Assalamualaikum.
Aku nak berkongsi kegembiraan. Betullah kata orang..buat baik dibalas baik. Buat ikhlas dibalas juga dengan ikhlas.
Ceritanya macam ni..anak buah kat ofis aku, baru saja melangsungkan perkahwinan. Masa hari majlis,aku tak dapat hadir kerana aku balik kampung. Anak buah aku ni, baik sangat orangnya. Aku anggap macam adik sendirilah. Kalau aku ada adik perempuan,memang aku pinang dia jadi adik ipar.
So, masa hari majlis, aku sengaja tak beli apa-apa hadiah,sebab aku nak tau apa hadiah yang dia dah terima. Aku plan nak bagi kat dia sesuatu yang dia belum dapat. Kiranya..biarlah aku jadi yang terakhir bagi hadiah.
Seperti biasa, shopee adalah tempat shopping utama aku sekarang. Aku cuba cari barang yang berguna, berkualiti, dan yang semestinya ada "value of money".
Akhirnya, aku terjumpa ini..
Asalnya aku nak minta dia just masukkan simple note aje dalam kotak..tapi tak sangka, dia siap buat design cantik-cantik..aduhai..rasa nak lompat bintang.
Servis yang terbaik dan sangat-sangat rare kata orang. Aku berterima kasih sangat kat admin Samu Giken OS ni.
So,kepada korang, yang nak beli hadiah (barang elektrik) aku rekomen sangat dengan seller ni. Pasti tak menghampakan.
To Samu Giken admin..thanks a lot..i really appriciate with your kindness. Thanks again.