Assalamualaikum.
Hari ni dah masuk hari yang ke-110. Penurunan agak kurang..kilo macam yoyo..naik turun..naik turun, agak merisaukan.
Masih juga kekal rekod tanpa nasi. Actually, aku ada follow Vicha Saywho tu..pelawak dari seberang. Dia pun buat bariatrik juga, tapi apa yang dia bagitahu, berat dia sekarang 107kg daripada 130kg ..tak salah aku dah 2minggu berat dia 107kg juga,sedangkan dia ambik supplement untuk bantu diet.
Kiranya..oklah aku masih lagi turun..walaupun tak banyak.
Seperti biasa,timbang sebelum minum atau makan apa-apa waktu pagi.
Makin landai nampaknya graf aku..hmmmmmmm
18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.4kg
Follow up yang ke-3 nanti, 18.02.2021..tak pasal-pasal aku kena ke balai polis lagi untuk mohon permit perjalanan PKP sebab tarikh akhir PKP pun 18hb jugak.
Aku ada 10 hari lagi..harapnya, berat ni boleh turun ke angka 100kg. Nampak tak betapa sukarnya perjalanan kehidupan bariatrik ni. Pembedahan hanya "alat bantuan" sahaja.. penjagaan makan dan senaman itu juga yang penting.
Rambut aku pulak makin banyak gugur..mulnutrisi mungkin. Apapun..perjalanan mesti diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!