Isnin, 28 Disember 2020

MY BARIATRIC LIFE : #7 HARI KE-70

 Assalamualaikum

Rasa macam baru discharge hospital. Rupanya hari ini dah masuk hari ke-70. Seperti biasa setiap 10hari aku akan rekod timbangan.

Target 1minggu turun 1kg. Bunyi macam gila ..tapi betul,memang gila..azab gila weh nak capai target tu.

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg

Dalam 70hari, Alhamdulillah,aku dah turun 15kg. Rasanya macam agak slow berbanding orang lain. Macam yang doktor cakap, tiap orang tak sama. 

Aku pun macam dah tak tahu nak makan apa. Sekarang aku dah alergik dengan tembikai. Bila aku makan tembikai,kulit muka terasa gatal dan merah. Bunyi macam pelik,tapi itulah yang berlaku. Aku cuba google bab alahan tembikai,tapi tak jumpa.

Aku mula sedar aku alah dengan tembikai sebab muka aku mula terasa gatal walaupun aku tak ada makan apa-apa seafood. Tapi setiap hari aku makan tembikai. Sampai kena tegur dengan anak buah kat ofis,kenapa muka merah. So,aku pun buatlah testing. Aku biarkan perut betul-betul kosong,lepas tu aku terus makan tembikai. Tak lama..tak sampai setengah jam,muka aku dah mula gatal-gatal dan merah. 

Nampak gaya kena cari buah lain sebagai alternatif. Sayuran pun aku dah mula makan tapi dalam kadar yang sedikit.

Dengan berat sekarang,aku risau naik semula. Harapnya..istikhomah turunlah.. 

Khamis lepas HRPB call aku tanya sama ada aku masih pakai CPAP atau tak. Terus aku potong cakap dia..aku cakap,aku dah buat pun operation kat KL sebab tunggu Ipoh lambat sangat. Kalau nak tunggu Ipoh, sampai harini pun belum tentu aku dah operate,sah-sah tahun depanlah jawabnya.. So,tak apalah..terima kasih sajalah. Aku dah selamat pun! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...