Rabu, 30 Disember 2020

HADIAH PENGANTIN BARU DAN SAMU GIKEN

 Assalamualaikum.

Aku nak berkongsi kegembiraan. Betullah kata orang..buat baik dibalas baik. Buat ikhlas dibalas juga dengan ikhlas.

Ceritanya macam ni..anak buah kat ofis aku, baru saja melangsungkan perkahwinan. Masa hari majlis,aku tak dapat hadir kerana aku balik kampung. Anak buah aku ni, baik sangat orangnya.  Aku anggap macam adik sendirilah. Kalau aku ada adik perempuan,memang aku pinang dia jadi adik ipar.

So, masa hari majlis, aku sengaja tak beli apa-apa hadiah,sebab aku nak tau apa hadiah yang dia dah terima. Aku plan nak bagi kat dia sesuatu yang dia belum dapat. Kiranya..biarlah aku jadi yang terakhir bagi hadiah.

Seperti biasa, shopee adalah tempat shopping utama aku sekarang. Aku cuba cari barang yang berguna, berkualiti, dan yang semestinya ada "value of money".

Akhirnya, aku terjumpa ini..

Smart & Multifunction Elektric Digitital Cooker dari Samu Giken.

Disebabkan aku nak surprisekan anak buah aku ni, maka aku dengan tebal muka,cuba chat admin Samu Giken OS ni untuk minta tolong.





Asalnya aku nak minta dia just masukkan simple note aje dalam kotak..tapi tak sangka, dia siap buat design cantik-cantik..aduhai..rasa nak lompat bintang.

Servis yang terbaik dan sangat-sangat rare kata orang. Aku berterima kasih sangat kat admin Samu Giken OS ni. 

So,kepada korang, yang nak beli hadiah (barang elektrik) aku rekomen sangat dengan seller ni. Pasti tak menghampakan.

To Samu Giken admin..thanks a lot..i really appriciate with your kindness. Thanks again.

Selasa, 29 Disember 2020

GAJET DAPUR : BARBEQUE GRILL

 Assalamualaikum.

Lama tak berkongsi hal duniawi seorang isteri ni. Apa lagi kalau bukan perihal gajet dapur.. 

Baru-baru ni, aku berkumpul dikampung, buat steamboat. Tapi anak-anak request nak buat barbeku. Masalahnya, tak ada pemanggang yang sesuai untuk digunakan dalam rumah.

2hari lepas, aku cuba tengok dalam Shopee, ada banyak jenis gril barbeku dipasaran, dari yang berjenama hinggalah yang tak tahu mana asal-usul.

Makanya, aku memilih untuk membeli yang berjenama. Kalau bab alat dan perkakasan elektrik, memang aku akan beli yang berjenama,bukannya apa, kalau apa-apa berlaku,rosak ke apa ke..ada warranty dan pusat servis pun mudah nak cari.

Cari punya cari, aku jumpa jenama Tefal. Harga tak mahal sangatlah pada aku. Masih dibawah RM200 dengan menggunakan penebusan coin serta voucher kedai.

Tefal Planca Malaga namanya



Kalau korang tengok di pasaran ada yang harga RM190 kebawah..itu adalah model terdahulu dari yang aku tunjukan ni. Bezanya pada permukaan atas sahaja.
Ini yang aku maksudkan. Permukaannya licin semua,tapi model yang aku beli permukaannya ada garis-garis. Kelebihan garis tu,minyak dari makanan tak akan menyerap pada makanan sebaliknya akan turun kebawah(keluar).

Dengan adanya gril barbeku ni, bolehlah buat barbeku dalam rumah bersama keluarga..bila-bila masa. Nak gril sate pun boleh..mudah kan..? tak payah fikir nak buat arang ke bara..Macam best je bunyinya. 

Dengan pembelian gril barbeku ni,maka bertambahlah gajet dapur aku.

Itu aje untuk aku kongsikan dengan korang.

Isnin, 28 Disember 2020

MY BARIATRIC LIFE : #7 HARI KE-70

 Assalamualaikum

Rasa macam baru discharge hospital. Rupanya hari ini dah masuk hari ke-70. Seperti biasa setiap 10hari aku akan rekod timbangan.

Target 1minggu turun 1kg. Bunyi macam gila ..tapi betul,memang gila..azab gila weh nak capai target tu.

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg

Dalam 70hari, Alhamdulillah,aku dah turun 15kg. Rasanya macam agak slow berbanding orang lain. Macam yang doktor cakap, tiap orang tak sama. 

Aku pun macam dah tak tahu nak makan apa. Sekarang aku dah alergik dengan tembikai. Bila aku makan tembikai,kulit muka terasa gatal dan merah. Bunyi macam pelik,tapi itulah yang berlaku. Aku cuba google bab alahan tembikai,tapi tak jumpa.

Aku mula sedar aku alah dengan tembikai sebab muka aku mula terasa gatal walaupun aku tak ada makan apa-apa seafood. Tapi setiap hari aku makan tembikai. Sampai kena tegur dengan anak buah kat ofis,kenapa muka merah. So,aku pun buatlah testing. Aku biarkan perut betul-betul kosong,lepas tu aku terus makan tembikai. Tak lama..tak sampai setengah jam,muka aku dah mula gatal-gatal dan merah. 

Nampak gaya kena cari buah lain sebagai alternatif. Sayuran pun aku dah mula makan tapi dalam kadar yang sedikit.

