Jumaat, 31 Januari 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #18 TCA KE-2 HKL

Assalamualaikum

Kan aku dah cakap..kalau mood malas dah sampai.. apa pun tak boleh. Ini entri pertama untuk tahun 2020.. tahun lepas gigihnya aku update hari-hari.

Mood malas bertambah kelaut ni menjadi-jadi sejak balik dari TCA dengan HRPB bulan 12 haritu. Aku rasa macam tak nampak harapan boleh buat surgeri dengan cepat. Kecewa sangat-sangat. Dek kerana kecewa, aku call HKL..dapatlah tarikh 30.12.2019 untuk submit report test dan jumpa pakar Anaest(bius)

Semalam..seawal jam 5.15pagi aku bertolak dari rumah. Lebih kurang jam 11.30pagi sampailah kat parking bertingkat HKL selepas singgah sana sini selesaikan urusan lain di KL. Lepas tu makan kat tingkat bawah.

Selesai makan,jam pukul 12.30 aku terus je ke Tingkat 2, Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian.. ke Klinik Pembedahan Am dan tunggu disitu.. tiba-tiba nampak Dato Dr.Tikfu lalu. Aku tunjukkan kat suami..itulah Dr.Tikfu. 

Bagusnya HKL ni, pukul 1 kaunter tak tutup. Dalam pukul 1.10 macam tu,keluar staf bersama raga nombor appoinment pukul 2.. menerpa lah pesakit-pesakit letak kad termasuk aku.


Kali ni lama juga aku tunggu nama dipanggil untuk ambil nombor. Lepas nama dipanggil, ada seorang PPK yang sangat berbudibahasa layan aku. "Jom kak ikut saya naik tingkat 7..ajak suami sekali".. amboi..baiknya budibahasa. Aku cuba tengok nametag..tak nampak pulak.

Inilah orangnya..demi menjaga privasi..tunjuk badan pun jadilah kan..
Awak kerja elok-elok ye dik. Kerajaan sangat perlukan pekerja seperti awak..kekalkan budibahasa dan atitude awak yang macamni.. #akakSuka

Dikiliknya fail aku. Boleh aje aku pergi sendiri tak perlu dihantar. Cakap je ..naik tingkat 7, masuk Klinik Anaest dan bagi fail kat kaunter..susah-susah je dia hantar aku..

Aku diberikan borang ni untuk diisi..nurse kata isilah mana yang aku tau.Tak tau ..biarkan kosong..

Dan diberi yang ini untuk dibaca. 

Tak sempat dibaca, dah nama dipanggil untuk buat ECG. Kali ni pun  akak Matron terlajak ramah yang aku jumpa..tot tet  tot tet cerita dia..sambil aku baring atas katil..dia buat kerja dia ..tiba-tiba..ehhh.siap.

Nama apa aku tak perasan. Siap tadahkan tangan berdoa kat aku..depan-depan aku.. adoi..touching betul dengan warga Anaest..terbius rasa sanubari.

Cantik je bacaan kata dia. So aku tak ada masalah dengan jantung.

Tunggu kejab kat luar.. tak berapa lama, dipanggil masuk bilik 14 jumpa Dr.Winnie. Pakar Bius. Sembang lebih kurang..tanya sejarah bius..allergik ke apa.. oklah aku cerita..4 kali pernah full bius.. tak ada masalah. Lebih kurang setengah jam. Ok dia kata, dia tengok tak ada masalah untuk proceed operation. Minta aku tunggu kat luar sementara staf nak buat surat. Aku minta mc lah biasa..oo rupanya kat HKL jumpa doktor bius tak ada mc je..so apply la cuti rehat sendiri. Tak apalah..balik nanti aku apply.

Dalam setengah jam..dipanggil nurse..dia bagi surat untuk dibawa pada hari admitted nanti.

Ini suratnya..berbalut cantik tapi dah dikoyak oleh seseorang dengan cara yang aku sakit mata tengok..siapa? Nanti aku cerita.

Bagus nurse ni.siap cerita..mana nak parking..mana nak daftar sebab HKL ni luas dan bangunan berasing-asing. Kalau tak biasa memang tak jumpa..

Dia siap bawa aku ketingkap..nak tunjuk tempat daftar..dan wad kat mana..ini aku snap depan-depan dia.. keseluruhan servis kat Klinik Aneast ni memang terbaik sangat. 

Dibaginya bahan bacaan untuk aku baca.
Lepas tu dia kata tarikh operation tak ada lagi,so aku kena turun balik ke tingkat 2 untuk tanya diorang kat sana.

Aku pun ke kaunter Klinik Pembedah Am tingkat 2 dan tunjukkan sekeping borang, untuk isi tarikh operation. Staf di kaunter minta kad temujanji. "Oohh..ini Klinik Bariatrik..puan pegi bilik 24..cari SN N kat sana..dia uruskan bariatrik.."

