Sabtu, 20 Jun 2020

GOLD BAR DARI SHOPEE

Assalamualaikum

Cerita minggu lepas..tapi sebenarnya ia bermula dari bulan Januari lagi. Aku menang goldbar masa main Shopee Shake sempena Tahun Baru Cina.


Selepas isi borang, aku tunggu apa-apa feedback dari Shopee. Sebelum PKP, ada wakil Shopee call dan minta confirmkan alamat.

Dari sehari ke sehari aku menunggu...jangankan goldbar.. sampul angpow pun tak kunjung tiba. Akhirnya 2minggu lepas,aku cuba chat live di Shopee dan tanya berkenaan hadiah yang dijanjikan. 

Selasa lepas 16 Jun 2020 barulah aku terima.


Bayangkanlah kalau berdiam diri..silap-silap sampai raya cina tahun depan pun aku tak terima hak aku ni. Teruk betul pengurusan Shopee.. yelah..hadiah tak ada cop nama..kalau pemenang tak tuntut..silap-silap staf dia pulak yang "tolong ambik" bagi pihak aku kan.

Apapun..alhamdulillah. Kalau dah Allah tulis rezeki itu kita punya..tetap kita akan terima tapi kita sendiri kena berusaha. 

Sabtu, 13 Jun 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #23 QUOTATION STAPLER

Assalamualaikum

Semalam baru selesai part surat dan dokumen diperingkat hospital. Dan selepas tu aku terus contact syarikat yang dicadangkan oleh pihak hospital, Celio Medical.

Mulanya aku call nombor 011-3211 2623, tapi tak berjawab. Aku try pulak whatsapp, bluetick aje tak respon jugak. Terasa nak google. So jumpalah dengan website syarikat. 

Ada ruangan email kat situ dan aku pun cubalah email secara ringkas. Lepas email, aku cuba call 1 lagi nombor yang ada di website tu. Dan panggilan berjawab. Dia minta aku sendkan whatsapp gambar surat dari doktor dan salinan kad pengenalan ke nombor 011 tadi.

Maka aku pun sendlah. Dan tak lama kemudian, aku dapat call dari no.011 tadi. Dalam setengah jam kemudian, aku check email, alhamdulillah..syarikat dah email quotation.


Inilah quotation yang aku terima untuk dihantar ke HQ. HQ akan proses untuk tindakan kelulusan KKM. Dari pengalaman kawan-kawan yang pernah berurusan dengan agensi ni bagi isu pembelian alat perubatan ni..dukacita 90% berita yang aku terima, biasanya kelulusan sangat lambat makan masa berbulan-bulan. 

Apapun, aku dah bersedia. Kalau sehingga bulan 8, masih diam membisu, aku tetap proceed dengan bayar sendiri terus kepada syarikat pembekal.

Tak rela rasanya membiarkan pihak lain menghancurkan hajat aku dengan melambat-lambatkan kelulusan tu. Kalau ikutkan pekeliling terkini, selepas dapat kelulusan, pesanan tempatan (PO/LO) boleh dikeluarkan terus..TAPI!!! mesti kena ada peruntukan dulu barulah boleh keluarkan PO/LO.  Walaupun pekeliling terbaru menyatakan PO/LO boleh dikeluarkan sekurang-kurangnya 1 minggu selepas bekalan diterima, tapi tindakan memohon peruntukan perlu disegerakan selepas dapat surat kelulusan tu.. Allahu.. 

Berat rasa hati..sebab aku tahu ..masa menunggu kelulusan tu sangat mengguris hati. Memohon peruntukan melalui jabatan mungkin agak mudah bagi aku sebab dijabatan aku, akulah yang menguruskan semua permohonan peruntukan kepada HQ..tapi bayangkanlah..kalau itu bukan tugas aku..

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku..aaminn..

Jumaat, 12 Jun 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #22 TCA KE-3 HKL

Assalamualaikum

Semua kerana Covid19 ..bala yang betul-betul bala..habis semua program ..rutin hidup alam berubah termasuklah perjalanan bariatrik aku yang tergendala.

Sepatutnya TCA ke-3 di HKL pada 26 Mac, untuk bincang tarikh operation. Tapi terpaksa ditunda hingga 11.06.2020.. hampir 3bulan! Sakitnya hati..

TCA kali ni, pagi pukul 9. Masalah sesi pagi bagi yang duduk jauh macam aku. Kalau petang seperti biasa, aku boleh bertolak sebelum subuh hari yang sama. Tapi disebabkan pagi,maka aku bertolak awal 1 hari.

Mujur juga perintah PKPP dikuatkuasakan tamat pada 10.06.2020, so tak perlulah aku beratur di balai polis untuk buat permohonan rentas negeri. Jauh disudut hati,teringin jugak nak rasa lalu hiway tanpa kenderaan lain.