Dengan berat sekarang,aku risau naik semula. Harapnya..istikhomah turunlah.. 

Khamis lepas HRPB call aku tanya sama ada aku masih pakai CPAP atau tak. Terus aku potong cakap dia..aku cakap,aku dah buat pun operation kat KL sebab tunggu Ipoh lambat sangat. Kalau nak tunggu Ipoh, sampai harini pun belum tentu aku dah operate,sah-sah tahun depanlah jawabnya.. So,tak apalah..terima kasih sajalah. Aku dah selamat pun! 

Jumaat, 18 Disember 2020

MY BARIATRIC LIFE : #6 HARI KE-60

 Assalamualaikum.

Apa khabar korang yang masih setia berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. Ada yang datang kesini sebab nak cari info pasal Bariatrik.

Hari ini masuk hari ke-60 selepas aku menjalani pembedahan. Alhamdulillah, ada sedikit penurunan.


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg

Kalau nak diikutkan, timbangan sebenar 108.12kg. Tapi aku bundarkan ajelah angka tu. Ada 1 perkara aku nak kongsikan. Otot aku dah makin menggelebeh terutama lengan. Risau pulak tengok. 

Bagi membantu aku mengecilkan saiz badan dan mengurangkan gelebeh, aku pakai korset berlengan dan girdle labuh. Alhamdulillah..rasa selesa dan lebih yakin.



Kedua-dua ni aku beli di Shopee. Kalau korang nak..boleh je cari di sana. Aku tak kongsikan nama seller sebab tak nak promote free(aku beli pun tak dapat diskaun ..huhuhu)

Menu aku seperti biasa, masih juga tak sentuh nasi, tapi aku dah mula makan sayuran. Kiranya 1 bulan pertama aku makan protien sahaja(ayam,ikan) dan bila masuk bulan ke-2 ni, aku tambahkan sayur hijau biasanya yang dimasak air.

Sesekali aku derhaka makan benda/kuih bergula dalam kuantiti paling sedikit untuk lepas gian.

Itu aje untuk hari ini. Doakan aku terus istikhomah.


Ahad, 13 Disember 2020

BARIATRIC INFO : KOS PEMBEDAHAN BARIATRIK

 Assalamualaikum.

Saja nak berkongsi dengan korang yang sedang mencari-cari info mengenai pembedahan bariatrik. Aku faham sangat..nak cari info penuh pasal bariatrik dalam BM ni agak terhad. Bila join group-group pun, kadang-kadang soalan tak berjawab. Kena ingat, tak semua orang suka berkongsi..semuanya kalau boleh nak rahsia.. tapi aku tak macam tu ye..kalau tak, tak adalah panjang berjela aku menulis disini. So, aku harap dengan entri yang aku kongsikan ni, dapat membantu korang.

Pic : credit to google /unknown owner


Menjadi persoalan pertama sebelum pembedahan.. berapakah kos pembedahan bariatrik? Sebenarnya,kos ni tak menentu. Bergantung kepada keadaan pesakit, dan dimana yang korang nak buat. Hospital kerajaan atau swasta..itu saja bezanya. 

Di sini aku kongsikan lokasi dan harga anggaran untuk panduan korang semua.


HOSPITAL KERAJAAN/SEMI

1.Hospital Taiping : RM16k

2.Hospital Kuala Lumpur : RM12k  (Dr.Dato Tikfu Gee atau Dr.Zubaidah)

3.Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh : RM10k (Dr.Satkunan Mark)

4.Hospital Sg.Buluh : **kos tiada info (Dr.Shukri Jahit)

5.Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM/UKMSC) : RM24k (Dr.Nik Ritz)

6.Pusat Perubatan Universiti Malaya : **tiada info

7.Institut Kanser Negara (IKN) : **tiada info

8.HUSM Kubang Kerian : RM8.5k(bypass), RM7.5k(sleeve) (Dr.Nizam)


HOSPITAL SWASTA

1.KPJ Damansara : RM36k 

2.iHeal Medical Center : RM20k (Dato Dr.Tikfu Gee)

3.Prince Court Medical Center : **kos tiada info (Dato Dr.Tikfu Gee)

4.Cenglid Hospital : RM29-RM35k (Dr.Mustafa)

5.Gleaneagles : RM37k

6.Island Hospital,Penang : RM25k

7.KPJ Penang : RM30k (Dr.Wan Najmi)

8.Salam Medical Center,Shah Alam : RM30k

9.Regency Hospital, Bandar Seri Alam JB : RM35k (Dr.Lim Huay)

10.Avisena, Shah Alam : RM30k


Buat masa ini,hanya ini yang aku boleh kongsikan. Ada beberapa tempat/hospital yang aku tak pasti kosnya,tapi insya Allah aku akan update kan bila dapat info nanti. 

Sekali lagi aku ingatkan semua ye. Kos tu hanya anggaran sahaja. Boleh jadi lebih atau mungkin kurang dan nama pakar bedahnya mungkin berbeza di masa-masa akan datang.

Apapun, pastikan kewangan korang adalah kategori mampu.. barulah fikirkan, nak buat atau tak.

Sekian untuk kali ini. Semoga bermanafaat.

Selasa, 8 Disember 2020

MY BARIATRIC LIFE : #5 HARI KE-50

 Assalamualaikum.

