Sabtu, 29 Februari 2020

XIAOMI MI XIAOVV : DEVICE WIFI SETTING WITH APPS

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak tunjuk cara setting wifi pada cctv Xiaomi Mi Xiaovv. Aku pun try and error. Instruction yang dibagi pun semuanya tulis cina.. cctv atau ip cam pun cakap cina..rasis betul Xiaomi ni. Terpaksa aku godek-godek main agak-agak je. 

Ok,pada yang dah beli cctv ni, tak tau cara setting boleh ikut step yang aku kongsikan kat sini. Cara ni juga adalah sama untuk semua jenis cctv Xiaomi tak kira model apapun.

Mula-mula download Apps Xiaomi Home. 

Lepas tu masukkan SD Card kat sini..buka guna screwdriver. Guna Sd Card jenis Endurance sebab lebih sesuai untuk rakaman 24jam dan tahan lama.

  • Pasangkan No.1 didinding atau tempat yang korang nak letak cctv..pastikan dekat dengan soket(sumber letrik)
  • Cucuk No.2 pada lubang No.3 dan sambungkan plug pada soket, on kan suis letrik.
Buka Apps Xiaomi Home dan klik Profile


Dapat paparan seperti di atas,klik Settings.

Kemudian klik Region. Kalau selain dari Chinese Mainland, kena ubah dulu ye. Cara ubah seperti dibawah

1. Pilih Chinese Mainland
2. Tick - I have read blablabla tu..
3. Klik Save dan back semula ke skrin home apps



Sekarang cara untuk set device. Di home apps, klik ikon ➕ . Pastikan handphone korang guna wifi dan wifi tu juga yang korang nak guna untuk set device nanti.

Dapat skrin ni, boleh taip terus nama device atau klik View More untuk cari gambar cctv korang tu.

Ok..dah jumpa teris klik kat gambar jenis cctv korang


Seterusnya akan dipapar arahan seterusnya.. untuk restore factory setting
1. Tekan reset button (3-5saat) sampaila cctv tu bercakap bahasa cina(kan aku dah cakap Xioami ni rasis)
2. Tick Operation Confirmed
3. Klik next

Ok..ni aku nak tunjuk
1. Yang tu sambung ke kabel plug
2. Itulah rupa lubang reset button

Ok,dia akan detect wifi..pilih wifi yang korang nak guna.. dan klik Next

Dah keluar skrin ni..tunggu sampai keluar arahan Next..klik Next

Keluar macamni..pilih nama lokasi cctv korang..kalau taknak..Skip aje

Keluar skrin ni, masukkan nama cctv..mula-mula dia akan papar nama betul model cctv korang..korang boleh tukar.. aku letak nama dia Pak Guard..lepas tu klik Next

Dapat skrin ni.. klik Next lagi

Ok..dah selesai kalau dapat skrin macamni..dah siap.

Esok aku akan cerita cara nak guna apps ni untuk tengok rakaman langsung. 

Ok.Adeus!!







Jumaat, 28 Februari 2020

XIAOMI MI XIAOVV : REVIEW

Assalamualaikum.

Sekarang ni banyak sangat kes pecah rumah,kecurian dan yang sewaktu dengannya. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku ambik keputusan untuk pasang cctv.

Disebabkaan aku sudah ada MI HOME APPS pada handphone untuk kegunaan Roborock Vacum, maka aku memilih untuk mencari brand Xiaomi juga.


Setelah puas google dan survey harga,akhirnya aku memilih Xiaomi Mi Xiaovv1080p Waterproof Outdoor IP Camera untuk diletakkan di kawasan halaman rumah. Aku beli dengan Prefered Seller di Shopee dengan harga RM129 sahaja. Disebabkan aku ada kumpul coins yang banyak,maka aku tebus maksima 3000coin bersamaan RM30.

Setelah tolak itu tambah ini, maka jadilah harga RM104 sahaja. 