10.06.2020, aku masuk ke pejabat dulu selesaikan kerja dan balik kerumah. Terus gerak ke KL pagi tu juga dan tiba di KL jam 3.30petang. Aku booking hotel dekat dengan HKL. Kira sekali pakej honeymoon lah setelah 3bulan terkurung.

Esoknya 11.06.2020, jam 8.00 aku dah sampai ke HKL, sebelum masuk dah kena tembak suhu dulu. Lepas tu naik ke Klinik Pembedahan tingkat 2, suami tak boleh masuk,dia pun tunggu diluar. Dan sekali lagi,suhu badan diambil, ditanya beberapa soalan SOP saringan.


Nak tunggu dapat nombor pun lebih sejam aku tunggu. 

TCA pukul 9.. aku tercari-cari kelibat Dato Dr Gee.. tak nampak bayang..akhirnya jam 11 pagi baru nampak Dr.Zu masuk kelam kabut.. dan dapatlah jumpa Dr.Zu.

Disebabkan semua test aku dah pass, tak ada masalah untuk proceed operation, cuma tarikh belum dapat. Yang terkini, kalau nak buat pembiayaan melalui JPA, pesakit kena mohon terlebih dahulu, kalau dulu boleh je bayar sendiri dan claim kemudian. Aku tak kisah pun nak bayar sendiri, tapi kata Dr.Zu, rugi kalau aku tak apply dengan JPA dan sekarang pulak, paling cepat bulan 9 baru boleh operate sebab bilik ICU diberi keutamaan kepada pesakit cancer sebab peralatan bantuan pernafasan semuanya digunakan untuk pesakit covid.

Agak frust aku kat situ. Kata Dr.Zu lagi, dia yakin aku ada masa untuk selesaikan urusan dengan JPA. Oklah. Dan dari awal aku dah ready dengan Borang Perubatan 1/09. Bila Dr.Zu minta,terus aku boleh bagi. So,kalau korang nak buat operation apa-apa dengan hospital dan korang penjawat awam, sentiasalah bersedia dengan borang ni.



Helaian ke-2 borang diisi oleh doktor.

Dr.Zu dah explain, apa step selepas ini. Aku kena dapatkan quotation dari syarikat pembekal alat untuk pembedahan.  Aku sendiri kena contact syarikat. Dah dapat quotation,barulah attached bersama Borang Perubatan 1/09, surat sokongan doktor pakar dan dihantar ke JPA.

Sebenarnya step ni memang aku "buta" sebab tak pernah buat dan terlibat dengan hal-hal macam ni. Kaji punya kaji..barulah aku dapat jawapan. Sebenarnya permohonan bagi pegawai yang masih berkhidmat,kena hantar ke KKM..bukan JPA..hanya bagi kes pegawai pencen sahaja baru hantar ke JPA.. ooohh..begitu ceritanya. So apa yang Dr.Zu bagitau aku tu..tak tepatlah.

Ok..cerita sikit pengalaman hari ni.. mujur aku tanya nurse,macam mana aku nak cari quotation? Sebab lepas jumpa doc, aku diminta tunggu diluar dan nurse keluar dan serahkan MC aje kat aku..syukurlah terlintas dihati nak tanya, barulah nurse tanya balik kat doc.. apa lagi dokumen yang nak kena bagi kat aku.

So,ringkasnya .. prosedur atau dokumen yang diperlukan oleh penjawat awam sebelum buat surat melalui jabatan bagi PERMOHONAN KEMUDAHAN PERBELANJAAN PERUBATAN (PK 7.17) adalah;
  1. Borang Perubatan 1/09 -yang telah lengkap diisi dan diperakui doktor
  2. Surat pengesahan menjalani pembedahan - yang mempunyai senarai peralatan pembedahan yang diperlukan
  3. Surat sokongan menjalani pembedahan oleh doktor pakar.
Surat Pengesahan Menjalani Pembedahan

Surat Sokongan Menjalani Pembedahan

So, ada 1 borang dan 2 surat (jumlahnya 3 dokumen) yang diperlukan dari pihak hospital sebelum menghantar permohonan ke HQ dan seterusnya ke KKM. 

Selesai semua dokumen ni, aku pun bertolak balik dengan macam-macam perkara yang difikirkan. Keputusan akhir, aku tak akan ke HRPB lagi sebab belum tentu lagi bila tarikhnya untuk operation, masih ada 4 test tambahan yang kena buat(chest X-Ray, sleep study kali ke2, liver function dan full blood count), tarikh TCA berikutnya 02.07.2020.. lambat lagi tu.. mmmm..

Dan aku tak punya masa terlalu lama untuk  terus menunggu dan menunggu lagi..maafkan aku HRPB.. 



Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...