Hari ke-50. Agak tertekan sebenarnya. Macam yoyo naik turun je berat ni. Genab jugak 50hari tanpa nasi. Sesekali cubit karbo dari kentang dalam kuantiti lepas gian. Sikit pun jadilah.

Nampak carta ni? 
Ini rekod yang aku catatkan bermula dari tarikh pembedahan dan kemudian 10hari berikutnya
18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg


Tak tahu nak marah siapa. Nak salahkan makan..serius memang aku jaga makan. Minum memang tak boleh sampai 1 liter. 2hari lepas aku dah mula bersenam dengan mengayuh eliptical bike dalam bilik selama 1 jam. Aku akan cuba buat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Walaupun berat agak lambat turun..tapi baju-baju lama yang ketat dilengan, aku dah boleh pakai. Apapun..azam aku,sebelum follow up pada bulan 2 tahun depan, aku nak cuba capai berat 100kg. At least dalam tempoh 4bulan dari hari pembedahan, aku boleh turun 22kg..itu sudah dikira pencapaian besar dalam hidup.

Doakan aku terus istikhomah.




Sabtu, 28 November 2020

MY BARIATRIC LIFE : #4 HARI KE-40

 Assalamualaikum.

Hari ke-40. Berat aku turun naik..turun naik.. tapi mujur tak kembali ke berat asal sebelum pembedahan. 

Bangun pagi terus aku timbang.


Turun sedikit. Mungkin sebab aku dah mula makan makanan solid..dan aku cuba minum sekurang-kurangnya 1 liter. 

Payau tekak dengan air kosong, aku masukkan bunga chrysantimum dan stevia dalam air. Alhamdulillah..laju lah jugak minum tu.

Baju makin longgar terutama di bahagian lengan,sebab sebelum ni,banyak baju kurung yang aku pakai ke pejabat,tak boleh pakai sebab ketat di lengan dan perut. Tapi kali ni aku dah boleh pakai baju-baju tu semua. Cuma berat aje tak kurang..naik..lepastu turun.. lepas tu naik..lepas tu turun macam yoyo.

Apapun, aku masih lagi tak menjamah nasi. Hanya makan ayam,ikan, soun yang aku olah resepi supaya akan selera untuk makan. Sukatan portion juga ikut macam yang dietitan bagi. Tak lebih.

Risau juga..payah sangat nak turun ni. Lepas ni..nak kena cari masa untuk bersenam juga dengan eliptical bike aku.

Doakan aku istikhomah.


Sabtu, 21 November 2020

BARIATRIC INFO : STEP BY STEP

 Assalamualaikum

Baru-baru ni, aku ada terbaca di group Bariatrik, ada yang bertanya apalah ye step-step atau prosedur untuk menjalani pembedahan ni? So, hari ini ada kelapangan sikit, dan aku akan berkongsi info. Sebelum ni pun aku dah berkongsi panjang lebar pengalaman aku. Kalau nak baca penuh..klik aje tab kanan blog ni yang aku tulis MY BARIATRIC JOURNEY


Credit to : google and owner


Untuk entri ni aku ringkaskan bagi mudah korang nak faham. Aku bahagikan kepada 5 fasa;


FASA PERTAMA -STEP MULA:

1.SURAT RUJUKAN : pergilah kemana-mana hospital/klinik kerajaan, ceritalah dengan doktor,masalah yang korang hadapi dan mintak doktor buat surat rujukan atau cadangan untuk korang buat bariatrik bagi merawati masalah kesihatan korang. Masa ni korang boleh minta doktor tuliskan nama hospital yang korang nak pergi.

2.TARIKH TEMUJANJI : bila dah dapat surat, korang telefonlah hospital mana yang korang nak pergi, dan bagitahu korang dah dapat surat rujukan. Nanti diorang akan bagi tarikh temujanji pertama. 

Disini..aku nak bagi tips. Tips untuk mempercepatkan tarikh pembedahan. Kalau korang mampu dan ada modal sendiri, korang pergilah ke hospital swasta dan buatlah 4 test saringan utama iaitu: blood test, ultrasound, scope, sleep test.
Korang boleh bagitau,test ni untuk buat bariatrik. So taulah diorang apa nak buat. Kalau korang tak mampu, tunggulah jumpa doktor pada tarikh temujanji.


FASA KE-2-TEMUJANJI DAN TEST :

1.TEMUJANJI PERTAMA : Hadirlah temujanji pertama. Disini nanti korang akan diberi surat rujukan untuk buat 4 test saringan utama. Kalau korang datang dari jauh, minta kat doktor untuk buat di hospital yang terdekat dengan korang. Kalau korang nak buat disitu juga, pun boleh. Ikut mana yang korang rasa mudah. Dan kalau korang dah ada result 4 test (seperti tips yang aku bagi kat atas tu) korang tunjukkan sajalah kat doktor. Biasanya dia akan terima dan dia akan aturkan temujanji untuk pakar bius pula. Jika tidak.. maka korang kena selesaikan 4 test saringan tu dulu.

2.JUMPA PAKAR BIUS : bila semua 4 test saringan dah ok, doktor akan bagi tarikh untuk jumpa pakar bius. Bacaan ECG atau jantung akan diambil. Kalau semua ok, biasanya korang akan dapat tarikh temujanji baru untuk bincang tarikh pembedahan. 

