Assalamualaikum
Selesai 1 bab..timbul pulak 1 bab. Dek kerana dengan tiba-tiba KL kena PKPB buat kali ke-2, maka aku terpaksalah dapatkan permit perjalanan ke HKL.
So, entri hari ini bolehlah jadi panduan kepada korang yang perlukan kelulusan pergerakan PKPB.
Syukurlah format permit dimuatnaik di FB PDRM, maka kerja aku menjadi mudah. Aku terus edit je ..isi detail yang diperlukan dan aku taip 1 lampiran untuk letak detail individu seperti yang diperlukan.
Permit yang siap di isi
Lampiran butir individu
Bersama permit permohonan tu,aku lampirkan sekali surat daftar masuk ke wad yang HKL bagi. Siap semua,aku terus ke balai polis berhampiran. Sop biasa,polis akan tanya itu ini.. dan siap!.
Dan esok 17hb10.. aku akan mula bergerak ke KL.. hotel untuk suami di KL aku booking petang tadi. Risau nak booking awal-awal takut ada aral pulak. Lagipun aku yakin result swab ok,sebab tengahari tadi dietitian Dato Dr.Gee ada whatssap. Esok aku kongsikan ye..
Ok.. adioss!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!