Berikut adalah  pengenalan kepada cctv yang aku beli ni. 
  • Kanta lebar untuk sudut leb ar HD
  • Imej berdefinisi tinggi,luas dan jelas
  • Lensa lebar 180° menjadikan bidang paparan lebih luas dan jelas
  • Kualiti 1080p HD
  • Dilengkapi lensa HD 200W pixel,hampir sama dengan imej sebenar
  • Jarak penglihatan malam HD inframerah
  • F2.0 kanta apertur besar dengan lampu inframerah berkecekapan tinggi,jangkauan jarak tontonan maksimum 15meter
  • Suara 2 hala,mempunyai sokongan interkom untuk berbual
  • Pengesanan gerakan dan manusia
  • Boleh melihat paparan/rakaman melalui peranti terminal seperti telefon bimbit dan tablet.
  • Kalis air dan debu serta tahan suhu panas.

Esok aku akan kongsikan cara setting kerana produk Xiaomi ni memang tak mesra dunia..dia cakap bahasa tok nenek dia aje. Nak cari manual pengguna dalam English pun susah,apalagi dalam BM.

Dari segi kualiti, pada aku sangat terbaik melebihi harganya yang murah. Dengan tambahan Sd Card, sekurang-kurangnya 34gb, rakaman selama 104hari mampu disimpan. Kalau tak guna SD Card,boleh aje simpan guna cloud account dengan sedikit bayaran.

Itu aje untuk hari ini.Terima kasih kerana membaca.

Isnin, 24 Februari 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #21 TEST LAGI

Assalamualaikum

Semalam petang dalam pukul 2 aku ke HSB untuk hantar surat rujukan untuk sambung CPAP dan untuk buat test lagi.

Sampai di HSB, aku ke Klinik Sub Pakar di tingkat 1 dan tunjukkan borang yang HRPB bagi. Ok, untuk darah boleh je buat kat sana, tarikhnya 31.03.2020 sebab katanya kejab aje result keluar. 1hb4 boleh datang ambil result.

Kemudian aku tanya untuk XRAY, katanya yang tu aku kena terus ke Jabatan Pengimejan Dan Diagnostik. Oklah.. aku selesaikan di Klinik OSA untuk serahkan surat dari HRPB. Nurse yang incharge tu namanya Syirin..dia pulak cuti.. so nurse sorang lagi kata akan call aku nanti.

Selesai di Klinik OSA, aku turun ke tempat Xray. Bila aku tunjukan borang tu, katanya kalau untuk HKL atau Penang, diorang boleh buat sebab diorang pakai sistem, imej save atas CD.. HRPB masih lagi manual, guna film. Makanya diorang cadangkan aku ke HAS..hospital lama. Sebab kat sana masih guna film.

Aku pun call lah kawan aku..nak tanya. Esok dia katanya dia akan check..kalau boleh..aku akan ke HAS untuk buat Chest XRAY tu. 

Ikutkan..Matron N,  HRPB kata boleh je kalau nak buat kat HRPB, tapi aku kena datang awal lah.. aku bab awal tu lah masalah..4jam juga dari rumah nak kesana. Baik je aku ready siap-siap kat sini. 02hb4 nanti..dah mudah kerja aku.

Sebenarnya..semalamkan.. aku try dm IG Dato Gee ..aku ceritakan semualah kes aku ni..aku minta tolong dia..bagusnya dia..dia reply dan kata, oklah tarikh akan dibincangkan 26hb3 nanti. 


Nekad! Mana yang offer awal..situlah yang aku pergi. Sebab HRPB, belum selesai part Anaest, sedangkan di HKL, dah selesai pun. Dan kalau HKL pun nak juga blood test yang 2 tu( FBC dan LFT)  dan Chest XRAY, aku sebat ajelah yang aku nak buat nanti kat HSB tu nanti. Haaa..settle masalah.