3.TARIKH DAN PERSEDIAAN PEMBEDAHAN : untuk part ni, korang akan jumpa doktor untuk bincang tarikh. Bagi penjawat awam, sediakan Borang Perubatan 1/09 untuk doktor isi dan tandatangan. Bab tarikh, terpulang kepada doktor bila dia nak bagi..masa itu juga atau dia akan call kemudian. Dan korang balik dan uruskan apa yang patut..kalau bukan penjawat awam, masa inilah korang kena sediakan bayaran.


FASA KE-3 -PRA PEMBEDAHAN:

1.FINAL TEST : untuk final test, korang kena buat 2 lagi ujian sebelum pembedahan iaitu chest x-ray dan blood test. Pengalaman aku pulak..ditengah musim Covid..aku kena buat swab. Malang sungguh!

2.MENTAL SUPPORT :sebelum pembedahan, biasanya dietitian akan bagi panduan samada secara berjumpa atau melalui telefon. Akan diberinya panduan sebelum dan dan selepas pembedahan.


FASA KE-4 -PEMBEDAHAN:

1.ADMITTED DAN PEMBEDAHAN : inilah part yang ditunggu-tunggu. Admit dan tunggulah perut korang dipotong..

2.FOLLOW UP PERTAMA : selepas discharge korang akan melalui follow up pertama. Masa ni agak kritikal sebab baru je lepas bedah. Pantang kena ikut.


FASA KE-5 -PASCA PEMBEDAHAN:

Inilah yang sedang aku lalui sekarang..so tak ada apa nak cerita lagi.boleh je terus baca blog aku ni. Dari segi anggaran masa yang tepat, aku tak dapat bagi sebab bergantung kepada situasi dan keadaan kesihatan korang serta keadaan semasa.

Sekian perkongsian aku..kata nak ringkaskan..tak ringkas jugak rupanya. Apapun..selamat berjuang untuk semua. Doakan kita sama-sama sihat dan terus istikhomah.. aaminn..

Rabu, 18 November 2020

MY BARIATRIC LIFE : #3 HARI KE-30

 Assalamualaikum.

Sudah sebulan berlalu selepas operation dan aku sudah mulai makan. Menu hanya ikan, ayam, soun. Kadang-kadang kenyang dengan buah tembikai.

Nak minum air kosong,tekak aku macam tak boleh terima. Sedangkan sebelum ni, aku jarang minum air manis. Sudahnya setiap hari aku minum air yang dititis dengan stevia. Kalau tak,langsung aku tak lalu nak minum. Baru-baru ni,aku cuba minum air kelapa muda ori, titis stevia..laju pulak aku minum. 

Berat aku sudah 1 minggu tak berganjak. Haritu dah turun 110kg.. sekarang naik ke 112kg.. berat ni berat kering ye..maksud berat kering ni..berat tanpa baju tebal...(kau paham-paham sendiri lah) kadang turun kadang naik sekitar tu juga. Aku tanya dengan dietitian,dia kata itu biasa.

Dan yang aku turun mendadak tu tak bagus sebenarnya. Biar turun sikit-sikit lebih selamat.


Aku gunakan Apps Myfitnesspal untuk rekod berat aku.

Risau jugak aku..

Kalau ikut cara aku diet lepas operation haritu..memang hari-hari turun. Disebabkan dah mula makan,boleh naik balik. Makan pun betul-betul aku ambik protien. Nasi dah sebulan aku sentuh. Air cuba juga 1liter kadang-kadang tak lepas. Buah tembikai boleh dikatakan hari-hari sebab bantu aku "minum" air masa makan buah.

Tapi, baju mula rasa longgar. Alhamdulillah. Menu aku pun, bakar, rebus, kukus. Kadang-kadang rasa muak nak muntah je dengan menu tu. Soun aku goreng macam bihun..minyak 1 sudu utk tumis bawang. 

Susu pulak selang 2-3hari minumlah 1cawan. Multivitamin aku akan mula ambil esok. So,tunggulah sebulan lagi untuk tengok kesan..berjaya atau tidak.

Doakan aku..



Jumaat, 6 November 2020

MY BARIATRIC LIFE : #2 FOLLOW UP KE-2

 Assalamualaikum

05.11.2020.. selepas 16hari pembedahan, aku kembali ke HKL untuk 2nd follow up. Jam 9 pagi,makanya aku bertolak awal sehari.


Seperti biasa seawal pukul 8 aku dah sampai. Dalam pukul 9.40,sampai giliran. Berjumpa dietitian dulu.. berat hari ini 111kg (turun 11kg). Tapi, aku ceritakan yang aku hilang selera makan,mulut rasa pahit dan payau. Betul-betul aku hanya minum ..dan liquid diet. Dietitian cakap..penurunan ini tak bagus untuk aku sebab makanan aku tak berkhasiat. Dan dia nak aku makan makanan solid. 

Aku juga mesti makan 5 kali sehari iaitu 3 menu protein dan 2 menu snek. 

Dan selepas tu jumpa Dr.Zu..pun advice perkara yang sama. Buntu aku..nak minum pun lidah rasa pahit. Nak tak nak..terpaksa.. air, wajib 1 liter untuk elakkan terjadinya batu karang.

Sebelum balik, kena ambil ubat gastrik lagi untuk 1 bulan. Dan follow up seterusnya pada bulan 2/2021.



