Rabu, 30 September 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #24 PERMOHONAN KEMUDAHAN PERBELANJAAN PERUBATAN

Assalamualaikum.

Lama aku tak bersiaran. Tak ada content sebenarnya. Tapi Alhamdulillah, buat yang tertunggu-tunggu catatan perjalanan bariatrik aku ni..hari ini aku nak kongsikan sesuatu..semoga bermanafaat untuk korang lah ye.

Last topik aku kongsikan dulu adalah mengenai cara aku minta quotation alat stapler..pada yang terlepas, boleh baca KAT SINI ➡️QUOTATION.

Lepas aku dapat quotation tu, aku sendiri buat surat iringan Permohonan Kemudahan Perbelanjaan Perubatan untuk dihantar ke HQ di Putrajaya. Dalam surat itu aku kepilkan;
  1. Borang Perubatan 1/09 -yang telah lengkap diisi dan diperakui doktor
  2. Surat pengesahan menjalani pembedahan - yang mempunyai senarai peralatan pembedahan yang diperlukan
  3. Surat sokongan menjalani pembedahan oleh doktor pakar.
Contoh borang dan cara isi..korang boleh TENGOK SINI ➡️ BORANG KEMUDAHAN PERUBATAN.

Untuk cepatkan proses..aku gunakan poslaju. Bagi korang yang tak biasa dengan urusan surat menyurat,boleh serahkan tugas surat menyurat ni dengan staf admin korang ye. Aku buat sendiri je sebab nak cepat.

Surat tu dihantar pada 16 Julai 2020. Hari-hari aku berdoa supaya urusan kelulusan tu cepat. Selang 1 bulan,aku hubungi HQ bertanyakan tentang surat dan borang yang aku hantar. Katanya dah di hantar ke KKM - Bahagian Perkembangan Perubatan. 

7 Ogos, aku cuba call bahagian tu untuk bertanyakan status, beri nama dan nombor kad pengenalan, katanya masih dalam proses kelulusan.. cuak juga aku.

26 Ogos, aku hubungi HKL ..yerlah..dulu masa last TCA dijangka operation aku bulan 9.. tapi tak ada khabar. Jawapan yang aku terima,tunggu call. Bila aku tanyakan, aku ni rangking ke berapa,katanya yang ke4.

4 September, aku cuba hubungi lagi sekali bahagian tu untuk bertanyakan status permohonan.. (korang yang cuba call..boleh call nombor ini ye 03-8883 1012) Alhamdulillah..katanya dah lulus dan dah dihantar ke HQ aku. 

So..aku pun tunggulah surat kelulusan dari HQ pula. 

25 September.. 3.30petang  aku mencuba nasib dengan menghubungi HKL..mana tahu,rezeki aku nak dapatkan status tarikh operation aku..malangnya yang menjawab panggilan tak dapat membantu..aku kecewa..sangat kecewa..

4.30petang..selang sejam ..aku dapat call dari HKL yang menyatakan tarikh operation aku adalah minggu ke-3 bulan 10. Convid punya hal, sebulan 1 pesakit aje boleh operate. Aku tanyakan tarikh, katanya 19 Oktober..tapi kena datang awal untuk ambik darah,buat xray dan saringan Convid. Tarikhnya dia akan call kemudian.. Alhamdulillah..lega dan berbunga-bunga rasa dihati. Penantian 1tahun 2 bulan akhirnya menemui jawapan.

28 September.. aku hubungi HQ untuk bertanyakan mengenai surat kelulusan permohonan aku. Katanya dah dihantar ke jabatan aku sudah 1 minggu..yelah..Alor Setar kena PKPB 2 minggu bermula 11.09.2020 hingga 25.09.2020..memanglah surat tak sampai ofis..tapi aku cuba nasib mencari surat di Unit Admin..Alhamdulillah..ada!. Dengan pantas aku ambil surat,buat salinan dan terus mohon peruntukan dengan HQ. Bagi korang yang bukan staf kewangan,terpaksalah tunggu Unit Kewangan korang mohon peruntukan dengan HQ masing-masing. Untungnya aku.. memang tugas aku memohon peruntukan bagi jabatan aku dengan HQ. 

Surat sokongan dari HQ

Surat Kelulusan dari KKM

Surat sokongan HQ datang bersekali dengan Surat Kelulusan KKM dan Borang 1/09 yang ditandatangan oleh Ketua Pengarah HQ. 

Alhamdulillah..dan sekarang, aku menunggu panggilan dari HKL untuk tarikh buat saringan dan persediaan lain.

Kelegaan terasa..dan aku dah bersedia 100%..cuma risau bab saringan Convid..takut pulak aku.  Sedaya upaya aku menjaga kesihatan dalam waktu-waktu macam ni. Apapun,mohon doakan aku ye.. dan aku akan sentiasa berkongsi info untuk korang yang memerlukan. 

Nota kaki : Untuk korang yang menguruskan permohonan peruntukan perbelanjaan kemudahan perubatan, kod akaun atau OS yang diperlukan/digunakan adalah 15000 ya..bukan 27000. 


3 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan urusan. In shaa Allah.

    BalasPadam
  2. Bagaimana utk mengisi borang perubatan 1/09 jika terdapat beberapa alat bawah RM1000 yg digunakan dlm pembedahan yg terdpt dlm 1 invois? perlukah menyenaraikn 1 per 1 atau hanya tulis pembedahan .... shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Catatkan dalam borang, pada kotak No.12 : Seperti dilampiran sebutharga (nyatakan no quotation pembekal) ..
      So..tak payah tulis 1 per 1.. asalkan quotation sebutharga pembekal dilampirkan bersama borang untuk permohonan

      Padam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...