Aku kesuntukan masa..pilihan apa lagi yang aku ada? Terpa saja mana yang cepat. Ok itu sajalah cerita 2 hari ni. 

Ahad, 23 Februari 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #20 TCA KE-3 IPOH

Assalamualaikum.

20.02.2020.. cantik tarikhnya tapi tak secantik perjalanan hari itu sampai aku tak ada mood nak menulis. Ini kisah TCA ke-3 di Ipoh.

Sehari sebelumnya aku ke HSB untuk pulangkan mesin CPAP. 


Bertolak dari rumah jam 7pagi. 5kali tawaf kawasan hospital untuk cari parkir.. susah Ya Robbi. Akhirnya  pukul 11 baru dapat..mujur ada kosong kat kawasan masjid.

Kali ni, aku terus ke tingkat 2 untuk pendaftaran.. taknak dah tunggu pukul 2 baru nak daftar. Elok je pukul 2 aku terus masuk klinik dengan kad yang sudah siap daftar. 

Aku dah plan..kalau harini masih belum jumpa doktor pakar..aku memang nak undur diri. Tak sanggup dah rasa. Ulang alik jumpa doktor biasa..jumpa dietitian.. psikiatri. bila nak bincang pasal operatenya sedangkan masa dan usia aku berjalan. Masuk bulan 2 ni, dah cukup tempoh 6bulan...terbuang sia-sia.

Aku dah agak..kali ni mesti kena jumpa psikiatri lagi. Doktor psikiatri tu pun dah cam aku..yelah..last datang bulan 12 haritu pun aku jumpa dia sebelum balik. Soalan yang sama juga ditanya.

Aku redah kali ni. Bila ditanya..apa perasaan harini.. aku luahkan segala-galanya..aku ambik kesempatan ni nak kata apa yang aku nak kata. Result 4 test aku cantik. Endokrin pass. Blood test untuk tiroid pun ok. Apa lagi? Sampai bila aku nak dapat operate? Umur aku dah nak masuk 40. Sedangkan untuk proceed IVF kalau lebih umur..risiko tinggi dan peluang rendah..sampai jatuh airmata aku..perasaan geram..nak marah..sakit hati..kecewa..bercampur semua. Doktor terus bangun tarik tisu bagi kat aku..

Aku kata,aku stress. Stress sebab menunggu benda yang tak pasti. Kalau aku tak layak untuk di operate, bagitau saja.. aku boleh berhenti datang sini. 6bulan masa terbuang. Jumpa pakar pun belum. Kalau ikutkan hari ni..untuk jumpa psikiatri sahaja.. WHAT FOR??? Kalau aku tak bersedia..buat apa aku ikhtiar datang kesini? 

Terkejut suami aku tengok aku menangis harini. Mujurlah Dr.Psikiatri tu baik..dia terus bangun pergi bincang dengan Dr.Pakar... Alhamdulillah.. dapat jugak aku ber4mata dengan pakar Mr.M. Dia pun ulang benda yang sama sepeeti yang dah diterangkan kat aku masa 1st time appointment dulu. Mula-mula  dia putuskan nak buat sleeve aje.. tapi disebabkan aku ada Hiatus Hernia, dia cadangkan untuk buat bypass. 

Ada aku tanya pasal step untuk mohon dengan JPA untuk beli stapler..dia kata, bayar dulu dan kemudian baru apply dengan JPA sebab tak pasti kos sebenar. Selesai operation baru boleh tahu.  Oklah dah dia cakap macam tu. Bila ditanya tarikh.. katanya bulan 6. Aku minta sebelum puasa.. minta tolong..katanya bulan puasa dia tak rekomen untuk buat sebab waktu makan berubah.

Aku perasan ada 2-3 nurse dok tengok-tengok aku..yelah.. patient menangis kot. Serius aku stress tahap gilababun kot. Tak ada kata putus. So sebelum balik harini, diberi surat rujukan je Klinik OSA di HSB untuk sambung guna CPAP. Dan 2 borang untuk test darah lagi, dan XRAY dada. 2benda ni boleh buat di Ipoh atau di HSB. 