Ahad, 1 November 2020

MY BARIATRIC LIFE : MINYAK IKAN

 Assalamualaikum

Semalam aku kongsikan jenis multivitamin yang aku beli. Hari ini aku kongsikan pula mengenai minyak ikan. 

Fungsi minyak ikan adalah untuk menurunkan tekanan darah, tahap kolesterol, mencegah penyakit jantung , pembekuan darah dan darah tinggi. Ia jugak baik untuk mata, kesihatan wanita dan otak.

Setiap individu dewasa disarankan mengambil sekurang-kurangnya 99g minyak ikan seminggu.

Cara nak pilih minyak ikan yang terbaik adalah;

  1. Pilih yang ada sijil IFOS (International Fish Oil Standart)
  2. Minyak dari ikan kecil (ikan besar lambat mati dan banyak kumpul toksin logam berat)
  3. Pilih yang ada Omega 3 yang tinggi. Omega adalah jumlah kandungan EPA+DHA. Cara nak tahu tinggi atau tidak begini:
Katakan 1 softgel berat 1000mg. Kandungan EPA 180mg, DHA 120mg➡️
EPA 180g + DHA 120mg = jumlah Omega 3 adalah 300mg
Berat softgel 1000mg - jumlah Omega 300mg = 700mg(ini adalah Filler atau minyak pengisi!)

Jika 1 softgel berat 1200mg. Kandungan EPA 340mg, DHA 260mg➡️
EPA 340mg + DHA 260mg = jumlah Omega 3 adalah 600mg
Berat softgel 1200mg - jumlah Omega 600mg = 600mg(ini adalah minyak filler)

Apa itu minyak pengisi? Minyak filler/pengisi adalah minyak yang digunakan untuk mengisi softgel selepas dah isi Omega 3. Minyak filler biasanya diproses dari mata atau perut ikan ataupun ada juga yang isi air sahaja sebagai ganti. So,berbalik pada niat asal,kita nak makan minyak ikan..bukan air ye.

Kaji punya kaji..maka aku pun pilih jenama ini.

Pristin Gold

EPA 480mg + DHA 360mg = 960mg Omega3
Berat softgel 1200mg - Omega3 960mg = 240mg filler
Nampak? Baki minyak filler hanya 240mg sahaja!
 Minyak ikan ini juga diperbuat dari ikan bilis,sardin dan kembung..ini adalah ikan kecil

Ok..itulah yang aku dapat hasil mengkaji dan menggugel. Kalau korang jumpa yang lebih baik (tinggi Omega3) boleh kongsikan dengan aku ye..

Kenapa pesakit bariatrik perlu mengambil minyak ikan? Sebab perut dah kecil, tak mampu makan banyak..maka supplement  inilah yang kita perlukan bagi memastikan badan mendapat nutrusi yang sepatutnya.

Itu sahaja entri hari ini..

Adiosss!




Sabtu, 31 Oktober 2020

MY BARIATRIC LIFE : MULTIVITAMIN

 Assalamualaikum

Dalam pasaran, tak banyak pilihan multivitamin khas untuk bariatrik yang aku jumpa. Setelah puas aku bandingkan kandungan vitamin-vitamin yang terdapat dalam setiap pil antara beberapa jenama, akhirnya aku jumpa 1 jenama buatan US. 

Shiny Leaf

Lama juga aku ambil masa untuk bandingkan dengan jenama lain.. aku kaji 1 per 1 kandungan mg setiap vitamin yang ada. Dan, inilah yang terbaik pada pendapat aku.

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok video ni.

Antara vitamin yang terdapat dalam Shiny Leaf ni.

Yang meyakinkan aku untuk beli adalah kerana ianya 100% vegetarian, bermakna tiada kandungan dari bahan haiwan.

Buat masa ini, aku tak akan makan lagilah multivitamin ni. Aku order awal sebab ini barang pre-oder..risau takut sampai lambat (15hari juga baru sampai). Insya Allah, cukup sebulan dari tarikh pembedahan, baru aku akan mula makan.




Jumaat, 30 Oktober 2020

MY BARIATRIC LIFE : SUPPLEMENT SELEPAS PEMBEDAHAN

 Assalamualaikum.

Sebelum aku menjalani pembedahan, aku ada berhubung dengan beberapa orang pesakit yang telah berjaya menurunkan berat badan. 

Kebanyakkan mereka mengambil supplement atau makanan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan nutrisi selepas pembedahan. Jangkamasa untuk mula mengambil supplement biasanya 1bulan selepas pembedahan.

So, sebagai persediaan awal, aku beli awal-awal, tapi sebelum beli, aku google dulu. Supplement apa yang perlu, kandungan supplement dan apa yang terbaik untuk aku yang dikategorikan bukan pemakan. Bagi orang yang pemakan, tak perlu rasanya supplement ni sebab rutin aku pun sehari 2 kali makan sahaja.

Buat permulaan aku beli Multivitamin khas untuk pesakit bariatrik, Minyak Ikan dan Vitamin B.

Inilah supplement yang aku beli.

Akan datang aku akan buat entri khas mengenai fungsi setiap 1 supplement yang aku beli ni.. 

Ok.. 
Adiosss.. 


Khamis, 29 Oktober 2020

MY BARIATRIC LIFE : #1 10 HARI PERTAMA

 Assalamualaikum.


