Aku nak kongsikan cara aku mencari sedikit keuntungan dengan membeli-belah secara online dengan Shopee.
Aku akan kumpul Coin shopee sebanyak boleh. Dan kemudian bila dah sampai tahap maksima 3000 coin atau hampir sampai tarikh luput,aku akan beli barang yang aku idamkan..biasanya barang yang mahal dan bernilai.
1 coin bersamaan RM1. Macam mana aku dapat kumpul banyak coin? Ini caranya.
1. Setiap hari aku akan buka Shopee Apps dan check-in. Coin diberi berbeza mengikut hari. Hari pertama 1 coin, hari kedua 2 coin dan begitulah seterusnya sampai hari ketujuh dan akan ulang balik hari pertama hingga ketujuh.
2. Kalau nak shopping, carilah yang ada tanda 10% CASHBACK. Atau kadang-kadang Shopee buat hingga 15%. Tapi harus diingat item yang ada tanda ni kadangkala harganya lebih dari item biasa. Jangan panic, teruskan mencari dalam katalog,mungkin ada yang harga lebih kurang sama. Kalau beza harga 20-30sen, biasanya aku ok saja.
Jangan lupa klik voucher CASHBACK masa nak check-out cart (bayar) ye..
3. Sesudah beli dan terima barang, jangan lupa tulis review tak kurang 50aksara dan upload 1 keping gambar. Disini akan dapat antara 3-5coin untuk 1 item review.
4. Ini aku tak pernah guna pun, tapi boleh je korang cuba. Gunakan REFER A FRIEND kod, send kepada semua kawan. Kalau lepas tu kawan korang download App Shopee dan mula shopping, dapatlah korang 1000 coin. Tapi kalau dah semua orang ada App Shopee, cara ni memang takde guna lagi dah.
5. Seterusnya, main games di Apps Shopee. Antara game yang hadiahkan coin, seperti;
1.Lucky Egg, Lucky Bag dan sebagainya.
Hanya perlu touch pada gambar. Jika bernasib baik, dapatlah 1coin.
2.Shopee Throw.
Kalau nak main Shopee Throw, korang kena main selepas jam 12malam. Secepat mungkin main sebab coin yang di tawarkan adalah terhad.
Markah yang korang dapat boleh ditukar dengan voucher barang atau coin..itu korang kena pilih lepas habis buat "balingan". Biasanya 200 markah boleh dapat 1coin
3.Catch Shopee
Ini adalah games yang jarang ada. Caranya letak handphone depan muka hingga muka di capture di dalam games, dan kita kena gerakkan kepala kiri kanan untuk menangkap hadiah yang jatuh. Untuk games ni, aku tak pasti kiraan coin yang kita terima dikira berdasarkan apa. Tapi tak kisahlah..asalkan ada coinnya.
4.Shopee Shake/Goyang Shopee
Ini yang paling aku suka. Biasa Shopee akan tetapkan masa untuk goyang handphone dan aku memang all out main setiap waktu yang ditetapkan.Paling banyak aku pernah dapat 21 coin. Tapi games ini juga bermusim. Nak tahu senang aje. Shopee biasanya akan iklankan kt TV ..iklan biasanya ada gambar orang menari sambil tekan handphone.
Gambar kat atas tu,bukan sahaja aku dapat coin, tapi juga hadiah istimewa iaitu 1gm Gold Bar .. tunggu punya tunggu, dari lepas Tahun Baru Cina sampai harini tak nampak bayang. Tapi haritu ada la staf Shopee call aku nak confirmkan alamat.
Berikut adalah hasil kutipan coin aku. Ini sebahgian sahaja ..yang terkini. Ada juga coin yang terluput sebab aku terlupa untuk tebus.
Hasil mengumpul coin..inilah yang aku dah beli.
Maksima penebusan coin adalah sehingga 3000 coin atau RM30 hanya untuk barang berharga RM100 keatas. Jika kurang, ada had-had tertentu yang ditetapkan. Dan penebusan coin hanya melibatkan item dari seller berstatus Preffered Seller atau MALL sahaja.
Apapun..dengan sedikit usaha.. dah ada hasilnya. Korang cuba ok.
Good luck!
nak kena pi belajar dengan yang biasa dengan shopee...dah download dan tengok tapi trocks dia belum expert lagi
BalasPadam