Surat rujukan ke HSB untuk sambung CPAP

Borang untuk buat XRAY

Borang untuk test darah 
Coagulation Profile : Full Blood Count(FBC)

Dan..
Liver Function Test(LFT), Renal Profile(RP)

TCA seterusnya.. 02.04.2020

Kadang-kadang rasa macam nak leburkan aje saving yang ada untuk buat di private..tapi rugilah 18tahun servis aku dengan kerajaan kalau aku tak guna kemudahan yang ada. Itu saja cerita untuk ditulis harini.

Perjalanan yang sangat panjang dan menyiksakan!

Rabu, 19 Februari 2020

FAKTA MENGENAI PENCEN PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum

Perkongsian dari Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

*****
SHARE SHARE SHARE 

INFO RINGKAS SKIM PENCEN SEKTOR AWAM

1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan kerana ia bukan harta pusaka.
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Diterima mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan (Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

4. Pesara atau penerima pencen dipenjarakan, adakah pencen dihentikan?

Ya – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan. Walau bagaimanapun, Elaun Tanggungan boleh dipertimbangkan kepada tanggungan yang layak (isteri dan anak2 bawah 21 tahun) 
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan pembiayaan bayaran GCR dan faedah perubatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

Ya – tetapi hanya setakat baki tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama. Anak yang sudah mencapai 21 tahun semasa kematian pegawai/pesara tidak layak, kecuali anak cacat [OKU otak, anggota atau mental (teruk)]
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

8. Jika suami iaitu pesara, meninggal dunia, isterinya akan menerima pencen terbitan. Bagaimana jika kemudian isterinya itu berkahwin dengan suami baharu, adakah pencen terbitannya masih terus diberikan?

Ya, pencen terbitan dibayar kepada pasangan sepanjang hayat pasangan (balu/duda) dengan syarat, perkahwinan mereka dahulu berlaku semasa pegawai masih sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun, pasangan pesara itu sudah tidak layak lagi menikmati kemudahan perubatan atas kapasiti pasangan pesara, kecuali suami baharunya itu juga merupakan pegawai awam atau pesara.

9. Adakah benar terdapat anggota/pesara yang menerima pencen penuh iaitu kadar pencennya sama seperti gajinya yang terakhir sebelum bersara?

Tidak benar sama sekali. Semua anggota berpencen hanya layak menerima pencen maksimum sebanyak 60% daripada gaji akhirnya sahaja. 

10. Dengar cerita lepas ni tiada lagi kenaikan pencen, betul kah?

Tidak mungkin berlaku. Kenaikan pencen sebanyak 2% telah diperkenalkan sejak tahun 2013 dan masih diteruskan pada tahun 2020 dan tahun-tahun mendatang. 

11. Betul ke penjawat awam lantikan baharu 2020 tiada lagi skim pencen untuk mereka? 

Eh tak betul tu. Penjawat awam yang baru dilantik secara tetap pada tahun ini (2020) dalam perkhidmatan awam masih diberikan pilihan untuk memilih opsyen skim KWSP ataupun Skim Pencen. 

12. Ada pihak mendakwa tiada penambahbaikan ke atas skim pencen sejak PRU-14 yang lalu, betul ke? 

Ha ini pun tak betul sama sekali. Antara penambahbaikan skim pencen bagi tahun 2018 hingga 2020 ialah:

- lebihan 150 hari pengumpulan GCR boleh ditukar kepada cuti rehat dan boleh ditebus 12 bulan sebelum pegawai bersara

- kemudahan perubatan dipanjangkan kepada ibu bapa pesara (persekutuan) 

- pemberian bantuan one off sebanyak RM500 kepada penerima pencen di bawah RM1,000 yang berkelayakan

- pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, jika belum menerima kenaikan gaji tahunan (KGT), tarikh pemberian KGT akan diberikan serta diawalkan kepada tarikh kematian pegawai (PP8/2019)

- pemberian bantuan khas RM250 turut dipanjangkan kepada pesara skim kwsp yang layak dan veteran ATM tak berpencen

- pemberian ex-gratia kematian sehingga Ram150,000 sebagai tambahan kepada faedah terbitan bagi kes penjawat awam yang meninggal dunia dengan tempoh perkhidmatan kurang 20 tahun. Ini termasuk kepada semua penjawat awam lantikan tetap atau sementara, yang pilih skim pencen mahupun skim KWSP, yang dilantik oleh persekutuan mahupun negeri/badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Peruntukan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Punca kuasa PP11/2019

- penebusan awal GCR sebanyak 75 hari bagi perkhidmatan yang mencapai 15 tahun dalam perkhidmatan (pekeliling akan dikeluarkan dalam masa terdekat setelah pindaan Undang-Undang Pencen 1980 diwartakan)

Penambahbaikan Skim Pencen ini dilakukan oleh pihak JPA dari semasa ke semasa dengan persetujuan Kerajaan. 

Sumber rujukan:
- Akta Pencen 1980
- Peraturan Pencen 1980
- Perintah Am 
- Pekeliling berkaitan 

Ada apa-apa soalan lain, boleh komen di bawah ini atau PM admin. Insya Allah kami akan cuba jawab persoalan anda dan kongsikan apa yang baik untuk kebaikan semua, tanpa mengira bangsa, agama, warna mahupun fahaman politik. 

Untuk pertanyaan lanjut juga, boleh hubungi 03-8887 8777 atau emailkan kepada mypesara@kwap.gov.my

Sekian, salam hormat.


Isnin, 17 Februari 2020

SCAMMER : 03-9212 5840

Assalamualaikum

Dah lama tak up cerita pasal scammer. Ini perkongsian dari fb.

******


Dan akhirnya harini jadi pulak pada aku. Tgahri ahad si scammer setan ni kol aku masa aku ngn laki tgh makan nasi so aku suh apis y angkat. Dia sebut nama pejadah ntah pastu apis ckp salah nombor. Lepastu dia dok ckp pasal beli brg dr lazada. Disebabkan salu baca hal scammer ni laki aku ckp penipu n teros letak. Dia cuba plak bt video kol tapi aku xangkat. So kitorang teruskan cm takda apa2 berlaku. Malamni keluar sebab nk g beli pampes mat luth abes. Aku nk transfer duit bukak m2u dh kene locked. Masani dh cuak n ajak apis pegi bank teros. Sampai sana 2 mesin aku masukkan kad kene tendang. Aku dh gigil2 dh leh agak duit dh lesap. G balai polis suh kol customer servis dulu so mmg betul duit aku memang dh kene kebas. Yeahhh lesap duit aku 1k y laki baru je transfer sebab dapat bonus. Hadiah katanya. Naseb duit lain aku dh asing2 letak tabung haji. Kalau tak lagi aku pitam depan polis tu..Xsempat aku belanja duit apis bagi dh hilang. Geram betul. Tapi naseb duit scammer tu xdpt lagi bank cakap. Tapi org tu dh tau segala username aku kt m2u..Esok kene g maybank utk tukar segala m2u n kad..doakan ada rezeki aku ngn anak2 dapat balik duit aku. Rm100 pn separuh mati lagi plak Rm1000. Terlalu besar nilai tu utk surirumah cm aku ni.
Bt pengetahuan semua, dia tak wasap ye tapi kol teros. Masa dia kol tu mybe dia tgh cuba bukak akaun m2u su n kol utk mintak nombor tac tapi xdpt. Nseb bank sempat blocked semua transaksi.Apapun kene tggu esok nk g bank. Haihhh rasa lama pulak malamni