Hari ini.. tiada lagi sambungan episod My Bariatric Journey memandangkan aku sudah selesai menempuh liku-liku dan pahit maung hanya untuk menjalani pembedahan. Pembedahan pun sudah selesai..alhamdulillah.

Hari ini juga genab 10 hari aku selesai dibedah. Kesan luka belum sembuh sepenuhnya..masih ada yang belum betul-betul kering dan aku masih tetap mencuci dan menyapu CMC untuk keringkan luka.

Hingga ke saat ini, aku masih tidak makan apa-apa hanya minum secawan susu Ensure+Myotien untuk sarapan dan selainnya air kosong disamping menghabiskan antibiotik yang maha pahit untuk ditelan. Serius aku cakap.. hingga ke hari ini juga, aku masih belum buang air besar..maklumlah,perut kosong..hanya berisi dengan air sahaja.

Masa mula admit ke wad haritu, berat aku 122.4kg dan masa 1st follow-up yakni 3hari lepas operate, berat aku 118.6kg. Lebih kurang 3kg dan rasanya itu hanya berat air kerana aku kurang minum.

Setelah 10 hari berlalu..berat aku turun ke 114.9kg (maaf gambar gelap kerana penimbang aku jenis kaca dan berbayang pulak aku kat atas tu)

Jika ikutkan, dietitian sudah minta aku makan makanan lembut mulai hari ke 3.. beransur-ansur ke makanan lain yang tinggi protein. Aku dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 42g protein sehari.

Tapi..tak terdaya lagi buat masa ini. Aku pulak masih dalam MC.. hanya berehat dan sesekali bangun ke dapur, sidai pakaian dan buat kerja-kerja ringan. Nak makan ikut jadual tu..rasa macam seriau tentang keadaan luka stapler di perut. Esok hari ke-11 mungkinlah aku akan cuba sesuatu untuk makan. 





Sehingga ke hari ini..aku masih dalam liquid diet. Doakan aku istikhomah.. target aku..dapat berat 90kg pun syukur Alhamdulillah.. doakan aku ye..


Sabtu, 24 Oktober 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #31 1ST FOLLOW UP

 Assalamualaikum.

Disebabkan aku discharge awal,maka Dato Gee tetapkan 2hari kemudian untuk follow up. Dan kebetulan hotel yang aku booking untuk suami pun last day pada tarikh follow up.

Follow up pukul 9,tapi 7.30 aku dah sampai, dan masukkan kad ke bakul. Ada-ada aje nak buat aku hangin dari haritu. Si kerani kat kaunter tu  panggil nama sape-sape ntah.. memang aku tak bangunlah..dah la perut rasa ngilu nak bangun kerap-kerap. Lastly aku bangun pergi tanya, nama aku bila nak panggil. Aku kata tadi dengar panggil ***RA.. nama aku bukan ***RA.. nama aku ***NA.  Boleh pulak tak mengaku salah.. "tadi saya panggil 3 kali dah"..aku jawab "yelah..bukan nama saya, takkan saya nak mengaku".  Tak mengaku salah lagi..dia kata lagi "saya tak reti nak baca tulisan tu.. ".. aku balas balik .. "kad tu bukan saya yang tulis..". Adoilah haih.. lain kali guna akal..panggil nama dan no.ic. Takkan itu pun nak ajar!

Dekat setengah jam..baru dia panggil nama aku yang betul untuk bagi nombor..tapi tak sampai 10minit, Miss C dietitian whatsapp aku, tanya aku dah sampai ke belum. Aku jawab..dah..dia suruh aku datang tetus ke bilik 25.

So,kat situ terus jumpa Dr.Zu..dapat consult serba sikit,sambung mc dan seterusnya consult dengan Miss C. Selesai dalam pukul 10, Dr.Zu bagi slip untuk ambil ubat gastrik yang aku mesti makan hari-hari.

Dengan pandangan kabur..macam orang..menapaklah pulak ke unit Farmasi.. mujur tak lama. Pukul 10.30 siap semusnya dan aku bertolak balik ke Kedah. Tadinya timbang berat.. dari 122kg sebelum operation, dah tinggal 118kg. Alhamdulillah.

Ubat gastrik untuk dimakan hari-hari

Mc dari Dr.Zu

Mc masa discharge


Cuma masih susah menelan air dan ubat..rasa macam tersangkut di dada.. 

Itulah coretan perjalanan bariatrik aku yang maha sukar..terpaksa menempuh pelbagai dugaan selama 1tahun 2bulan (29.08.2019-22.10.2020) untuk sampai ketahap selesai pembedahan.

Dan selepas ini, aku mulakan dengan azam baru..untuk cara hidup yang lebih sihat. Doakan moga aku istikhomah dalam meneruskan perjalanan bariatrik aku ini. Dan follow up seterusnya pada 05.11 2020. 

Baki kantung perut yang pernah suatu ketika dulu pernah mengisi dan terisi dengan segala mak nenek makanan.. kini hanya tinggal kenangan. 


Jumaat, 23 Oktober 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #30 DISCHARGE DAN WAD 3RD CLASS

 Assalamualaikum.

Lega dapat aku lepas geram pasal seekor manusia seperti yang aku ceritakan sebelum ini. 

Masa aku sedar dari bius, tangan kanan pulak dicucuk untuk drip.. di flash segala ubat dan drip di wad biasa.. dan inilah hasilnya.

Bulat macam belon

Ini tangan aku yang normal..nampak tak beza?



