Assalamualaikum.
Disebabkan aku discharge awal,maka Dato Gee tetapkan 2hari kemudian untuk follow up. Dan kebetulan hotel yang aku booking untuk suami pun last day pada tarikh follow up.
Follow up pukul 9,tapi 7.30 aku dah sampai, dan masukkan kad ke bakul. Ada-ada aje nak buat aku hangin dari haritu. Si kerani kat kaunter tu panggil nama sape-sape ntah.. memang aku tak bangunlah..dah la perut rasa ngilu nak bangun kerap-kerap. Lastly aku bangun pergi tanya, nama aku bila nak panggil. Aku kata tadi dengar panggil ***RA.. nama aku bukan ***RA.. nama aku ***NA. Boleh pulak tak mengaku salah.. "tadi saya panggil 3 kali dah"..aku jawab "yelah..bukan nama saya, takkan saya nak mengaku". Tak mengaku salah lagi..dia kata lagi "saya tak reti nak baca tulisan tu.. ".. aku balas balik .. "kad tu bukan saya yang tulis..". Adoilah haih.. lain kali guna akal..panggil nama dan no.ic. Takkan itu pun nak ajar!
Dekat setengah jam..baru dia panggil nama aku yang betul untuk bagi nombor..tapi tak sampai 10minit, Miss C dietitian whatsapp aku, tanya aku dah sampai ke belum. Aku jawab..dah..dia suruh aku datang tetus ke bilik 25.
So,kat situ terus jumpa Dr.Zu..dapat consult serba sikit,sambung mc dan seterusnya consult dengan Miss C. Selesai dalam pukul 10, Dr.Zu bagi slip untuk ambil ubat gastrik yang aku mesti makan hari-hari.
Dengan pandangan kabur..macam orang..menapaklah pulak ke unit Farmasi.. mujur tak lama. Pukul 10.30 siap semusnya dan aku bertolak balik ke Kedah. Tadinya timbang berat.. dari 122kg sebelum operation, dah tinggal 118kg. Alhamdulillah.
Cuma masih susah menelan air dan ubat..rasa macam tersangkut di dada..
Itulah coretan perjalanan bariatrik aku yang maha sukar..terpaksa menempuh pelbagai dugaan selama 1tahun 2bulan (29.08.2019-22.10.2020) untuk sampai ketahap selesai pembedahan.
Dan selepas ini, aku mulakan dengan azam baru..untuk cara hidup yang lebih sihat. Doakan moga aku istikhomah dalam meneruskan perjalanan bariatrik aku ini. Dan follow up seterusnya pada 05.11 2020.
Berapa ya kos buat kat hospital ipoh tu?
BalasPadamTak pasti,ikut kes juga,samada buat sleeve atau bypass. Anggaran 10k-13k.
Padam