Khamis, 26 Mac 2020

TEGURAN TERBUKA UNTUK TV3

Assalamualaikum.

Ini entri pertama aku semenjak Perintah Kawalan Pergerakan atau lebih tepat sejak Convid19 menyerang dunia.

Dan ini adalah teguran terbuka untuk pihak TV3 yang pada aku semakin hari semakin nampak ketidakcerdikan dalam menempuh hari-hari yang sukar.

Convid19 ..kita sedang berperang dengan virus ni. Kalau kita berperang sesama manusia, paling tidak kita boleh nampak musuh walau pun musuh seberang sungai..dan kalau kita cekap,kita boleh tembak dia dulu. Dah bila kita berperang dengan virus..kita tak nampak dia.. tak perasan pun virus tepi hidung dan tak sedar bila dia tembak kita.

Aku geram,marah dan menyampah dengan TV3. Setiap beberapa ketika, akan ditayang aktiviti artis dirumah pada ketika PKP ni. Adoi! Dimanakah kesedaran. Ya aku faham..PKP ni buat kita bosan tapi bukan ini pengisiannya.


Sorry aizad.Gambar kau yang aku snap. Nasib kaulah,sape suruh kau setuju nak join program lagho ni!


Untuk anak-anak cukuplah ditayang kartun dan rancangan kanak-kanak. Pada mereka,itukah hiburan paling seronok.  Tapi untuk mak bapak kanak-kanak..ini bukan masa untuk berhibur. Ditayangnya TV3 artis menyanyi sebagai pengisian kebosanan dirumah. Tak bolehkah..atas dasar keimanan, tayanglah kesan Convid19, tunjuk video-video pengurusan jenazah mangsa Convid19, hidangkan rencana mengenai virus maut ini. Biar semua dapat info..dapat pengajaran dari apa yang berlaku sekarang. Bukannya tunjuk orang menyanyi untuk mengisi masa!

Kau ulanglah rakaman ni sehari 5 kali pun tak apa..bagi kesedaran.

Tolonglah TV3. Kamu pun tahu, rakyat Malaysia ni maha degil! Ketegag! Kepala batu! Keras kepala! Masih ada yang tak kisah kesana sini walaupun diarah duduk rumah. Susah sangat kah nak duduk rumah? Dan yang paling penting, dimana tanggungjawab sosial TV3 untuk memberi kesedaran kepada orang ramai?

Hiburan sekarang dihujung jari. Semua orang pandai tengok FB, Youtube..boleh cari rancangan hiburan kat situ. Tengoklah artis kegemaran kau menyanyi sampai lebam!

Tak tahukah kalian..tanda-tanda kiamat?? Wabak ini satu isyarat dari Allah Taala. Aku pun bukanlah alim sangat nak ingatkan orang pasal kiamat..tapi sekurang-kurangnya ada sedikit perasaan dihati aku untuk mati dalam iman.

Tolonglah.. aku dah makin benci tengok TV3. 

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...