Ini keadaan biasa..beza atau tidak?

Tangan aku membengkak sampai tag yang pakai ditangan terasa ketat. Aku panggil nurse dan tanya.."normal ke bengkak macamni? " barulah diorang kalut "bump..bump" katanya. Panggil doktor pasang jarum ditempat baru pulak.

Kalau aku tak panggil,silap-silap tangan aku meletup macam belon.2 hari pun tak surut sepenuhnya bengkak tu. Sampai untuk aku bangun,aku tak mampu tak tekan tangan untuk tahan badan.. korang bayangkanlah macam mana keadaan..

Doktor yang datang,cuba nak pasang ditangan kiri semula, aku kata,kalau pasang tangan kiri,aku nak bangun tak boleh sebab tangan kiri sajalah yang kuat,tangan kanan dah bengkak bulat sampai tak boleh genggam apa-apa. Dia nak pasang dikaki..dah tunduk pun cari point..tapi katanya nanti aku nak ketandas susah.. akhirnya..

Cucuk dilengan!

Berbalik kisah aku sakit dada..mujur doktor berbangsa cina yang ada perikemanusiaan ini, kerja pagi tu. Dia panggil team nurse ECG, untuk check jantung. Sebab aku mengadu dada masih sakit. Ada juga ikhtiar dia nak tolong aku. Walaupun lain bangsa, lain agama, tapi ..korang nampak tak bezanya kat mana?

Dikalangan Islam ramai yang berperangai kafir.. tapi dalam kalangan kafir masih ramai juga yang bersikap Islam.. 

Korang fahamkan??

Mujur Dato Gee datang dan discharge kan aku segera. Bagai berada dalam sauna wad ni. Boleh gila aku dibuatnya. Sebelum balik, suami tolong ambilkan ubat untuk aku.

Antibiotik untuk dihabiskan..beserta ubat tahan sakit 3 peringkat.

Ini pula, wakil Celio(pembekal stapler) datang dan bagi untuk semua pesakit.

Selesai discharge, aku pulang ke hotel dan dapatlah tidur dengan selesa,walaupun kerap terjaga kerana sakit belakang dan pedih ulu hati belum lega sepenuhnya.


Khamis, 22 Oktober 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #29 ANEAST CELAKA

 Assalamualaikum..

Aku ambil masa 2hari untuk mencari mood yang hilang hanya kerana aneast celaka. Kenapa?? Biar aku ceritakan..sebab sampai hari ini aku tak boleh lupa.. geram marah sedih kecewa semua bercampur baur.

19hb tarikh operation. Aku mula puasa jam 6petang 18hb sebab malamnya aku tak ada makanan untuk dimakan. Akhir aku minum jam 6pagi. Sampailah jam 6 petang 19hb, nama aku belum dipanggil. Kepala aku dah rasa pening.. tahu dah..gastrik dah datang..angin tangkap kepala dulu.

Pukul 6.30petang baru nurse datang minta aku tukar baju. Dapat tak korang bayangkan.. aku berpuasa 24JAM!. 

Lepas selesai operation, aku dikejutkan dari bius dan pada waktu tu, dada aku bagai ditikam pisau. Dalam keadaan separa sedar, aku memanggil sesiapa saja meminta tolong. Aku agak waktu tu mungkin dah cecah jam 11 malam.

Pedih hulu hati sampai aku rasa tak boleh nak bernafas, sedangkan 4 jari aku terhiris tin tajam hampir putus pun aku tak menangis, tapi yang ini aku menangis, tapi si aneast(jantan) yang jaga aku pada waktu tu,boleh je ignore aku. Aku merayu minta tolong, haram pun tak pedulikan aku. Yang aku ingat dia kata sambil sebut nama aku "sikit je..tadi ok je..dah sedar ni macam-macam" wah..anjing betul. 

Kalau tak sakit aku tak panggil. Yang aku rasa tangan aku menggigil sambil tekan tengah dada. Dekat 15minit rasanya aku menangis merintih sakit,baru dicucuknya ubat. Dalan separa sedar, selimut tersingkap didada(ini memang aku pun tak sedar) dengan tak ada perikemanusiaan, boleh dia kata kat aku "tutup sikit dada tu".. kalau kau ada otak..tau batas aurat, tak bolehkah kau bangun dan tarikkan selimut tu? Walaupun mata kabur,aku nampak riak wajah dia macam tak puas hati dengan aku. Kalau dah rasa tak boleh nak kerja untuk orang awam,elok kau berhenti je. Aku pun penjawat awam..tapi tak ada la perangai sesial kau.

Dan masa aku di pass untuk di tolak ke wad semula..ayat ni yang keluar dari mulut dia "tadi ok je.. dah sedar, macam-macam pulak dia".  Kalau aku mampu bangun masa tu..memang aku nak balas balik..kau tak layak jadi aneast manusia..elok kau kerja dengan binatang.

Dengan tak pasal-pasal, si celaka ni tolak aku ke wad biasa yang panas ya rabbi.. dan sepanjang malam aku tak boleh tidur walapun kipas berpusing..mana lagi dengan pedih ulu hati yang amat sakit seumur hidup baru aku rasa macamni. Terpaksa aku minta tolong nurse dan doktor di wad tu untuk bagi aku apa-apa ubat dengan harapan aku boleh tidur dan sakit tu reda. Mujurlah aku guna GL untuk wad kelas 1..kalau kena bayar,aku akan tuntut ganti rugi.

