Assalamualaikum
Semalam aku kongsikan jenis multivitamin yang aku beli. Hari ini aku kongsikan pula mengenai minyak ikan.
Fungsi minyak ikan adalah untuk menurunkan tekanan darah, tahap kolesterol, mencegah penyakit jantung , pembekuan darah dan darah tinggi. Ia jugak baik untuk mata, kesihatan wanita dan otak.
Setiap individu dewasa disarankan mengambil sekurang-kurangnya 99g minyak ikan seminggu.
Cara nak pilih minyak ikan yang terbaik adalah;
- Pilih yang ada sijil IFOS (International Fish Oil Standart)
- Minyak dari ikan kecil (ikan besar lambat mati dan banyak kumpul toksin logam berat)
- Pilih yang ada Omega 3 yang tinggi. Omega adalah jumlah kandungan EPA+DHA. Cara nak tahu tinggi atau tidak begini:
Katakan 1 softgel berat 1000mg. Kandungan EPA 180mg, DHA 120mg➡️
EPA 180g + DHA 120mg = jumlah Omega 3 adalah 300mg
Berat softgel 1000mg - jumlah Omega 300mg = 700mg(ini adalah Filler atau minyak pengisi!)
Jika 1 softgel berat 1200mg. Kandungan EPA 340mg, DHA 260mg➡️
EPA 340mg + DHA 260mg = jumlah Omega 3 adalah 600mg
Berat softgel 1200mg - jumlah Omega 600mg = 600mg(ini adalah minyak filler)
Apa itu minyak pengisi? Minyak filler/pengisi adalah minyak yang digunakan untuk mengisi softgel selepas dah isi Omega 3. Minyak filler biasanya diproses dari mata atau perut ikan ataupun ada juga yang isi air sahaja sebagai ganti. So,berbalik pada niat asal,kita nak makan minyak ikan..bukan air ye.
Kaji punya kaji..maka aku pun pilih jenama ini.
Pristin Gold
EPA 480mg + DHA 360mg = 960mg Omega3
Berat softgel 1200mg - Omega3 960mg = 240mg filler
Nampak? Baki minyak filler hanya 240mg sahaja!
Minyak ikan ini juga diperbuat dari ikan bilis,sardin dan kembung..ini adalah ikan kecil
Ok..itulah yang aku dapat hasil mengkaji dan menggugel. Kalau korang jumpa yang lebih baik (tinggi Omega3) boleh kongsikan dengan aku ye..
Kenapa pesakit bariatrik perlu mengambil minyak ikan? Sebab perut dah kecil, tak mampu makan banyak..maka supplement inilah yang kita perlukan bagi memastikan badan mendapat nutrusi yang sepatutnya.
Itu sahaja entri hari ini..
Adiosss!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!