

Realiti begitu.

Tapi apa yang Dilla boleh decode,
Allah lindung kami.πŸ˜”

Sungguh, Allah hadirkan orang yang membantu waktu tu.
Buat beberapa step & akhirnya duit tu reverse balik masuk acc. & terus tutup akaun tu. Block semua. 

& pegawai bank sendiri cakap ramai dah yang kena.

Habis tu? Takkan nak biarkan makin ramai kena?

Apa nak buat? Itu yang kami nak SHARE nanti. Jam 3petang LIVE di FB PERSONAL ni. 

----------
Ada yang kata,
- Itulah pegi layan sangat call scammer
(Hai awak. Dilla & suami tak angkat pun call dari diorang!?

-Tulah, layan sangat nombor tak kenal
(Ehh awak masa tu kita tak layan punnn. & kalau nombor tak kenal sebenarnya memang kita angkat. Kita kan orang bisnes. Biasa laa nombor tak kenal call πŸ˜ͺ)

- Tulah, papar sangat kekayaan
(Ehhh kaya ape nye. Kita ni tak show off pun. Ramai lagi yang show off ade je yang kenaπŸ˜ͺ Makcik pakcik orang tua yang takde pesbuk ke ape ke ramai je yang kena? So? πŸ˜ͺ)

- Tulah, nege online ni risiko gitulah
(Ehhh dohh ni lubuk cari makan. Opkos laa kena guna πŸ˜ͺ Pastu?)

- Tulah, simpan duit banyak sangat dalam akaun. 
(Pastu nak simpan rumah awak? πŸ˜ͺ Bukan nak kata kita banyak duit. Tapi kita orang berniaga. Masih ade cerdik sikit Allah bagi. Tak simpan 1 akaun je. )

- Tulah, nilah tulah nilah. Sampai kiamat tak habis. Macam2 pandangan manusia. Yang membantu iyerla. Yang tak membantu ramai yang "membijokk"

Tak kena sedap cakap.
"Ngomongnya bisa ajaaa... Gajah juga bisa terbang kok...πŸ˜ͺ"

Tiber kuar indon. Ni nak marah la ni. Mesej tu pon masa tu ade dialek indon sikit. 

Apa dilla boleh bagitahu, kami memang over syukur sangattt dah. Sebab Allah lindungi kami. 

Alhamdulillah. Thumma Alhamdulillah.❤️

Nanti suami Dilla expose lebih details la ya.
Insya Allah. 

Terima kasih baca sampai habis. 
Silakan #SHARE

#MeksiFounder
#NURRIFA
Nombor telefon yang digunakan Scammer
011-12523169
010-8555547

Ok.pendek kata apa yang dapat aku simpul kan..scammer ni betul-betul anak haram. 100k duit orang kau makan ye?? Ha..tunggu lah..tak selesai kat dunia..akhirat ada tak kira apa agama kau!

Isnin, 2 Disember 2019

SCAMMER : SMS PENEBUSAN HADIAH

Assalamualaikum

Info dikongsikan dari Cyber Crime Allert

Tipu SMS / Menang Hadiah !!

Sebelum ni admin ada share tentang SMS yang dihantar oleh scammer dan minta mangsa hubungi no 1-800-xxx kan? Kali ini admin nak kongsikan SMS yang dihantar kepada mangsa dan meminta mangsa untuk layari laman web tertentu bagi menuntut hadiah.




Dibawah adalah screenshot laman web oleh scammer untuk peraduan Boost. Laman web ini akan meminta mangsa untuk log in ke perbankan internet dengan memasukkan no telefon,  username dan password.

Untuk membuat transaksi, TAC akan dihantar ke nombor telefon mangsa. Sindiket akan menghubungi mangsa dan meminta no TAC dan seterusnya wang berjaya dipindahkan.

Maka berhati-hati. Jika anda tidak pernah menyertai pertandingan apa-apa. Jangan mudah percaya. Tiada cara untuk cepat kaya.

Admin nak pesan:- 
SEMAK laman web berkaitan di Google. Hubungi syarikat terlebih dahulu untuk pengesahan. 

Terima kasih kepada pemberi maklumat di Infoline CCID. Bersama-sama menentang jenayah. 

#BeSmart
#PDRM
#Awareness
#CyberCrime
#TipuSMS
#TipuBoost

Ahad, 1 Disember 2019

SCAMMER : 1800 81 8945 DAN 1800 81 3124

Assalamualaikum.

Info dari Cyber Crime Allert.Berhati-hati dengan nombor 1800-81-8945 dan 1800-81-3124.





TIPU SMS.. !!

Admin dimaklumkan bahawa scammer sekarang bergiat aktif menyebarkan SMS menyatakan bahawa perbankan anda telah di cas untuk Lazada,Expedia menang Boost dan lain-lain. 

SMS ini dihantar menggunakan nombor telefon bimbit. Kemudian mangsa diminta menghubungi nombor yang tertera di dalam SMS tersebut.

Nampaknya BSN telah keluarkan notis menafikan nombor telefon 1-800-81-3124 tersebut. Admin dimaklumkan juga ada banyak lagi nombor yang digunakan scammer sebenarnya.

Tips dari admin :-
1. Jika anda terima SMS begini dari no telefon bimbit. ABAIKAN.
2. Jika anda berasa was-was, sila ke bank berhampiran anda untuk membuat semakan.
3. Jika anda tidak sempat untuk ke bank, sila semak no telefon bank di belakang kad ATM anda atau Google untuk nombor call center bank yang betul.

Jangan kalut. Keep calm. Jika anda tidak pernah membuat transaksi berikut, pihak bank akan membuat siasatan dan update anda.  

Admin ada cuba call ke beberapa nombor tersebut dan kebanyakkannya sudah tiada dalam perkhidmatan. Mungkin dah kena block. 

Tapi..jika anda ada menerima SMS tersebut dan ada nombor-nombor lain, anda boleh adukan ke infoline JSJK di no: 013-2111222 (whatsapp sahaja) atau kepada SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/.

Sama-sama banteras jenayah.

#BeSmart
#PDRM
#Awareness
#CyberCrimeAlert
#TipuSMS

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...