Akhirnya ubat sampai. Pun begitu mata aku tak mampu untuk lelap. Panasnya memang aku tak tahan..membahang..2-3kali aku cuba gagahkan diri,bangun untuk duduk sebab dada masih sakit. 

Jam pukul 3 bila aku tanya pada nurse..aku masih taj boleh lelap dengan dada rasa masih sakit. Rasanya dalam jam 5pagi, nurse datang lap badan,tukar baju..rasa sejuk sikit dan barulah aku terlelap seketika bila aku terjaga..ya Allah..hinanya keadaan diri,dengan keadaan aurat aku terbuka. Dimana aku nak cari tudung..macam mana aku nak berjalan, semua barang aku ada di wad 14. 

Dipendekkan cerita, nurse tolong ambilkan beg tangan aku supaya aku dapat call suami, suami datang..terkejut tengok aku..yang tak pernah aku buka rambut dikhalayak. Aku menangis depan suami..suami pun nak marah..tapi aku kata kat suami..nurse sini tak salah. Yang salah sil aneast celaka tu.

Dato Gee datang melawat sekitar jam 2petang dan benarkan aku discharge sebab  kes convid makin bertambah dan minta aku rehat dihotel saja.

Akibat dari  celakanya aneast buta perut tu, cermin mata aku hilang masa suami pergi ambil barang aku di Wad 14..ntah penyangak mana yang ambil..dan bila aku balik ke hotel..aku demam kerana kesan bius dan tidak cukup tidur.

Aku hanya minta Allah pulangkan balik segala perbuatan buta perut dan tak berperikemanusiaan tu kat dia. Aku harap dia baca blog aku ni. Sorry..aku tak boleh maafkan dia. Kepala aku bertambah pening dengan pandangan kabur.. tak pasal pulak nak kena buat cermin baru. Zalim! Kau memang zalim.tak ada maaf untuk kau. Moga kesakitan dan kesusahan yang aku rasa,akan berbalik pada kau. Aaminn!!!

Aku jarang nak memaki hamun orang diblog ni..tapi kali ni memang aku tak tahan! Aku harap,korang yang akan menjalani pembedahan di sana..tak jumpalah celaka tadi. Malang betul sesiapa yang jumpa dia. 

Ahad, 18 Oktober 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #28 DAFTAR WAD & MALAM PERTAMA

Assalamualaikum

Sebelum melelapkan mata,aku catatkan di sini perjalanan bariatrik aku yang mungkin dan memang berbeza dengan orang lain. 

Seawal jam 7.30 aku dah keluar dari hotel menuju ke HKL tak sampai 5minit sebab hari ini Ahad,kereta tak banyak dan jarak pun dekat.

Menapak jauh dari parkir bertingkat ke Kaunter Pendaftaran yang boleh tahan jauh. Perkara pertama di kaunter..tekan nombor walaupun tak ada orang selain aku.  Hulurkan surat admit dan terus aku minta wad kelas 1 dan aku hulurkan GL. 10minit,siap.




Selesai mendaftar..menapak pulak ke wad di bangunan A, aku ditempatkan di Wad 15, tingkat 3. Sampai di wad, ambil berat,bp dan dapat tag nama ditangan. Ditanya beberapa soalan biasa.

PKPB punya pasal, pelawat tak dibenarkan..maka lepas suami hantar ke wad..berpelukkanlah kami.. sebab 3-4hari lagi baru berjumpa.

Katil aku..untuk seminggu ini..

Seperti biasa, bila dah admit, mulalah  dicucuk sana dan sini. Alhamdulillah,nurse dan doktor semuanya ok, berbudi bahasa..walaupun sakit dicucuk..tapi hilang bila dilayan baik.

Mula cucuk untuk ambil darah dan letak jarum drip..dsn kemudian cucuk di pelipat lengan untuk ambil darah kali ke2 sebab yang mula tu katanya darah "pecah".. 

Maghrib tadi, anaest datang..tanya itu ini..pasal CPAP ada pakai ke tak..aku cakap tak adalah sebab tak ada disuruh pun sebelum ni(melainkan ada rujukan untuk pakai dari HRPB..Kalau HKL tak ada sape pun suruh pakai dan tak ada surat rujukan pun untuk pakai)

Akhirnya.. 3 kali tangan kanan dicucuk untuk ambil darah lagi.. tapi tak dapat..

Diubah ketangan kiri, 2 kali cucuk dan akhirnya dapat.. serius..cucuk yang ini memang sakit..kalau nak compare dengan cucuk drip.

Tadi, nurse datang bawak mesin ECG untuk check jantung.. bacaan cantik. Blood preasure pun cantik. Siang tadi 137, 79.. tadi 117, 68.. 

Baju untuk operation esok, puasa mula jam 2pagi..minum last pukul 6pagi

Susah hati juga sebab pelawat tak dibenarkan..walaupun waris. Mujur juga aku beli powerbank 40000mAh untuk kegunaan di sini..disamping 2 biji lagi 10000mAh dan 20000mAh.. dengan keadaan bateri hp aku yang cepat drain sekarang.

Harap-harap.. cukup takat 22hb je aku di sini..hotel pun booking sampai 22hb untuk suami..

Oklah..itu aje yang aku nak share. Selamat malam..







Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...