Jumaat, 23 Oktober 2020

MY BARIATRIC JOURNEY : #30 DISCHARGE DAN WAD 3RD CLASS

 Assalamualaikum.

Lega dapat aku lepas geram pasal seekor manusia seperti yang aku ceritakan sebelum ini. 

Masa aku sedar dari bius, tangan kanan pulak dicucuk untuk drip.. di flash segala ubat dan drip di wad biasa.. dan inilah hasilnya.

Bulat macam belon

Ini tangan aku yang normal..nampak tak beza?



Ini keadaan biasa..beza atau tidak?

Tangan aku membengkak sampai tag yang pakai ditangan terasa ketat. Aku panggil nurse dan tanya.."normal ke bengkak macamni? " barulah diorang kalut "bump..bump" katanya. Panggil doktor pasang jarum ditempat baru pulak.

Kalau aku tak panggil,silap-silap tangan aku meletup macam belon.2 hari pun tak surut sepenuhnya bengkak tu. Sampai untuk aku bangun,aku tak mampu tak tekan tangan untuk tahan badan.. korang bayangkanlah macam mana keadaan..

Doktor yang datang,cuba nak pasang ditangan kiri semula, aku kata,kalau pasang tangan kiri,aku nak bangun tak boleh sebab tangan kiri sajalah yang kuat,tangan kanan dah bengkak bulat sampai tak boleh genggam apa-apa. Dia nak pasang dikaki..dah tunduk pun cari point..tapi katanya nanti aku nak ketandas susah.. akhirnya..

Cucuk dilengan!

Berbalik kisah aku sakit dada..mujur doktor berbangsa cina yang ada perikemanusiaan ini, kerja pagi tu. Dia panggil team nurse ECG, untuk check jantung. Sebab aku mengadu dada masih sakit. Ada juga ikhtiar dia nak tolong aku. Walaupun lain bangsa, lain agama, tapi ..korang nampak tak bezanya kat mana?

Dikalangan Islam ramai yang berperangai kafir.. tapi dalam kalangan kafir masih ramai juga yang bersikap Islam.. 

Korang fahamkan??

Mujur Dato Gee datang dan discharge kan aku segera. Bagai berada dalam sauna wad ni. Boleh gila aku dibuatnya. Sebelum balik, suami tolong ambilkan ubat untuk aku.

Antibiotik untuk dihabiskan..beserta ubat tahan sakit 3 peringkat.

Ini pula, wakil Celio(pembekal stapler) datang dan bagi untuk semua pesakit.

Selesai discharge, aku pulang ke hotel dan dapatlah tidur dengan selesa,walaupun kerap terjaga kerana sakit belakang dan pedih ulu hati belum lega sepenuhnya.


1 ulasan:

  1. Semoga cepat sembuh.. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join if berkelapangan.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...