Scammer : 03-9212 5840


#Update-Alhamdulillah duit su dh dpt balik. Awal2 pagi td pegi bank n setelkan semua. Pegawai tu ckp mmg scammer ni pakar sebab dgn kol guna wasap je dia leh bukak su punya m2u n berusaha nk keluarkan duit tapi bank dapat detect yg cuba keluarkan duit ni bukan su tapi scammer sebab pegawai tu cakap su guna password yg agak payah scammer nak detect..so bank cepat2 blocked semua m2u n kad su. Brdasarkan pengalaman semua dlmni semua ckp jgn angkat nombor tak kenal so mmg trauma sgt skrg ni smpi family kol pun xbrani nak angkat😂 tadi kene tukar kad n buat m2u y baru. Guna username n password susah2 sikit. Alhamdulillah syukur sgt2..tqsm semua atas nasihat. Sory ayat byk terabur. Duit hilang noks, separuh jiwaku melayang gittew..haha

Rabu, 5 Februari 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #19 CPAP

Assalamualaikum.

Hari ini ada appoinment dengan Klinik ENT di HSB. Semalam pun nurse ada call untuk remind TCA harini. Untuk harini aku tak jumpa doktor pun sebenarnya. Hanya jumpa nurse incharge bersama seorang pembekal mesin CPAP.

Dari ofis aku bergerak ke HSB.Temujanji pukul 11. Aku sampai ontime. Terus je ke Klinik ENT dan masuk ke bilik 81. Nurse dah ada tunggu kat situ. Dibawanya aku kebilik belakang untuk tunjukcara penggunaan mesin ni.

CPAP yang dibekalkan secara percuma kepada aku.. rasanya kalau tak ada GL..mungkin ada bayaran yang dikenakan.

Aku diajar cara guna dan direhatkan beberapa ketika selepas alat dipasang untuk kali pertama. Sebelum balik, aku dibekalkan dengan mesin CPAP untuk digunakan selama 12hari berturut-berturut. Kata nurse, kalau result doktor memerlukan aku guna CPAP, maka bolehlah beli mesin ni.

19.02.2020 tarikh untuk pulangkan mesin dan TCA berikutnya 19.05.2020..wow...3bulan selepasssss

Agreement pinjaman mesin.

Ok..berbalik kepada point asal.. CPAP.. apa itu CPAP?

CPAP atau Continuous Positive Airway Pressure  adalah alat bantuan pernafasan yang yang paling efektif untuk digunakan bagi merawat masalah pernafasan seperti Obstructive Sleep Apnea atau OSA.

Pic google

Mesin CPAP berfungsi dengan cara menyalurkan udara bertekanan melalui hidung dan/atau mulut sehingga saluran pernafasan terbuka. Tekanan udara dari mesin adalah bergantung kepada tahap OSA pesakit yang mana ianya ditentukan oleh doktor.

CPAP juga digunakan untuk merawat bayi pra-matang.

Antara kegunaan dan fungsi CPAP ialah;
•Membuka saluran pernafasan ketika tidur
•Meningkatkan kualiti tidur
•Mengurangkan/menghilangkan dengkuran
•Meredakan dan merawat gejala OSA
•Mengurangkan atau mencegah tekanan darah tinggi

Bahagian CPAP

Host untuk sambungkan mask ke mesin

Mask

Mesin (sebelah kanan untuk mengisi air)


Set lengkap CPAP. Harga pasaran antara RM4k - RM5k..boleh tahan juga harganya.


Kesan sampingan pengguna CPAP adalah sangat minima seperti;
•Kekeringan mata apabila berlaku kebocoran di bahagian atas mask(udara disembur ke atas dan mengenai kawasan mata)
•Iritasi hidung
•Ruam pada kulit

Ok..itu sajalah untuk hari ini. Malam ni mungkin tidur akan terganggu ..maklumlah..dah macam orang nak scuba diving je.. 

Harap-harap CPAP ni boleh merawat masalah OSA yang aku hadapi.






Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...