Inilah borang tu..yang dipotostate oleh nurse Anaest untuk aku bawa dan tunjuk kat kaunter Klinik Pembedahan Am.. dimana tarikh operation tak ada.. (memanglah tak ada..so katanya tarikh tu kena isi)

Ok..aku dengar nama tu aku dah ....mmm  ok..pergi bilik 24..cari, diorang cakap dia rehat. Aku tunggu setengah jam..tak nampak bayang. Patah balik ke kaunter.. tak ada orang pulak..tunggu lagi sampai ada orang..dan dia cakap pergi bilik 15..ok  bilik 15 pulak.

Sampai kat sana...aku cakap nak jumpa SN N. Katanya rehat tak balik lagi..tak pe aku tunggu..aku faham orang rehat...cukup 1 jam aku tunggu dari mula-mula aku pergi 24 tadi..barulah dia sampai..itupun sebelum tu ada 1 nurse lain tolong gantikan dia..nurse tu cakap..puan balik dulu nanti diorang call..aku pun.."haaa..nak balik dulu..???" tak sempat aku cakap aku dari Kedah kottt.. SN N sampai.

Barulah kad dan borang aku sampai ke tangan dia. Aku katalah Klinik Aneast yang suruh tanya tarikh operation.. masalahnya aku tak jumpa doktor pun lagi..

Oklah dia cari tarikh untuk jumpa doktor ..dibaginya aku 12.03.2020..tanpa bertanya dulu kat aku ok ke tidak tarikh tu. Aku katalah..tarikh tu aku tak ada kat Malaysia. 22.03.2020 baru aku balik. Aku minta tarikh awal dari 12hb..khamis seminggu sebelum tu 06.03.2020.. tak ada kosong katanya..padahal..bukan aku nak buat rawatan apapun..just nak dapatkan tarikh dan jumpa doktor aje. Rasanya 20minit pun tak sampai kot. Menunggu aje yang lama.. tak ada katanya.. aduih..kecewa gila babsssss aku.

Dah tu..patutnya bab borang permohonan sara ubat JPA dah selesai masa 1st appoiment lagi. Borang apa? Surat apa? Aku datang haritu tak ada sapa-sapa pun bagi borang ke apa ke untuk urusan tu. Bila dah jadi macamni..masa jumpa doktor 26hb3 nantilah baru boleh tanya bab borang tu. 

Ha..sekarang..aku nak cakaplah bab sampul surat yang terkoyak tu..dialah yang buka. Aku lah yang tunjukkan sampul ni..aku kata sampul ni nurse Anaest bagi untuk masuk wad..dia ambil dan terus buka..siappppp siapppp dia koyak. Aku rasa macam aku yang tersiat-siat. Buka elok-elok apa salahnya. Nak marah aku ke apa sebab aku tiba-tiba muncul dengan surat Anaest dan minta tarikh awal disebabkan benda yang aku tak boleh elak? Sorryla..cakap pun tak semesra nurse kat Klinik Anaest..taulah dia sorang aje incharge kat Bariatrik tu.. bab cakap dan intonasi suara ni memang aku terasa sejak aku call untuk dapatkan tarikh untuk datang semalam. Dia juga yang bagi tarikh 30hb kat aku. 

Aku ni kan..ada 1 habit..aku cukup tak berkenan orang yang buka sampul koyak2 macamtu, sebab aku sendiri kalau buka,aku buka dengan tertib..bagi cantik..koyak yang minima..so bila sampul "luka" macam tu..hati aku yang pedih.. lagi 1 pasal nurse kat Klinik Anaest cakap, sampul ni kena bagi kat nurse dalam wad.

Apapun, 5hb2 tarikh untuk CPAP di HSB(tak masuk list pun sebenarnya..tapi doktor HSB nak juga aku try...pergi ajelah).

Dan 25hb2 pulak TCA dengan HRPB. Tak pastilah aku nak pergi atau tidak..mungkin pergi..kot-kot dapat tarikh operation ke apa..yang penting, mana hospital yang aku boleh dapat tarikh paling cepat..aku on saja. 

Beza antara 2 hospital ni..HRPB terlalu ramai doktor yang kena jumpa dalam 1 hari termasuk dietitian.. psikatrik... ulang soalan yang sama..sedangkan doktor sebelum tu dah tanya..dan jawapan pun ada dicatat didalam fail.  Tapi kat HKL.. 1st day TCA.. 1doktor aje ada..dietitian pun ada sekali..so..bila doktor tanya,semua dengar jawapan. Jumpa Anaest terus settle proceed untuk operation tak ada pulak psikatrik nak tanya aku tention ke stress. 

Hmm..sekali lagi kalau aku ke HRPB.. dan dihadapkan depan psikiatri.. aku nak cakap je..aku depress sekarang. Kalau ditanya kenapa aku depress.. jawapan aku.. pasal tunggu tarikh operation tak dapat..ulang alik dah dekat 7 bulan..tak nampak bayang bila nak operate sedang aku sangat kesuntukan masa.


Ha..itu ajelah aku nak bebel petang ni. Dah la sebulan aku tak menulis..sekali aku tulis..berjela-jela punya cerita. 


Adioss!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...